Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Kisah tidak hadir Latihan - Buat semua


Nahhh!!!
Ini gambar pemain bola kesayangan Malaysia masa kini. 
Ramai yang kata hensem. Fine!!! Aku iktiraf.

Buat pengamal media yang suka sangat sensasikan berita, sudah-sudah la.
Carilah berita yang lebih menarik untuk disiarkan. Si Khairul Fahmi ni ketua pasukan, takkan lah dia boleh lupa tanggungjawabnya kepada negara. 
Sekarang ni, semua nak lempar fitnah jer. 
Cukup-cukuplah, industri kita ney kecil jer.

Buat Khairul Fahmi, macam lah tak biasa buat salah.
Selama ini kalau orang tanya lain-lain kontroversi tak nak jawab. Yang keluar NO COMMENT!!!
Kali ini nak menjawab pulak. 
Lepas tu mula lah nak salahkan orang lain la, kang FAM pulak disoal kenapa bagi surat yang mengelirukan kepada KAFA or Khairul Fahmi. 
Cukup la mintak maaf ko pn dah cukup. 

DRAMA!!

Sunday, August 7, 2011

3 Titah Harian

TITAH SATU CAPAIAN 1


Adelah lagi cadangan kepala negara pasal kene bina tempat solat disemua kawasan perumahan mahupun kawasan pelancongan. Bro, kita dah merdeka masuk 54 tahun.
Ini punya hal, 20-30 tahun dulu punya, sekerang patutnya fikir cmna nak tunjukkan kat orang lain kita ney negara islam. Dan negara islam is not only ruang solat, it's everything ok!!!!
Anyway, walaupun ini lagi satu langkah lambat kerajaan, but aku memang sokong lah kn. Kalau difikirkan, ini sememangnya langkah yang terbalik dengan ISLAM HADHARI yang dulu 2.
Maybe ini langkah nak gerakkan balik, haha. Ada ke yang nak usahakan balik??

TITAH DUA CAPAIN 2

Sebuah kelab paling berani didunia, telah mengikat kontrak budak 7 tahun untuk permainan bola sepak.
Giler ke haper???
Nak jimat kos kot, dlu guna wang berjuta2 utk beli budak berlagak paling mahal gagal membuahkan hasil kepada kelab, ney yang beli murah2 jer.
Aku tak sabar nak tunggu budak ney besar dan main untuk kelab ney. BERANGAN!!!!

TITAH TIGA CAPAIAN 3

Selepas bebanan hutang negara uncle sam yang angkanya lebih 14 trilion, adelah kepala besar negara kita ney yakin dengan kekuatan ekonomi katanya, negara ini tidak akan terjejas dengan masalah tersebut.
Katanya bila kita dh bergantung dengan india dan china, kita akan terlepas dari semua itu. Wey, berdiri di bumi yang nyata. Dua negara yang ko bergantung 2 pon terkena tempias, ko ckp negara ney xde masalah. WOW!!!!
Negara ney dh lama bergantung dengan india dan china, masa krisis sub-prima dlu?? kene tempias ke x???
POLITIK mmg boleh mematikan ilmu dan fakta sebenar.

Monday, August 1, 2011

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (31 Julai 2011)



Selamat Menjalani ibadat puasa dibulan Ramadhan Al-Mubarak.
Anyway, buat julung kalinya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh bermulanya puasa pada tahun ini.


Seiring dengan perkembangan industri halal negara dan perkembangan ekspo makanan halal setiap tahun, idea menjadikan Malaysia pusat rujukan utama adalah sangat bertepatan.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan lagi fungsi HDC dalam memastikan hasrat kejayaan ini berjaya lantas mengangkat nama Malaysia sebagai pelopor makanan halal dunia.


