Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, July 23, 2010

mainan jiwa

keheningan malam buat daku berfikir...
andai hidup ini sebenarnya penuh liku dan simpang...
bukan mudah untuk menjadi orang yang baik...
dan bukan mudah juga menjadi sebaliknya...


ada masanya...
kita diatas...
ada kalanya juga sebaliknya....


dunia bukan pentas untuk nafsu bermaharaja lela...
tetapi pentas akal dan fikiran bersatu dalam mencari kebenaran.....
pentas ini bukan untuk plastik....
tapi pentas mencari permata....
jangan kerana nafsu kita mundur...
sedangkan ramai yang sudah berjaya tangani nafsu....

dunia bukan untuk menjadikan kita lemah apabila melihat kejayaan orang...
tetapi pentas dunia lah peluang kita mencabar diri untuk kebaikan bersama....
jangan jadikan satu alasan kecil sebagai punca kegagalan...
kerana ramai yang berjaya dah alami banyak cabaran....
tetapi jadikan alasan sebagai peluang membaiki diri....

Sunday, May 23, 2010

pernah

pernah.....

BERCINTA
BERDUKA
BERBAHAGIA
BERJAYA
BERKASIH-SAYANG
BER.....
macam-macam lagi lah.....

semua nya memberi banyak pengalaman hidup....
yang banyak mengajar erti kehidupan....
susah senang.....
banyak memberi pengalaman dalam menghadapi kehidupan seharian.....
setiap kerja yang dilakukan pasti ada makna disebaliknya....
disamping kesan buat diri kita....
xkira kesan baik mahupun kesan buruk.....
samaada kesannya terkena kini ataupun suatu hari nanti....
yang penting ianya banyak mengajar kita makna hidup di dunia ini....

*selesai mencarik blog di pagi slps 6 saringan arau open.....
*thnks ker, aisyah, helmi n qucai.....

Friday, May 21, 2010

dunia yang berbeza

bukan mudah untuk aku jalani...
jalan yang aku pilih ini banyak mengubah kehidupan ku seharian....
dalam tidurku...
waktu belajarku....
masa makanku...
semuanya mengalami perubahan yang bukan mudah untuk aku jalani....

sejenak berfikir....
adakah ini pilihan baik???
suka hati.....
main2.....
mungkin jawapannya dalam hati ku.....

kesannya adakah baik???
buruk....
sekadar sampingan....
bukan keutamaan.....
aku juga yang merasai penilaian terhadapnya.....

penerusan terhadap dunia ini.....
apa masa depan ku????
apa yg ingin ku capai???
apa kekuatannya
apa keperluannya.....
sekali lagi diri sendiri lah penentunya....

namun pengaruh disekeliling mungkin menbantu...
untuk penerusan...
atau proses penamatnya.....

seharian menusurinya....
banyak ilmu baru....
adakah ia harus dihentikan???
atau sepatutnya aku jadikannya motivasi untuk meneruskannya....

*terima kasih buat yang banyak berjasa....
*ape lah aku mengarut di atas ney.....

Tuesday, April 27, 2010

semangat belajarku....berlari2 anak.....


ya ALLAH...
himpunkanlah rahmatmu untuk hambamu yg hina ini.....
sesungguhnya tanpa secebis pertolongan mu...
diru ku ini tidak bermakna...

........
semangat yg kian luntur ini entah bagaimana ingin aku bina kembali...
ibarat ku hidup didunia tanpa sebarang haluan + impian...


andai kekosongan ini tidak ku isi segera....
entah apa lah masa depan ku....
andai sekarang tidak ku isi kekosongan dengan cahaya yg terang...
masa depan ku juga yang akan gelap....
andai ku memilih untuk tidak berjaya kini....
esok tidak mungkin kejayaan itu dapat dicapai kembali...
andai ku tidak berusaha kuat untuk mendapatkan sesuatu....
hasilnya adalah berbeza dengan usaha lebih yang sepatutnya dijalankan...
andai ku tidak menyedari kelemahanku dari dulu...
selepasnya kesedaran tersebut akan menyakitkan....

ANDAI KU TIDAK STADI MATERIAL SEKARANG!!!!!
AKU TIDAK AKAN DAPAT MARKAH YANG CEMERLANG!!!!!!
..............
semangat..kembali lah!!!!
Related Posts with Thumbnails