Sunday, August 14, 2011

Five Confirmed Dead in Sugarland Stage Collapse


State Fair spokesman Andy Klotz has confirmed a fifth person has died.

Full report : Billboard

Dari Pages Sara Bareilles mengajak seluruh dunia mendoakan kesejahteraan indiana.

Begitu juga Sugarland.


Friday, August 12, 2011

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011


Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).
Tunaikan lah zakat sebagai pembersih diri. Banyak keberkatan dari zakat yang dikeluarkan.

Wednesday, August 10, 2011

Harry Potter Part 2 mendahului kutipan filem 2011

Setakat 8 Ogos lalu, jumlah kutipan filem di seluruh Amerika untuk filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 telah mendahului kutipan filem Transformers: Dark of the Moon.
Biar pun filem Transformers ditayangkan lebih awal dari Harry Potter.

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
($344,890,382)
Tayangan bermula 15 Julai lalu.


Transformers: Dark of the Moon
($344,666,713)
Tayangan bermula 29 Jun lalu.


Penutup paling berjaya untuk filem sequel fantasi ini. 
Dengan beberapa anugerah yang baru sahaja dimenangi dalam Teen Choice Award baru-baru ini.
Begitupun, tayangan filem Harry Potter masih lagi diteruskan.

Sunday, August 7, 2011

3 Titah Harian

TITAH SATU CAPAIAN 1


Adelah lagi cadangan kepala negara pasal kene bina tempat solat disemua kawasan perumahan mahupun kawasan pelancongan. Bro, kita dah merdeka masuk 54 tahun.
Ini punya hal, 20-30 tahun dulu punya, sekerang patutnya fikir cmna nak tunjukkan kat orang lain kita ney negara islam. Dan negara islam is not only ruang solat, it's everything ok!!!!
Anyway, walaupun ini lagi satu langkah lambat kerajaan, but aku memang sokong lah kn. Kalau difikirkan, ini sememangnya langkah yang terbalik dengan ISLAM HADHARI yang dulu 2.
Maybe ini langkah nak gerakkan balik, haha. Ada ke yang nak usahakan balik??

TITAH DUA CAPAIN 2

Sebuah kelab paling berani didunia, telah mengikat kontrak budak 7 tahun untuk permainan bola sepak.
Giler ke haper???
Nak jimat kos kot, dlu guna wang berjuta2 utk beli budak berlagak paling mahal gagal membuahkan hasil kepada kelab, ney yang beli murah2 jer.
Aku tak sabar nak tunggu budak ney besar dan main untuk kelab ney. BERANGAN!!!!

TITAH TIGA CAPAIAN 3

Selepas bebanan hutang negara uncle sam yang angkanya lebih 14 trilion, adelah kepala besar negara kita ney yakin dengan kekuatan ekonomi katanya, negara ini tidak akan terjejas dengan masalah tersebut.
Katanya bila kita dh bergantung dengan india dan china, kita akan terlepas dari semua itu. Wey, berdiri di bumi yang nyata. Dua negara yang ko bergantung 2 pon terkena tempias, ko ckp negara ney xde masalah. WOW!!!!
Negara ney dh lama bergantung dengan india dan china, masa krisis sub-prima dlu?? kene tempias ke x???
POLITIK mmg boleh mematikan ilmu dan fakta sebenar.

Saturday, August 6, 2011

Al-Kisah (6 Cerita)


Cerita Pertama ( L I N K 1 )


Ada sekumpulan manusia yang suka mengkaji telah menjumpai sumber air yang masin di planet berdekatan. 
So, cita-cita mereka yang ingin menetap di planet itu nanti semakin menjadi kenyataan kot.
Mungkin depa ingat boleh lari dari kiamat kot.