Gara-gara golongan remaja kini kian melupakan sejarah negara kita, apa salahnya kira menerapkan beberapa isu utama sebagai fokus untuk diterapkan dalam kalangan remaja terutamanya.
Agenda komunis sememangnya memberi kesan buruk dalam sejarah zaman sebelum kemerdekaan, maka pendedahan berkaitan komunis sangat diperlukan dalam menyuburkan semangat kenegaraan dikalangan remaja kita sendiri.


Keputusannya masih terletak ditangan kerajaan. Segala bentuk kajian dari pelbagai kumpulan penyelamat masih diteliti pihak kerajaan dalam pemberian lesen kepada kilang nadir bumi.
Walaupun telah menghadapi pelbagai pertikaian dan desakan agar projek ini dihentikan, hati aku merasakan bahawa program ini tetap akan berlangsung.


Kalaulah Malaysia menang besar masa lawan Singapura, kompem nama Malaysia masuk skali dalam undian kelayakan Piala Dunia 2014.


Konsep pelancongan kini bukan semata-mata bersiar ditepi pantai atau hutan. Maknanya cadangan ini perlu dipertimbangkan semua dalam merancakkan lagi industri pelancongan negara dan menyokong hasrat dalam ETP.

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya tersingkir


Laluan pasukan malaysia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Perlawanan pertama menyebelahi pasukan Singapura dengan keputusan [5-3]
Sebentar tadi, perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur berkesudahan seri [1-1]
Keseluruhannya Singapura layak keperingkat seterusnya selepas mencatat keputusan aggregate [6-4] keatas pasukan Malaysia.
Walaubagaimanapun, pusakan Harimau Malaya tetap tampil gah digelanggang sendiri selepas bertandang di Singapura minggu lalu.



Pun begitu, Stadium Nasional penuh.
Teruskanlah berjuang Harimau Malaya.

Thursday, July 28, 2011

Sokongan Untuk Harimau Malaya


Malam ini penentuannya.
Selepas tewas 5-3 di gelanggang singa.
Misi malam ini merupakan medan mengembalikan maruah sukan Bola Sepak Malaysia.




Thursday, July 21, 2011

Bersediakah Skuad Malaysia menentang Chelsea

File:Chelsea FC.svg

Selepas mengharungi perlawanan persahabatan yang penuh berliku, Skuad olimpik negara akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Chelsea dalam penjelahan kelab liga inggeris ke asia.

Dengan berbekalkan dua kali kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal, pastinya skuad negara ingin memperbaiki keputusan perlawanan sebagai persediaan sebelum bertemu Singapura kelak.


Ternyata pemain kedua-dua pasukan sangat bersemangat untuk mengharungi perlawanan esok. 
Rasa tidak sabar peminat juga semakin membuak-buak.
Lebih-lebih lagi, barisan skuad Chelsea yang terdiri dari bintang bola sepak handalan dunia.

P/S : Kompem aku tak dapat tengok. =(





Monday, July 11, 2011

Piala Dunia Wanita - Suku Akhir

File:WWC2011logo.png



Keputusan Peringkat Suku Akhir

Germany [ 0 - 1 ] Japan

Sweden [ 3 - 1 ] Australia

England [ (3) 1 - 1 (4) ] France

Brazil [ (3) 2 - 2 (5) ] United States

Perlawanan Peringkat Separuh Akhir

Japan vs. Sweden

File:Flag of Japan.svg

File:Flag of Sweden.svg

France vs. United States

File:Flag of France.svg

File:Flag of the United States (Pantone).svg

Thursday, January 27, 2011

Liga Malaysia kini bertukar wajah


LOGO BARU...
Peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan perubahan apabila Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) melancarkan logo baru Liga M 2011 menggantikan logo MSL lama, di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Diharap agar pelancaran logo baru ini dapat menarik lebih ramai peminat sukan bola sepak malaysia kemabli menonton dan menyokong sukan kita. Lebih-lebih lagi sejak kemenangan skuad harimau muda keatas Indonesia untuk mendapatkan Piala Suzuki.

