Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (31 Julai 2011)



Selamat Menjalani ibadat puasa dibulan Ramadhan Al-Mubarak.
Anyway, buat julung kalinya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh bermulanya puasa pada tahun ini.


Seiring dengan perkembangan industri halal negara dan perkembangan ekspo makanan halal setiap tahun, idea menjadikan Malaysia pusat rujukan utama adalah sangat bertepatan.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan lagi fungsi HDC dalam memastikan hasrat kejayaan ini berjaya lantas mengangkat nama Malaysia sebagai pelopor makanan halal dunia.


Gara-gara golongan remaja kini kian melupakan sejarah negara kita, apa salahnya kira menerapkan beberapa isu utama sebagai fokus untuk diterapkan dalam kalangan remaja terutamanya.
Agenda komunis sememangnya memberi kesan buruk dalam sejarah zaman sebelum kemerdekaan, maka pendedahan berkaitan komunis sangat diperlukan dalam menyuburkan semangat kenegaraan dikalangan remaja kita sendiri.


Keputusannya masih terletak ditangan kerajaan. Segala bentuk kajian dari pelbagai kumpulan penyelamat masih diteliti pihak kerajaan dalam pemberian lesen kepada kilang nadir bumi.
Walaupun telah menghadapi pelbagai pertikaian dan desakan agar projek ini dihentikan, hati aku merasakan bahawa program ini tetap akan berlangsung.


Kalaulah Malaysia menang besar masa lawan Singapura, kompem nama Malaysia masuk skali dalam undian kelayakan Piala Dunia 2014.


Konsep pelancongan kini bukan semata-mata bersiar ditepi pantai atau hutan. Maknanya cadangan ini perlu dipertimbangkan semua dalam merancakkan lagi industri pelancongan negara dan menyokong hasrat dalam ETP.

Thursday, January 27, 2011

Liga Malaysia kini bertukar wajah


LOGO BARU...
Peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan perubahan apabila Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) melancarkan logo baru Liga M 2011 menggantikan logo MSL lama, di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Diharap agar pelancaran logo baru ini dapat menarik lebih ramai peminat sukan bola sepak malaysia kemabli menonton dan menyokong sukan kita. Lebih-lebih lagi sejak kemenangan skuad harimau muda keatas Indonesia untuk mendapatkan Piala Suzuki.

Pemain juga perlu mengambil peluang untuk menunjukkan bakat mereka salain meningkatkan prestasi semasa, bagi merealisasikan hasrat negara melihat skuad bola sepak layak ke Sukan Olimpik 2012. 

Sunday, January 23, 2011

Chong Wei juara Terbuka Malaysia

Datuk Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil.








Walaupun lawan yang agak mudah difinal akibat penarikan di Lin Dan. Aku cukup bangga dengan pencapaian 7 terbuka malaysia yang sudah digapai. Bukan mudah untuk mempertahankan kejuaraan.


Dan selain acara perseorangan lelaki, kesemua empat yang lain dimenangi wakil china. Jadi boleh la jugak bangga sebab kita berjaya sekat dominasi china.

Thursday, September 23, 2010

Nicol David menang lagi..



tahniah diucapkan buat pemain skuasy negara, Nicol David selepas berjaya dalam memenangi kejuaraan kelima dalam kejuaraan dunia di mesir..
dalam pertandingan akhir, pemain negara berhadapan pemain tuan rumah yang merupakan pilihan keempat omneya abdel kawy..
dengan kiraan mata 11-5, 11-8, 11-6..dalam masa 30 minit..






semoga kejayaan ini dapat membakar semangat pemain muda untuk turut sama mengecap kejayaan seperti nicol david..
dan sebagai rakyat malaysia sendiri..
teruskanlah menyokong pemain negara..

Tuesday, September 21, 2010

bagaimanakah dengan keyakinan anda??

entri ini sekadar menunjukkan berita yang disiarkan oleh berita harian....
pagi tadi...
aku membaca berita tentang keyakinan india dalam menganjurkan sukan komanwel..


dan dalam keyakinan tersebut..
terkeluar pula pada ruangan berita terbaru...
berita yang sedikit mencalarkan imej india dalam menganjurkan sukan besar..


jadi...
dalam turutan berita ini..
apa pendapat anda???

Wednesday, July 28, 2010

maradona bukan lagi jurulatih argentina

Maradona digugurkan sebagai jurulatih Argentina

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memilih untuk tidak memperbaharui kontrak lagenda bola sepak, Diego Maradona sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo, berkata keputusan itu diambil selepas Presiden AFA, Julio Grondona mengadakan perbincangan dengan Maradona semalam.
Masa depan jurulatih berusia 49 tahun itu sejak tersingkir pada Piala Dunia di Afrika Selatan menimbulkan spekulasi media.
“Presiden memberikan beberapa petunjuk kepada Maradona dalam perbincangan yang panjang lebar semalam.

"Selepas itu, jawatankuasa eksekutif AFA sebulat suara memutuskan tidak membaharui kontraknya sebagai pengarah teknikal skuad kebangsaan," katanya.