Cerita Kedua ( L I N K 2 )


Gara kejadian dan tragedi yang berlaku di negara kita selama ini. 
Dengan bas tergolek, lori bercium, kereta terbang-terbang barulah seorang penjawat jawatan yang agak tinggi di negara ini menegur pengurusan kenderaan ini untuk memilih pembawa kenderaan ini dengan kelayakan yang sepatutnya. 
Yang pelik, dah berkurun kejadian berlaku, dah ketanah mangsa kemalangan, baru lah nak keluar arahan pemilihan pemandu. 
Selama ini sibuk hantar surat kat penumpang tanya pendapat kot. Takkan la baru jadi rakyat Malaysia masa jadi menteri?
Dah lama patutnya diketatkan ambil pemandu ney. Kalau nak cakap tak cukup orang nak kerja 2, jgn tipu lah.


Cerita ketiga ( L I N K 3 )


Dalam berbilion wang dalam simpanan, hanya beberapa helai not kertas diberi kepada golongan terpinggir. 
Tak apelah, mungkin golongan terpinggir ni sedikit jer kot.
Tak apelah, asalkan mereka yang terpinggir ney, tak terpinggir lagi.
Moga-moga tiada lah lagi akak minta wang dan tanda tangan untuk pembelian pelbagai alat untuk golongan ini.
Selain ruang berteduh, aku rasa not-not kertas ney kene laburkan untuk aktiviti mendekatkan mereka dengan masyarakat dan membuka mata masyarakat tentang kepentingan menjaga golongan ini. 
Sekurang-kurangnya pelaburan not-not kertas ney berbaloi.


Cerita keempat ( L I N K 4 )


Adelah mamat besar jugak jawatan dye ney, pandai pulak jaga anak buah untuk tutup mulut bab-bab sensitif ney. 
Yer lah, dulu anak buah dye buat hal, malu tanah jajahan dye.
Anyway, bab agama ney xpayah la nak heboh2 sgt.
Saje cari glamor time bulan baik ney. Media-media ney, wat xtau jer. 

Tak kesah la penyampai berita ke apa, ko tau sabar x? tggu la org selidik lu.
Ini tidak, tau-tau keluar dh kenyataan. PADAHAL!!!!

Bagi aku, yang dok sibuk tak puas hati ney, SILA RUJUK PERLEMBAGAAN. KBAI.


Cerita kelima ( L I N K 5 )


Selepas seorang datuk pencen, dtg la pulak sorang doktor 2.
Aku doakan supaya pusat anak-anak muda nak belajar ney terhindar lah dri politik molitik kampus ney. 
Problem dlm organisasi yg mentadbir ney mmg lah kene ad. Dah deal dgn manusia, ape kau harap? lagi-lagi semua nak tunjuk belang. Sampai bila-bila tak akan ke mana-mana weyh.
Yang ganti datok ney jgn nak wat salah sama, jaga anak buah elok2. 
Nanti panjang-panjang cerita, kat bawah tak jadi apa-apa pon.


Cerita keenam / terakhir ( L I N K 6 )


Naek muak aku dengar nama KU LI ney
dok berangan ada ketua baru apahal??
apa yang dia mampu buat??
ketua lama yang katanya hebat 2, tak ke mana pon. 
Dok bising-bising adelah. Tau-tau je cedera. 
Dah keluar macam-macam dari mulut dye, tiba-tibe hari ney cakap laen pulak. 
Anyway, jaga lah dulu parti sendiri. FOCUS on your ambition.

Thursday, August 4, 2011

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

File:1Malaysia.svg

Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” manakala tema untuk hari kemerdekaan tahun lepas adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi”.


Sumber : 2dayblogger

Wednesday, August 3, 2011

Hold On 'Til the Night

File:GreysonChanceHoldOnTilTheNightAlbumCover.jpg

1. "Waiting Outside the Lines"
2. "Unfriend You" 
3. "Home is in Your Eyes" 
4. "Hold On 'Til the Night" 
5. "Heart Like Stone"
6. "Little London Girl"  
7. "Cheyenne" 
8. "Summertrain" 
9. "Stranded"
10. "Take a Look at Me Now"  
11. "Slipping Away"  
12. "Purple Sky"

Lagu yang di BOLD kn telah berjaya menjadikan artis berumur 13 tahun sebagai seorang penyanyi yang bagus dari vokal dan kawalan suara. 