Pemain juga perlu mengambil peluang untuk menunjukkan bakat mereka salain meningkatkan prestasi semasa, bagi merealisasikan hasrat negara melihat skuad bola sepak layak ke Sukan Olimpik 2012. 

Wednesday, December 29, 2010

bekalan selesa yang cukup berharga

MALAYSIA MENANG...
mudah bukan??



Setelah 14 tahun menanti, akhirnya piala suzuki milik malaysia. Tahniah buat seluruh skuad malaysia, terutamanya jurulatih serta FAM yang sudah lama tidak mengecapi kejayaan antarabangsa. Walaupun bermula sayu di Indonesia. Namun itu bukan penghalang untuk berjaya. Buktinya, malam ini skuad muda malaysia membuktikan betapa semangat serta kesungguhan dalam pasukan pasti membuahkan hasil diakhirnya. 

Ahad lalu, di stadium putra bukit jalil. Tiga gol jaringan pemain malaysia menjadi bekalan selesa untuk dibawa ke indonesia untuk perlawanan akhir kedua. Sebentar tadi pula, indonesia menggunakan peluang terakhir untuk berjuang. 

Keputusan sebentar tadi, 2-1 milik indonesia. Namun, ianya belum cukup untuk menafikan bekalan yang dibawa malaysia ke indonesia. Dengan agregat 4-2....Malaysia menang!!!!!!


Bangga kan!!!!!

Friday, August 27, 2010

Undian Liga Juara Eropah (UEFA) ~ peringkat kumpulan



baru-baru ini dilangsungkan acara cabutan undi di  Grimaldi Forum, Monaco, Perancis untuk perlawanan peringkat kumpulan liga juara-juara EUFA..


dan hasil undian peringkat kumpulan..






Group A: Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham Hotspur, FC Twente.
Group B: Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.
Group C: Manchester United, Valencia, Rangers, Bursaspor.
Group D: Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.
Group E: Bayern Munich, Roma, FC Basel, CFR Cluj.
Group F: Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.
Group G: AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.
Group H: Arsenal, Shakhtar Donetsk, Braga, FK Partizan.

Matchday 1: 14th/15th September 

Matchday 2: 28th/29th September
Matchday 3: 19th/20th October
Matchday 4: 2nd/3rd November
Matchday 5: 23rd/24th November
Matchday 6: 7th/8th December


sebenarnya aku tak mengharap sangat pasukan pilihan aku mara..
sebab player yang hebat2 dah ke kelab laen..
so, kepada VALENCIA..
just do da best..


target..
pasukan dari sepanyol kot..


so, pasukan kegemaran anda??
mari kongsi

Sunday, August 8, 2010

Enrique tunai janji bogel Sepanyol juara


MIAMI: Penyanyi Enrique Iglesias, dilapor menaiki jet ski dalam keadaan bogel, bagi memenuhi janji berbuat demikian selepas pasukan kegemarannya Sepanyol menjuarai kejohanan Piala Dunia, baru-baru ini.

Laman web hiburan TMZ.com yang menyiarkan rakaman video aksi nakal Enrique itu menyatakan, penyanyi itu ‘menunaikan’ nazarnya di Teluk Biscayne di Miami akhir bulan lalu.

Laman web itu, bagaimanapun, berkata Enrique berbuat demikian pada waktu malam untuk mengelak ditangkap polis atau menimbulkan kekecohan awam.

Di dalam rakaman klip video singkat itu, Enrique dilihat meluncur sambil berbogel, manakala beberapa lelaki yang mengiringinya ketawa dan menjerit.

Pegawai perhubungan awam Enrique enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu.
“Kami tidak mengatur jadual peribadi Enrique, tetapi kami tahu bahawa pada akhir Julai lalu, Enrique ada di Miami,” kata jurucakapnya.

