Wednesday, November 14, 2012

ORIGINALITI

Posting ini sebenarnya gara-gara perbincangan dengan QH yg mempersoalkan tentang originaliti penggunaan tumblr yg sering menggunakan sistem ReBlog dri posting blog laen yg kita folow. Pada hemat beliau "kita perlu hidup dengan idea dan originaliti sendiri berbanding menggunakan idea orang laen untuk memdapat perhatian orang."

Pada pandangan saya, konsep ReBlog ini juga sebenarnya mampu mengekalkan orginaliti kita dalam sebarang bentuk penulisan. Bagaimana?

Sebenarnya kita akan menulis pandangan kita pada ruang yg disediakan semasa kita ingin ReBlog sebarang post. Dalam ruangan itulah kita keluarkan segala idea mahupun interpretasi terhadap sesebuah gambar atau pandangan seseorang. 

Selalunya pandangan penulis asal post tersebut akan menjadi berbeza dengan kita kerana kita ada satu stigma untuk kekal dengan pandangan kita terhadap sesuatu keadaan. 

Saya yakin hidup di Tumblr bukan kehidupan yang penuh dengan pura-pura kerana kita hanya mendapatkan idea penulisan dari blog2 yg kita folow. Ada manusia yg perlukan bantuan dalam mendapatkan idea dalam sebarang penulisan, namun ada manusia yg cukup hebat kerana mampu hasilkan idea sendiri tanpa bantuan (Thinker). 

p/s: teringat masa tumblr awal2 dulu, ade yg salah sebut. boley pulak Tumblr jadi Tumbir. 




Salam Maal Hijrah 1434H


Salam Maal Hijrah.
Sesungguhnya penghayatan tentang makna sebenar Maal Hijrah perlu disemat agar kita benar-benar memahami pengertian sebenar Hijrah. 
Peristiwa 622 Masihi wajar tersemat dalam ingatan dan menhayati akan makna sebenar kejadian tersebut. 

Semoga 1434 H menjadikan kita insan yang semakin bertambah imannya sebagaimana umur tahun yang sentiasa bertambah. 

AMIN.......

Friday, September 7, 2012

Mood Pengucapan Awam Kembali


Baru sahaja pulang dari pertandingan debat naib canselor UKM. 
2 hari pertandingan ney memang seronok.
Jumpa rakan-rakan pendebat yang sudah lama tidak bertemu. 
Dalam masa yang sama, sangat impress dengan junior UKM. 

.....................................

Selepas ini musim Debat & Pidato akan kembali. 
Debat AYS
Pidato Merdeka
Debat PPM
Debat Gender
WUPID

p/s: aku baru perasan yang aku x snap sebarang gambar sepanjang debat kt UKM

Thursday, August 30, 2012

Merdeka 55 - Meniti realiti sebuah negara.

Merdeka 55 boleh saya kelaskan sebagai sambutan merdeka paling bercampur-campur. 

Tak tahu dari mana ianya bermula, adakah kerana PRU semakin hampir. 

.........................

Sebangsa, Senegara, Sejiwa..
Janji di Tepati. 

Tema-tema yang menghiasi sambutan kali ini juga menimbulkan peibagai rasa. 
Atas persepsi masing-masing, kali ini sememangnya teruji fahaman merdeka dalam kalangan setiap warga Malaysia. 

Meniti detik 55 tahun ini juga, bentuk himpunan jalanan masih menghiasi jalan tar di Ibu Negara (Janji Demokrasi). Tidak dilupakan juga Sambutan Mega Kemerdekaan di Bukit Jalil. Di samping perbarisan tahunan di Dataran Merdeka. 

Masing-masing  ingin memenuhi nafsu sekarah dalam mendapatkan perhatian rakyat. 

................................

Friday, August 24, 2012

Kuat beraya

Oleh kerana tahun lalu aku hanya beraya pendek, tahun ini membalas dengan beraya sakan di kampung.



paling best, beraya rumah nenak kt simpang lima. siap kutip pucuk ubi lagi.



plus, jumpa sepupu kembar. serius aku baru tau yg aku ade sepupu kembar jugak. haha


ini lah fadli & adli. hehehehe. 

