Thursday, April 19, 2012

YAYASAN ORATOR - Cerita Bawang Merah dan Putih


Video ney memang da best!!

SAKSIKAN.

Tuesday, April 17, 2012

Pengajaran dari Perhimpunan Mansuh PTPTN

(from Malaysia Kini)

video ney agak panjang dan aku sendiri tak larat nak tengok sampai habis. 
.........................

Lambat jugak cari video-video ney. 
Sebelum ney aku cuma jumpa video demo jalanan dijalan raya.
Kali ney baru jumpa yang di khemah dataran.

..................................

Posting kali ini sebenarnya untuk menilai tindakan rakyat kita yang sebenarnya 
semakin lari dari adab sopan yang dahulu kita pegang. 

ADAB BERTUTUR

Sebagai orang berilmu.
Benak fikiran aku tersentak di awal video ini seorang lelaki yang sedikit berisi dan berambut pendek yang sangat keras mempertahankan tindakan student dan menghalang pegawai DBKL menjalankan tugas.
Dalam sesi rundingan pihak DBKL dengan beliau, pengetahuan tentang perlembagaan yang baik digunakan untuk merendah-rendahkan pengetahuan pegawai DBKL semata. 

#pesanan, bukan bermakna anda bijak anda tidak boleh mendengar idea org lain. benar perlembagaan nombor satu, namun kita selama ini juga mengangkat undang-undang dalam menjaga negara. 
Kalau lah benar perlembagaan kita terlalu bagus, kenapa perlukan undang-undang untuk membantu? 


Sebagai seorang anak muda.
Lagi mengejutkan laras bahasa seorang anak muda kepada insan yang lebih tua sudah tidak pernah dijaga. 
Lebih teruk, berbicara dengan seorang pegawai berpangkat hanya dengan gelaran "Pak Cik"

#pesanan, jangan ingat anda boleh merendahkan penjawat awam dengan pendidikan yang anda lalui sekarang kononya suatu hari nanti anda akan memegang jawatan lebih besar dari pegawai tersebut. 
Hebat mahasiswa sekarang, bukan sahaja gunakan panggilan yang tidak sesuai. Malahan menaikkan suara kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Hilang sudah rasa 
Kalaupun benar anda lebih bijak dari penjawat awam tersebut, mereka lebih banyak makan garam daripada kita. Hormatlah mereka, hidup ini KARMA. 
Related Posts with Thumbnails