Enrique, dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, beliau adalah penyokong kuat pasukan bola sepak 
kebangsaan Sepanyol. 
“Jika Sepanyol menjuarai Piala Dunia, saya akan mabuk dan menunggang jet ski sambil berbogel untuk menunjukkan kegembiraan saya,” katanya.

Pelbagai pihak tidak yakin Enrique akan menunaikan janji melaksanakan nazar peliknya selepas Sepanyol memenangi kejohanan itu. Tetapi Enrique membuktikan beliau seorang yang menepati janji apabila melakukan apa yang dikatakannya. – Agensi


>>banyak betol orang buat pertaruhan masa piala dunia lalu....
semua nak bogel...
tah pape tah....
buat kene gelak jer

Sunday, August 1, 2010

selangor berjaya pertahankan piala liga super

meraikan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut

perlawanan penentuan kemenangan awal selangor


Selangor pertahan kejuaraan Liga Super



KUALA LUMPUR 31 Julai - Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Tiga mata berharga itu sudah cukup buat Selangor menafikan hajat Kelantan selepas memungut 63 mata, meninggalkan Red Warriors, lima mata di belakang dengan baki satu perlawanan.

Kelantan berjaya menundukkan Johor 3-1 di Stadium JCorp namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor berpesta di Shah Alam.

Gol daripada Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-66 dan jaringan penalti Mohd.Safiq Rahim pada minit ke-74 memastikan kira-kira 30,000 penonton setia Merah Kuning pulang gembira melihat Selangor menjulang trofi di laman sendiri.

Walaupun begitu, jentera serangan Red Giants kurang bermaya pada separuh masa pertama sebelum mempertingkatkan usaha sebaik babak kedua bersambung.




>>tahniah buat skuad selangor....
walaupun gagal memenangi piala FA....
piala liga super dapat mengubat kesedihan tersebut....
namun  selepas ini...
satu lagi liga...
iaitu liga malaysia....
merupakan salah satu piala paling berprestij di malaysia.....

namun, sebagai anak selangor....
yang duduk di KL....
hati ini ingin melihat skuad selangor kembali menggengam piala malaysia....


Wednesday, July 28, 2010

maradona bukan lagi jurulatih argentina

Maradona digugurkan sebagai jurulatih Argentina

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memilih untuk tidak memperbaharui kontrak lagenda bola sepak, Diego Maradona sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo, berkata keputusan itu diambil selepas Presiden AFA, Julio Grondona mengadakan perbincangan dengan Maradona semalam.
Masa depan jurulatih berusia 49 tahun itu sejak tersingkir pada Piala Dunia di Afrika Selatan menimbulkan spekulasi media.
“Presiden memberikan beberapa petunjuk kepada Maradona dalam perbincangan yang panjang lebar semalam.

"Selepas itu, jawatankuasa eksekutif AFA sebulat suara memutuskan tidak membaharui kontraknya sebagai pengarah teknikal skuad kebangsaan," katanya.

Maradona yang kurang pengaralaman sebagai jurulatih hanya mengendalikan skuad kebangsaan Argentina selama 18 bulan dan hanya layak ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan sebelum tersingkir pada pusingan sukur akhir kepada Jerman. - AFP

>>petikan berita harian


>>secara ikhlas...
aku tak terkejut langsung....
bahkan aku tertunggu-tunggu tentang pemecatan beliau.....
dan beberapa lagi jurulatih pasukan hebat yang tewas disepanjang musim piala dunia lalu.....
hahahaha (jahat giler aku)

anyway....
bye2 maradona...
kalau berpeluang...
dipanggil lagi sekali jadi jurulatih.....
kalau dapat lar.....