Monday, July 16, 2012

MASA DEPAN .: KABUR:.


aku tak tau ape yg sedang berlaku. 

seolah-olah aku xpernah hadapi sebelum ini. 


apekah bentuk cabaran ini? 

Thursday, July 5, 2012

1 Malaysia : Janji Ditepati


Slogan Sambutan Kemerdekaan ke-55. "Janji Ditepati"

Makna disebalik slogan ini adalah 
"Lebih mudah untuk mengatakan dari melaksanakan" 
(Those who walk the talk, should be respected)

Ramai yang berpendapat bahawa slogan ini terlalu Politik dalam menghayati sambutan kemerdekaan ke 55. 
Pada aras tertentu, aku merasakan perkara yang sama seperti mereka. Namun pelbagai penghayatan yang boleh kita terapkan melalui slogan emas ini. 

Wednesday, June 27, 2012

DEBAT ALAM SEKITAR 2012

tekan untuk tumbesaran
Panggilan ke Debat Tertua kembali ke Universiti Malaya.
(gaya dh macam duta UM, padahal aku LI je kt sini)

..............................

Coret2 debat alam sekitar mmg pelbagai, 

Inilah sebenarnya pertandingan debat pertama yang aku ikut semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Orator UMP. Itupun aku pergi menggantikan orang (Qusyairi). Time ney aku ingat lagi team UMP, Abang Khairi, Abang Jumain, Abang Adam dan Kak Suria. Aku, Azwan dan Aisyah time ney datang menyibuk je kot. Tak tau nak buat apa. Masa ini lah saya dapat melihat dunia sebenar debat universiti yang berlangsung di UTP (Debat Alam Sekitar 2009). 

Tahun 2010, DAS diadakan di UMT. Tiada banyak beza, mungkin aku sudah biasa dengan dunia debat. 

Tahun 2011, DAS diterbangkan ke UTEM. Kali pertama dipilih berada dalam team UMP, itupun dibangku simpanan. Namun, peluang diberikan untuk masuk dlm pusingan 6 selepas pasukan UMP telah menang 4 dri 5 perlawanan pusingan awal. Namun, rezeki kami tersekat dek lawan UMS pada pusingan 6 dan suku akhir. Namun aku tetap bersyukur kerna diberi peluang tersebut untuk merasai debat debat tertua dan antara debat paling sukar dalam kalangan pendebat malaysia. 

.............................

OK, stop meroyan.

Tak sabar menunggu rakan-rakan pendebat membanjiri Fakulti Undang-undang sempena DAS.  

Wednesday, May 23, 2012

Tokyo Skytree - Menara tertinggi dunia

File:Tokyo Sky Tree 2012.JPG

Tokyo Skytree yang merupakan Menara Penyiaran, Restoran dan Cerapan yang berketinggian 634.0 m (2080 kaki) merupakan Menara tertinggi dunia melebihi pemegang rekod sebelum ini Canton Tower, China (600 m).

Selain itu, Menara ini juga merupakan Bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa, Dubai (829.84 m). 

..........

FUN FACTS.

A look at the Tokyo Skytree, by the numbers:
1: Number of weeks people reportedly stood in line to get a ticket to ride a Skytree elevator on Tuesday
2: Number of months that trips up the tower are fully booked — through July 11, to be exact
4: Number of years it took to build the Skytree
6: Number of television stations that will use Skytree for transmission
300: Shops and restaurants surrounding the new development
1,148: Height, in feet, of the first observation deck. A ticket this far costs 2,000 yen ($25)
1,476: Height, in feet, of the second observation deck
2,080: Height, in feet, of the tower, surpassing the 1,968-foot tall Caton Tower in China as the tallest in the world
200,000: Expected first-day visitors, despite the rainy weather in Tokyo. Of these visitors, 8,000 were set to ride to the top of Skytree
32 million: Expected visitors to the tower in its first year
$1.8 billion: Cost, in U.S. dollars, to develop the tower
Kyodo / Reuters

Tuesday, May 22, 2012

INDERA JONED


Drama baru bagi slot AKSI yang menggantikan drama APA CELOP. 


