Showing posts with label aksi. Show all posts
Showing posts with label aksi. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

INDERA JONED


Drama baru bagi slot AKSI yang menggantikan drama APA CELOP. 


Review Episod Satu 
Pengenalan mengenai latar tempat dan watak2. 

Bagi aku part paling best dimana Aiman (Epul/Indera Joned) mimpi dan baiki radio. Memang cerita ney standard bodo2 slot AKSI TV3. 

Selain itu, part Qi (Jaafar Ringgo) bersama geng2 nya mencuri kamera digital. Akhirnya dapat pampers. Lagi banyak bende bodoh yang diorg ney buat. Pakai topeng asap masa merompak, take note plan mencuri n muka diorg masuk paper. HAHAHA. 

Panjang aku gelak dengan adik aku semalam. 


Pelakon Indera Joned

Aiman Hakim Redza
Anzalna Nasir 
Puteri Sarah
Hairul Azreen
Syazwan Zulkifli
Qushairi Razali (Qi)
Idris Md. Diah
Haeryanto


Wednesday, July 21, 2010

Jackie Chan Ingin Berehat Berlakon Filem Aksi




PELAKON aksi ngeri, Jackie Chan ingin berehat daripada berlakon dalam filem aksi.
Bintang kelahiran Hong Kong bersyukur sebelum ini Will Smith menawarkan skrip The Karate Kid kepadanya.
"Will sebenarnya menelefon saya dan berkata; "Ayuh, kita berlakon bersama dalam filemThe Karate Kid".
"Saya tidak pasti sama ada ingin menerima tawaran berlakon ketika itu tetapi saya meminta dia menghantar skrip kepada saya," katanya.
Media melaporkan pelakon berusia 56 tahun itu tidak terlalu berminat untuk membawa semula watak Inspektor Lee dalam filem Rush Hour dan lebih suka berlakon dalam filem yang lebih serius.
"Saya selalu berkata pada diri sendiri berapa lama saya boleh melakukan aksi ngeri kerana pelakon aksi ramai memiliki hayat yang pendek.
"Di Hollywood, setiap kali saya menawarkan skrip, mereka akan menawarkan Rush Hour 3, Rush Hour 4 dan saya berkata., "Saya tidak mampu melakukan itu lagi!" kata Chan.

>>secara ikhlas...satu kerugian buat industri filem aksi....manakan tidak....dari aku kecil melihat aksi jackie chan ini.....siap ade animasi kat tv3 dulu.....
secara positifnya, mungkin jackie chan nak bagi peluang pada bakat muda untuk menggatikannya....tak kan nak tunggu jackie mati baru nak cari bakat.....lagi pun jackie dah agak berumur untuk berlakon filem aksi lagi....mungkin beliau akan ceburi genre laen pulak....manalah tau....
Related Posts with Thumbnails