Monday, July 26, 2010

DBKL Catat Rekod Tersendiri Melalui Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol membuka laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.
DBKL mendapat tempat dalam buku itu kerana memasang skrin video terbesar di luar bangunan iaitu di Dataran Merdeka, yang menarik lebih kurang 60,000 penonton menyaksikan perlawanan berkenaan pada 12 Julai.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail hari ini menerima sijil bagi "Skrin Video LED Di Luar Bangunan Terbesar Untuk Menyaksikan Perlawanan Piala Dunia Di Malaysia" daripada pengasas Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi bagi pihak DBKL pada satu majlis di sini.
"Acara ini menghimpunkan semua bangsa di Malaysia dan menjadi memori indah bagi kami," kata Ahmad Fuad kepada pemberita.Skrin gergasi itu berukuran 21.47m panjang dan 9.20m lebar.
Pada majlis sama, Ahmad Fuad berkata Tasik Perdana akan diperindahkan lagi dengan pembinaan landskap yang dihiasi pelbagai flora dan fauna melalui projek tiga fasa dalam tempoh lima tahun.
Di samping pokok sedia ada, DBKL menanam pokok yang dibawa masuk dari Afrika dan Australia untuk menjadikan kawasan itu taman botani, katanya. - BERNAMA

sedang membayangkan bagaimana tgok bola kat bangunan ini....hahahhaha

Sunday, July 25, 2010

MALAYSIA MENANG



tahniah buat skuad malaysia....
akhirnya menang lawan pasukan hebat.....
dengan jaringan gol 1-0 sudah cukup untuk menggembirakan....


petika berita harian
>>

Malaysia atasi Korea Selatan 1-0 

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamer permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Biarpun pasukan hari ini gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak 1986.
Pada minit ke-empat perlawanan, hantaran satu-dua di antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun ia gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.
Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudian menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee.

Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Korea Selatan memperolehi peluang terbaik membolosi pintu gol Malaysia apabila sepakan percuma yang diambil Jung Woo Young pada minit ke-40, dua meter di luar kotak penalti terkena palang, tetapi bola yang melantun itu gagal dirembat kemas oleh Kim Dong Hee ke gawang Malaysia. 
Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Safiq yang sebelum itu mengambil sepakan percuma dua meter di sebelah kanan di luar kotak penalti lawan, merembat terus ke gawang Korea Selatan namun ia ditampan oleh Lee Bum Soo, dan pemain Malaysia itu tanpa teragak-agak merembat bola itu terus ke gawang lawan. 

Tersentak dengan gol itu Korea Selatan melakukan serangan bertali arus ke kawasan Malaysia, namun barisan benteng pertahanan negara yang diketuai Mohd Sabre Mat Abu berjaya menyerap asakan lawan. 

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran dan Rajagobal pada minit ke-60 mengeluarkan Norshahrul Idlan untuk digantikan Baddrol Bakhtiar, manakala di minit ke-65 Ahmad Fakri Saarani digantikan pula dengan Mohd Khyril Muhymeen.

Kira-kira 30,000 penonton menyaksikan perlawanan persahabatan yang diadili oleh pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia di Afrika Selatan, Subkhiddin Mohd Salleh, itu diadakan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Skuad kebangsaan Malaysia kini menduduki ranking ke-142 dunia dan ke-26 Asia berbanding skuad kebangsaan lawan yang berada di ranking ke-44 dunia dan ke-3 Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan ialah pada Pestabola Merdeka 1995, ketika skuad senior negara menumpaskan pasukan Korea Selatan 2-1. - BERNAMA

MALAYSIA VS KOREA SELATAN

Korea Selatan sedia gegar Bukit Jalil 





BUKIT JALIL - Korea Selatan bakal mempamerkan mutu permainan yang menarik disaksikan apabila turun menentang musuh lamanya, Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 5 petang ini. 

Ketua jurulatih Korea, Hong Myung Bo berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengundang pasukannya menentang pasukan negara sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Myung Bo turut ditanya media mengenai kebangkitan Korea Selatan sejak kegagalan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 setelah disingkirkan Malaysia dengan jaringan 2-1. 

“Sejak gagal layak ke Sukan Olimpik, kami memberi fokus terhadap pembangunan remaja di Korea. Hasilnya, sejak tahun 1986 pasukan tidak pernah ketinggalan beraksi pada Piala Dunia. 