Review Episod Satu 
Pengenalan mengenai latar tempat dan watak2. 

Bagi aku part paling best dimana Aiman (Epul/Indera Joned) mimpi dan baiki radio. Memang cerita ney standard bodo2 slot AKSI TV3. 

Selain itu, part Qi (Jaafar Ringgo) bersama geng2 nya mencuri kamera digital. Akhirnya dapat pampers. Lagi banyak bende bodoh yang diorg ney buat. Pakai topeng asap masa merompak, take note plan mencuri n muka diorg masuk paper. HAHAHA. 

Panjang aku gelak dengan adik aku semalam. 


Pelakon Indera Joned

Aiman Hakim Redza
Anzalna Nasir 
Puteri Sarah
Hairul Azreen
Syazwan Zulkifli
Qushairi Razali (Qi)
Idris Md. Diah
Haeryanto


Monday, May 21, 2012

Monday PIc




~no word~

Obses atau Obes?




Salam Pertemuan.

Aku percaya ramai yang sedang obses dengan burger bersaiz Mega. Semua ini gara-gara pembuat burger yang semakin bijak menggunakan pelbagai cara bagi menarik peminat untuk datang mendapatkan burger kegemaran mereka. 

Percayalah, obses terhadap burger ini tak lama. 

COZ



For me, It's enough. 

Wednesday, May 9, 2012

The Avangers - Kutipan Hujung MInggu Paling Tinggi




Filem Superhero yang mula ditayangkan ini mencatat sejarah manis apabila memecahkan rekod yang baru sahaja dicipta tahun lalu oleh Filem Harry Potter. Kali ini Filem yang menggabungkan superhero seperti Captain America, Thor, Iron Man dan Hulk berjaya memperolehi kutipan hujung minggu berjumlah 207, 438, 709 USD mengatasi kutipan Harry Potter yang mencatat 169, 189, 427 USD dalam masa yang sama. 

Ini merupakan kutipan dalam US dan Canada sahaja, kutipan seluruh dunia masih dikuasai Harry Potter and  the Deathly Hallows Pt. 2. sumber


Tuesday, April 17, 2012

Pengajaran dari Perhimpunan Mansuh PTPTN

(from Malaysia Kini)

video ney agak panjang dan aku sendiri tak larat nak tengok sampai habis. 
.........................

Lambat jugak cari video-video ney. 
Sebelum ney aku cuma jumpa video demo jalanan dijalan raya.
Kali ney baru jumpa yang di khemah dataran.

..................................

Posting kali ini sebenarnya untuk menilai tindakan rakyat kita yang sebenarnya 
semakin lari dari adab sopan yang dahulu kita pegang. 

ADAB BERTUTUR

Sebagai orang berilmu.
Benak fikiran aku tersentak di awal video ini seorang lelaki yang sedikit berisi dan berambut pendek yang sangat keras mempertahankan tindakan student dan menghalang pegawai DBKL menjalankan tugas.
Dalam sesi rundingan pihak DBKL dengan beliau, pengetahuan tentang perlembagaan yang baik digunakan untuk merendah-rendahkan pengetahuan pegawai DBKL semata. 

#pesanan, bukan bermakna anda bijak anda tidak boleh mendengar idea org lain. benar perlembagaan nombor satu, namun kita selama ini juga mengangkat undang-undang dalam menjaga negara. 
Kalau lah benar perlembagaan kita terlalu bagus, kenapa perlukan undang-undang untuk membantu? 