Aku sangat suka review dari blob ini. ALBUM REVIEW

Tuesday, August 2, 2011

The Other Side of Down: Asian Tour Edition


01. The Other Side of Down
02. Something ‘Bout Love
03. Elevator
04. Stomping the Roses
05. Who I Am
06. Falling Stars
07. Parachutes and Airplanes
08. Look Around
09. Good Place
10. Complain
11. Things Are Gonna Get Better
12. My Kind of Perfect
13. Zero Gravity
14. Love Don’t Hate
15. Everything & More
16. Notice Me
17. Wait

Kalau ikut dalam album ini ada 5 lagu baru. 
Tapi sebenarnya 4 je. 
Lagu Zero Gravity ni dah lama sangat.

Anyway, 4 lagu baru dalam album ni memang best. 

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (1 Ogos 2011)



Susulan kenyataan ketua MIC terhadap cadangan kemasukan semua parti kaum india kedalam Barisan Nasional sebagai salah satu komponen BN. 
Tak rajin nak campur politik molitik ni. 


Walaupun kita berada dalam bulan Ramadan, semangat kemerdekaan janganlah kita lupakan. 


Susulan kematian semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Biarlah pihak yang bertanggungjawab yang lakukan siasatan dan tunggulah hasil siasatannya.


Tragedi yang menggerunkan, tatkala rakyat inginkan perubahan. Ini yang kerajaan lakukan terhadap rakyat mereka. Tiba-tiba aku terfikir adakah negara Syria layak menerima hukuman sama seperti Libya?
HURM!!


Lagi permata negara pergi meninggalkan industri nyanyian negara. Biarpun popular zaman 60-an, peninggalan seniwati negara ini amat dirasai.

Monday, August 1, 2011

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (31 Julai 2011)



Selamat Menjalani ibadat puasa dibulan Ramadhan Al-Mubarak.
Anyway, buat julung kalinya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh bermulanya puasa pada tahun ini.


Seiring dengan perkembangan industri halal negara dan perkembangan ekspo makanan halal setiap tahun, idea menjadikan Malaysia pusat rujukan utama adalah sangat bertepatan.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan lagi fungsi HDC dalam memastikan hasrat kejayaan ini berjaya lantas mengangkat nama Malaysia sebagai pelopor makanan halal dunia.


Gara-gara golongan remaja kini kian melupakan sejarah negara kita, apa salahnya kira menerapkan beberapa isu utama sebagai fokus untuk diterapkan dalam kalangan remaja terutamanya.
Agenda komunis sememangnya memberi kesan buruk dalam sejarah zaman sebelum kemerdekaan, maka pendedahan berkaitan komunis sangat diperlukan dalam menyuburkan semangat kenegaraan dikalangan remaja kita sendiri.


Keputusannya masih terletak ditangan kerajaan. Segala bentuk kajian dari pelbagai kumpulan penyelamat masih diteliti pihak kerajaan dalam pemberian lesen kepada kilang nadir bumi.
Walaupun telah menghadapi pelbagai pertikaian dan desakan agar projek ini dihentikan, hati aku merasakan bahawa program ini tetap akan berlangsung.


Kalaulah Malaysia menang besar masa lawan Singapura, kompem nama Malaysia masuk skali dalam undian kelayakan Piala Dunia 2014.


Konsep pelancongan kini bukan semata-mata bersiar ditepi pantai atau hutan. Maknanya cadangan ini perlu dipertimbangkan semua dalam merancakkan lagi industri pelancongan negara dan menyokong hasrat dalam ETP.
Related Posts with Thumbnails