“Malaysia pernah menjadi pasukan terkuat di Asia tetapi Korea terus meningkatkan kemudahan fasiliti yang bagus dan kini terdapat ramai para pemain kami beraksi di liga profesional serata dunia,” katanya. 

Sementara itu jurulatih negara, K. Rajagobal memberitahu perlawanan hari ini adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pemainnya untuk persediaan menghadapi Sukan Asia penghujung tahun ini. 

“Pemain saya sudah didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dan beraksi secara kompetitif dalam liga domestik. 

“Saya enggan menamakan kesebelasan utama pemain yang bakal diturunkan dan barisan anak buah saya pasti menunjukkan persembahan yang terbaik buat peminat pada perlawanan hari ini,” katanya. 

Dalam pada itu, pihak FAM memaklumkan perlawanan hari ini memerlukan pemenang dan akan ditentukan sepakan penalti sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat masa sebenar.




>>selepas real madrid gagal untuk melawat malaysia....ini lah penggantinya....salah satu gergasi bola sepak asia ini khabarnya tidak akan menurunkan skuad piala dunia mereka...


tapi tak mengapa....perlawanan persahabatan ini diharap dapat menyemarakkan semangat pemain bola sepak negara untuk terus maju....


tak kira apa pandangan skuad korea selatan terhadap skuad bola kita...terima seadanya dan buktikan semangat Malaysia Boleh masih mekar....

Wednesday, July 14, 2010

Disebalik FIFA WORLD CUP 2010......anda dapat apa?? part II

sambungan posting lalu.....di sini


TRAFFIC BLOG YANG TINGGI
memang bila ade perkara yang best disekeliling kita....pastinya ramai yang akan berkongsi pendapat dan pengalaman di blognya.....ada juga yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan page view blog mereka..aku juga kot....tak kan nk diam jer....


KENE MAKI
biase lah....kalau dh bangun lambat, berjage malam punyer pasal.....semua nk marah.....kalau yang couple lagi susah....nak dating lagi.....bila lambat.....hahahah.....maki-maki lah balasan kan.....


RESTORAN MAMAK MACAM RUMAH WAKTU MALAM
mana yang rajin kuar malam dengan kawan-kawan untuk tengok bola....memang mamak lah dilayan.....memang malam penoh ah.....semua nak tengok kat sana.....padahal boleh tengok kat rumah macam aku.....duduk jer sorang-sorang tengok bola....tak best langsung.....

PROMOSI BLUE BEAR
seronok aku tengok bear yang sangat comel ney.....walaupun 1 yang aku dapat hilang....tapi xpe....bagi aku cukup lah aku dapat sentuh buat beberapa hari......pasti ramai yang ada anak patung comel ney....dengan warna biru yang sangat menarik.....

Disebalik FIFA WORLD CUP 2010......anda dapat apa?

sepanjang 1 bulan kita bersengkang mata menyokong pasukan pilihan kita. ade yang kecewa, ada juga yang gembira apabila pasukan pilihan mereka menjadi juara. walaupun piala dunia kali ini agak mengejutkan. dengan saingan sengit pasukan bertandingan disamping keputusan yang sangat diluar jangkaan.

disebaliknya, bagi peminat pula. apa yang mereka dapat.
terutamanya pengalaman buat tahun ini.


PAUL SI SOTONG KURITA
aku rasa sotong merupakan salah satu perkara yang paling popular sepanjang piala dunia, selain pemain yang berjaya mencuri perhatian dengan permainan menarik seperti thomas meuller, diego forlan dan david villa. sotong yang buat ramalan perlawanan ini cukup mendapat perhatian dunia. aku rasa semua ramalannua tepat belaka. naseb jer 2.