Sebagai seorang anak muda.
Lagi mengejutkan laras bahasa seorang anak muda kepada insan yang lebih tua sudah tidak pernah dijaga. 
Lebih teruk, berbicara dengan seorang pegawai berpangkat hanya dengan gelaran "Pak Cik"

#pesanan, jangan ingat anda boleh merendahkan penjawat awam dengan pendidikan yang anda lalui sekarang kononya suatu hari nanti anda akan memegang jawatan lebih besar dari pegawai tersebut. 
Hebat mahasiswa sekarang, bukan sahaja gunakan panggilan yang tidak sesuai. Malahan menaikkan suara kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Hilang sudah rasa 
Kalaupun benar anda lebih bijak dari penjawat awam tersebut, mereka lebih banyak makan garam daripada kita. Hormatlah mereka, hidup ini KARMA. 

Wednesday, March 21, 2012

3 Janji


Menjadi Sahabat Terbaik, Kekasih Terbaik dan Suami yang Terbaik. 


Drama terbaru yang menggantikan Drama Popular Vanila Coklat. 
Lakonan Liyana Jasmay dan Shahrizal Jaszle. 

Episod Pertama semalam agak kelakar dengan perangai bodoh dua ekor belangkas ini.
Tapi, berdasarkan sinopsis mengenai Drama ini. Ini bukan drama gelak tawa. Mungkin.
Bila baca sinopsisnya juga, saya merasakan Drama ini sedikit klise dalam cerita tentang kematian kekasih dan ketemu insan seiras. 
Pun begitu, aku sangat menantikan bahan lawak dalam drama ini yang sedikit sebanyak dapat membuang persepsi aku terhadap jalan cerita Drama ini. 
 

Friday, March 16, 2012

Kertas #1

Penuh dengan Kertas? 
Bertaburan diminda, apatah lagi bersepah dihadapan mata. 
Ia datang tanpa diduga. 
Kejap disana, kejap disini.

Perwatakan seakan sama, mana di tirunya? 
Tapi kesannya nampak berbeza. 
Ada yang mengenalinya dan ada juga yang tidak. 
Lain seperti mereka yang seolah-olah sama. 

Pelik dengan dunia yang berkertas?
Jangan lagi, kerana bukan kita puncanya.



Thursday, March 15, 2012

MALAYSIA BANGKIT??????


KENYATAAN MEDIA
Himpunan Mahasiswi Muda (Hawa Bangkit)
10 MAC 2012.
“Demi Malaysia Kita Bangkit”

Hidup dalam sebuah negara Malaysia yang sejahtera adalah impian dan harapan bagi setiap rakyat Malaysia. Sejahtera yang dimaksudkan adalah nikmat keharmonian, keamanan dan kebajikan tanpa sebarang elemen penipuan, penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, impian hanya tinggal impian dan harapan sekiranya tiada sebarang usaha digerakkan dalam memberikan kesedaran kepada rakyat, seterusnya menyatukan seluruh rakyat Malaysia di dalam satu wadah menuntut hak dan membina kehidupan yang lebih sejahtera pada masa akan datang.

Dalam usaha mewujudkan satu gelombang baru kebangkitan rakyat ke arah membina kehidupan dan Malaysia yang lebih sejahtera, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menggagaskan 10 agenda yang merangkumi keperluan dan harapan bagi seseorang rakyat terhadap kerajaan pemerintah. 10 agenda yang dikenali sebagai Harapan Malaysia Bangkit ini merupakan 10 pillar utama kehidupan dan menjadi inspirasi di peringkat anak muda dan mahasiswa Malaysia untuk dikongsi secara bersama dengan seluruh rakyat Malaysia seterusnya mewujudkan satu gelombang perubahan baru ke arah menuntut kesejahteraan bagi negara Malaysia.