Maradona yang kurang pengaralaman sebagai jurulatih hanya mengendalikan skuad kebangsaan Argentina selama 18 bulan dan hanya layak ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan sebelum tersingkir pada pusingan sukur akhir kepada Jerman. - AFP

>>petikan berita harian


>>secara ikhlas...
aku tak terkejut langsung....
bahkan aku tertunggu-tunggu tentang pemecatan beliau.....
dan beberapa lagi jurulatih pasukan hebat yang tewas disepanjang musim piala dunia lalu.....
hahahaha (jahat giler aku)

anyway....
bye2 maradona...
kalau berpeluang...
dipanggil lagi sekali jadi jurulatih.....
kalau dapat lar.....

Sunday, July 25, 2010

MALAYSIA MENANG



tahniah buat skuad malaysia....
akhirnya menang lawan pasukan hebat.....
dengan jaringan gol 1-0 sudah cukup untuk menggembirakan....


petika berita harian
>>

Malaysia atasi Korea Selatan 1-0 

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Biarpun pasukan hari ini gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak 1986.
Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.
Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudian menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.

Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke gawang Malaysia. 
Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan. 

Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan. 

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan untuk digantikan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.

Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, itu diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Skuad kebangsaan Malaysia kini menduduki ranking ke-142 dunia dan ke-26 Asia berbanding skuad kebangsaan lawan yang berada di ranking ke-44 dunia dan ke-3 Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan ialah pada Pestabola Merdeka 1995, ketika skuad senior negara menumpaskan pasukan Korea Selatan 2-1. - BERNAMA

MALAYSIA VS KOREA SELATAN

Korea Selatan sedia gegar Bukit Jalil 





BUKIT JALIL - Korea Selatan bakal mempamerkan mutu permainan yang menarik disaksikan apabila turun menentang musuh lamanya, Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 5 petang ini. 

Ketua jurulatih Korea, Hong Myung Bo berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengundang pasukannya menentang pasukan negara sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Myung Bo turut ditanya media mengenai kebangkitan Korea Selatan sejak kegagalan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 setelah disingkirkan Malaysia dengan jaringan 2-1. 

“Sejak gagal layak ke Sukan Olimpik, kami memberi fokus terhadap pembangunan remaja di Korea. Hasilnya, sejak tahun 1986 pasukan tidak pernah ketinggalan beraksi pada Piala Dunia. 

“Malaysia pernah menjadi pasukan terkuat di Asia tetapi Korea terus meningkatkan kemudahan fasiliti yang bagus dan kini terdapat ramai para pemain kami beraksi di liga profesional serata dunia,” katanya. 

Sementara itu jurulatih negara, K. Rajagobal memberitahu perlawanan hari ini adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pemainnya untuk persediaan menghadapi Sukan Asia penghujung tahun ini. 

“Pemain saya sudah didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dan beraksi secara kompetitif dalam liga domestik. 

“Saya enggan menamakan kesebelasan utama pemain yang bakal diturunkan dan barisan anak buah saya pasti menunjukkan persembahan yang terbaik buat peminat pada perlawanan hari ini,” katanya. 

Dalam pada itu, pihak FAM memaklumkan perlawanan hari ini memerlukan pemenang dan akan ditentukan sepakan penalti sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat masa sebenar.




>>selepas real madrid gagal untuk melawat malaysia....ini lah penggantinya....salah satu gergasi bola sepak asia ini khabarnya tidak akan menurunkan skuad piala dunia mereka...


tapi tak mengapa....perlawanan persahabatan ini diharap dapat menyemarakkan semangat pemain bola sepak negara untuk terus maju....


tak kira apa pandangan skuad korea selatan terhadap skuad bola kita...terima seadanya dan buktikan semangat Malaysia Boleh masih mekar....

Saturday, July 24, 2010

juara berganda



JUARA berganda, pemain squash Malaysia, Datuk Nicol David dan Mohd Azlan Iskandar bersama trofi selepas dinobatkan sebagai Juara kejohanan Squash Terbuka Malaysia di pusat membeli belah the Curve, sebentar tadi. Nicol mengalahkan pemain England, Jenny Duncalf 11-6, 6-11, 11-7, 10-12 dan 11-5, manakala Mohd Azlan menumpaskan pemain Mesir Tariq Momen, 11-5,11-6,11-8.

Saturday, June 12, 2010

SUKMA : adakah terengganu mampu??

dengan 61 emas pada edisi sukma yang lalu....
adakah juara bertahan yang lalu ini akan mempertahankan kejuaraan mereka...

mungkin juga mereka hanya juara di tanah sendiri....
buat pungutan pingat awal....
negeri terengganu bukanlah negeri yang memberi saingan sengit dalam perebutan pingat...
selepas 84 pingat emas dipertandingkan....
hanya 4 dimiliki terengganu....
mungkin ini baru permulaan....
namun....
ianya menjadi keresahan buat rakyat terngganu untuk mempertahankan kejuaraan 2 tahun lalu....


tuan rumah pula disaingi hebat oleh selangor, sarawak, dan wilayah....
walaupun masih awalan....
mungkin 4 pasukan ini mampu menggondol kejuaraan sukma tahun ini....
Related Posts with Thumbnails