Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Perkembangan Industri Automotif Malaysia

Hari yang boleh dikatakan bertuah dalam lembaran sejarah Industri Automotif Malaysia.
Dua syarikat gergasi dalam bidang permotoran 
Malaysia tampil dengan produk terbaru hari ini.
PERODUA & MODENAS
Masing-masing dengan bahagian yang berbeza.


PERODUA lancar Myvi baru





MODENAS lancar motosikal elektrik

...........................................

Secara ikhlas aku hanya tertarik dengan motor buat masa sekarang.
Biasalah masihh belum pandai memandu kereta.

Tapi teknologi kenderaan menggunakan tenaga elektrik ini masih baru di negara kita.
Mungkin menghadapi sedikit masalah diperingkat awalan.

Kalau fikirkan pasal Myvi, sangat popular dan mampu dimiliki semua.
Dengan model baru ini, semoga trend dominasi kenderaan Perodua dapat diteruskan.

Saturday, December 4, 2010

Proton dan Perodua

Minggu ini, dua buah syarikat permotoran malaysia masing-masing mempamerkan kereta konsep untuk model terbaru keluaran syarikat masing-masing. Pastinya pertunjukan kereta konsep ini pastinya merancakkan lagi industri pembuatan kenderaan di Malaysia untuk mengkomersialkan produk permotoran Malaysia keperingkat yang lebih tinggi.

Perodua tampil dengan model PERODUA BEZZA




Pastinya model ini ditunggu-tunggu pelancarannya oleh perodua untuk dimiliki kalangan rakyat malaysia.

Proton pula tambil dengan 5 model bersaudara.

TUAH


JEBAT


KASTURI


KELIU


LEKIR


Banyak pulak lah pilihan dari proton ney, cuma dah banyak-banyak ni susah nak marketkn semua. Mungkin dua atau tiga model sahaja yang akan menguasai pasaran. Lagi-lagi model 5 bersaudara ney macam inovatasi terhadap model-model lama proton.

P/S: minat giler dengan Proton Tuan, Proton Lekir & Perodua Bezza. 

Friday, July 30, 2010

kerana stereng

Toyota panggil balik 412,000 kereta di AS


TOKYO - Syarikat Toyota Motors semalam memanggil balik 412,000 kereta penumpang yang sebahagian besarnya merupakan modelAvalon di Amerika Syarikat (AS) ekoran masalah pada stereng yang menyebabkan tiga kemalangan telah berlaku.
Sebanyak 373,000 buah kereta Avalon yang dipanggil balik itu adalah model dari tahun 2000 hingga 2004.
Selain model tersebut, turut ditarik balik adalah 39,000 buah kereta mewah Lexus LX 470 dari tahun 2003 hingga 2007 kerana masalah stereng. - AP


>>bahaya betol....kereta mahal-mahal....ade masalah stereng....kene hati-hati memilih lepas ney....

Thursday, July 29, 2010

buat apa sampai beribu-ribu kereta??

Sultan Brunei ada 7,000 kereta



BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, laporGTSpirit.com semalam.


Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. - Agensi
credit 4 beritasemasa.com

also credit 4 beritasemasa.com
>>banyak sungguh kereta sultan brunei ney.....tapi baru kereta...belom aset yang laen lagi.....wahhhh!!!!
kalau makan duet ney...tujuh keturunan tak habis....
Related Posts with Thumbnails