Bertepatan dengan itu juga kami, dari Himpunan Mahasiswi, Sekretariat Malaysia Bangkit (Hawa Bangkit) tampil sebagai médium baru yang akan bergerak di medan rakyat khusus untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk membina kehidupan yang lebih sejahtera dengan menyasarkan kesedaran di kalangan golongan wanita amnya. 10 agenda kesejahteraan yang menjadi harapan Malaysia Bangkit adalah: 

1. Negara sifar rasuah 
2. Pendidikan percuma 
3. Perumahan sejahtera rakyat 
4. Rawatan Kesihatan percuma 
5. Pengangkutan awam murah dan cekap 
6. Pilihanraya bersih dan adil 
7. Kebebasan media
8. Mendaulatkan perlembagaan 
9. Ekonomi berkebajikan , dan
10. Negara hijau/kelestarian alam 

Di peringkat Hawa Bangkit, kami akan terus bergerak di lapangan rakyat dengan pelbagai mekanisme dan cara dalam usaha mendekati kaum wanita di samping terus menggerakkan solidariti wanita dalam memperjuangkan kehidupan yang lebih sejahtera. Antara pendekatan utama yang akan kami adakan adalah menggunakan pentas jalanan, program-program ilmiah di samping program-program kerjasama bersama NGO-NGO di Malaysia. Di samping itu, Hawa bangkit juga akan terus bersolidariti dengan mana-mana pertubuhan dalam membantah sebarang bentuk diskriminasi terhadap golongan wanita.

Hawa Bangkit mengharapkan kesedaran di kalangan wanita Malaysia seterusnya bangkit bersama menbina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Kesedaran tinggi di kalangan wanita ini amat penting kerana wanita hakikatnya adalah golongan pelengkap bagi kaum lelaki dalam apa jua gerakkerja samada di peringkat membina dan mengurustadbir keluarga, masyarakat, juga dalam urusan pembangunan negara.

Sekian, terima kasih

HIMPUNAN MAHASISWI (HAWA BANGKIT)
SEKT MALAYSIA BANGKIT 

................................

Mungkin aku tidak akan balas kenyataan ini sepanjang ini. 
Tapi aku sedikit bangga dengan usaha mengubah negara ini sehingga begini. 

Dari tuntutan BEBAS dan ADAM ADLI, mereka ini tidak pernah mengenal erti mengalah. 
Laungan Perubahan Anak Muda makin menebal dalam kalangan mereka. 

Tapi tolong lah, 10 tuntutan ini tuntutan lapuk. Konsep ini sudah lama, sekarang kita menghala kearah yang lebih berliku. Percayalah, aku bukan seorang yang mata duitan, tetapi dunia hari memerlukan perubahan yang memberi kebaikan terus kepada kerajaan dan masyarakat. Mungkin teknik mudah 10 tuntutan ini dapat menarik minat orang lantas beralih kepada anda. Namun berpijak lah dibumi yang nyata, jangan terus bermain bayang-bayang sendiri yang tidak pasti kemana arah tujunya. 

Kalau ia pun hendak lakukan kesemuanya, lakukanlah penekanan khusus dan terus kearah perlaksanaan. Jangan bermain retorik masalah yang tidak pernah selesai. Kononnya kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil berat terhadap 10 tuntutan anda. Pelik, perkara yang telah dan sedang dalam perhatian menjadi pokok perjuangan yang entah ke mana haluannya. 

Baiklah, jika mereka tampil dengan gerakan yang lebih kemas dan teratur dan perancangan masa hadapan yang lebih molek, aku adalah orang pertama yang akan menyokong anda dan akan membantu perjuangan anda. Tampil dengan kertas konsep lengkap berserta blueprint perlaksanaan tugas dalam mengatur langkah masa hadapan. Persiapkan gerakan dengan pelan tindakan yang lebih baik dari pelan sedia ada. Pasti anda diterima. 

SEMPURNA!!!!

Mungkin saya juga menuntut kesempurnaan. Jangan salahkan saya jika ianya berpunca dari kalangan anda sendiri. 


Wednesday, March 14, 2012

Bila cuti sekolah

Bila duduk rumah, aku paling benci masa-masa begini. 
Adik aku semua cuti sekolah, termasuk la mak aku. 

Sekarang, aku kerja seorang diri dan yang lain duduk senang lenang kat rumah. 
Bencilahhh!!!!




The Hunger Games Soundtrack


Soundtrack terbaru The Hunger Games yang bakal ditayang tidak lama lagi. 
Pasti Single penuh lagi ini dinanti-nanti oleh peminat Taylor Swift, selepas Single pertama lagu ini Safe & Sound berjaya menarik minat sehingga berada di kedudukan pertama carta iTunes dipenghujung tahun 2011 lalu. 

Soundtrack penuh akan dilancarkan 20 Mac ini. 



Monday, March 12, 2012

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur


Tidak banyak yang ingin diperkatakan, cuma ini salah satu rencah dalam dunia politik. 
Tapi, rencah politik yang karut begini buat aku sangat tidak berminat untuk ambil tahu.
Yang pasti, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pasti akan kehilangan Jagoan Wanita yang banyak berjuang atas nama hak wanita.

Monday, March 5, 2012

Mungkin aku bukan seorang penulis

.............
...........
.........
.......
.....
...
.

Assalam...
Sejenak terfikir akan masa hadapan, pasti perkara yang sedang dilakukan akan menjadi kayu pengukurnya.
Maka, bermula segala timbang tara tindakan sekarang dengan apakah bentuk masa depan yang menjadi idaman.

BLOG QAMAR yang telah berusia dua tahun ini mungkin salah satu saksi bertapa aku tidak konsisten dalam menulis di Blog sendiri.
Mungkin matlamat aku menulis itu sendiri yang menjadi penghalang.

Benar kata mereka disekelilingku, biar kualiti yang kita cari bukan kuantiti.
Lantas aku kembali mengelamun akan pilihan yang akan aku lakukan dalam masa terdekat ini. 
Mungkin hingga satu kejutan yang buat aku sedar dari lena baru aku bersemangat untuk mencari solusinya.

.
...
.....
.......
.........
...........
.............
...............

Friday, March 2, 2012

American Idol (season 11) Finalist



Hollie Cavanagh


Colton Dixon


Heejun Han


Jermaine Jones


Skylar Laine


Joshua Ledet


Shannon Magrane


Phillip Phillips


Jessica Sanchez


Elise Testone


Erika Van Pelt (WC)


Jeremy Rosado (WC)


DeAndre Brackensick (WC)

Thursday, March 1, 2012

Proton P3-21A adalah Proton Espire???


Salam bulan March. Pejam celik, pejam celik. Kita telah berada di bulan Ketiga dalam tahun 2012. 

Dalam Rancaknya Kontroversi membabitkan penjualan saham oleh Khazanah kepada DRB. Model baru Proton ini tidak akan dilupakan. Selepas menjadi penasaran kepada semua peminat kereta buatan Malaysia. Akhirnya Model baru Proton ini dijangkan akan berada di pasaran seawal 15 Mac 2012.

Buat sementara ini model ini yang diberi nama Proton P3-21A ini akan diubah namanya beberapa hari sebelum dilancarkan. Menurut Sumber, model ini akan dinamakan Proton Espire. 


Aku ingin nama Proton Tuah ney boleh kekal. 
Tapi....


Wednesday, February 22, 2012

The BRIT Awards 2012 winners


British Male Solo Artist
Ed Sheeran

British Female Solo Artist
Adele

British Breakthrough Act
Ed Sheeran

British Group
Coldplay

British Single
One Direction - What Makes You Beautiful

My favorite group WINNNNNN!!!!!!

MasterCard British Album of the Year
Adele - 21

International Male Solo Artist
Bruno Mars

International Female Solo Artist
Rihanna

International Group
Foo Fighters

International Breakthrough Act
Lana Del Rey

Outstanding Contribution to Music
Blur

British Producer
Ethan Johns

Critics Choice
1st - Emeli Sandé
2nd - Maverick Sabre
3rd - Michael Kiwanuka

#seriously, the result is shocking me. 
The British Single vote goes to One Direction.
#WOW#
Related Posts with Thumbnails