BURUNG HIJAU YANG MENYIBUK
haha, apelah. publisiti murahan punyer pemilik burung ney. bajet nak lawan-lawan teka. akhirnya, ramalan burung ney salah. apelah. buat macam gempak. nak lawan sotong. buang masa jer. burung penyibuk ney hanya popular di perlawanan akhir. tah kenapa tah nak siar jugak pasal burung ney.


TAK TIDUR MALAM
kat malaysia ney....siarannya lambat sket....2.30 baru mula....lambat wo.selalunya pkol 12 orang dah masuk tidor. ini 2.30 baru mula...habisnya...dekat pkol 5 baru lah masok tidor.. kalau yang takut tak solat subuh tu. tak de lah nk tidor.

>>BERSAMBUNG UNTUK KE KELAS..
PKOL 10 D PEKAN....AKU X MANDI LAGI....
HABIS LAH~

Monday, July 12, 2010

sepanyol menutup buku WC2010

pagi tadi aku mengantuk sangat nk tengok bola....
so, aku tidur jer.....
malas nak berjaga sangat.....
maklum lah....
nak pergi debat ney kene lah jage kesihatan sikit....
buat julung kalinya....
aku bangun pada jam 6....
dh mmg set nk bangun awal kot.....
klu tidak.....memang tidak lah....


seperti biasa sepanyol menang dengan satu jaringan....
dan gol jaringan iniesta pada lewat masa tambahan cukup....
dalam membawa juara eropah ini berada dipuncak dunia pula.....

paling membanggakan....
ini merupakan kejuaraan yang julung kalinya buat sepanyol....
sebelum ini hanya tahun 1950....
dimana sepanyol hanya menduduki selepas tewas separuh akhir dan penentuan tempat ketiga...
apabila tewas kepada brazil dan sweeden.....

tapi sekarang....
mereka pula berada di puncak dunia....
walaupun buat kali pertamanya menjejak pentas final.....
namun mereka berjaya mengatasi pengalaman 3 kali final belanda yang dikatakan pilihan perlawanan akhir sebelum ini.....


review kawan2 aku yang tengok semalam......
casillas paling banyak menidakkan semua serangan belanda....
hahahahahha....
bagus sungguh...

Friday, July 9, 2010

prestasi terbaik di masa ingin bersara...



DURBAN: Tandukan kencang yang membawa Sepanyol ke final Piala Dunia buat kali pertama akan sentiasa dikenang sebagai hadiah perpisahan paling sempurna Carles Puyol, tatkala pertahanan veteran itu membayangkan persaraan aksi antarabangsa selepas temasya ini.

Puyol menjaringkan gol menerusi tandukan padu pada minit ke-73 dalam perlawanan separuh akhir awal pagi semalam, untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Jerman.

Mencecah usia 32 tahun, Puyol berkata dia akan memutuskan mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan selepas perlawanan akhir bertemu Belanda, awal pagi Isnin ini.
Sekiranya bek tengah Barcelona itu memutuskan untuk bersara, ia pasti dilakukan dengan penuh bergaya tatkala dia menjaringkan hanya gol ketiganya dalam 89 penampilan buat Sepanyol.

Selepas segala-galanya diberikan kepada pasukan kebangsaan, dia berhak mendapatkan jaringan cantik seperti itu, kata gandingan pertahanannya, Joan Capdevila. Kepantasan yang dibawa bersamanya cukup menakjubkan dan tiada hadiah yang lebih baik selain meletakkan kami di final.

Seperti biasa, Puyol hanya mendiamkan diri selepas perlawanan di Stadium Moses Mabhida, di Durban itu, membiarkan rakan sepasukan memberitahu ia mungkin gol paling penting buat pemain yang sudah mengumpul kejayaan di peringkat kelab dan kejuaraan Kejohanan Eropah 2008.

Mari kita berdoa dia menjaringkan gol sekali lagi dan memberikan kami satu lagi kemenangan, kata penyerang David Villa, penjaring terbaik kejohanan dengan lima gol. 


Rambut panjang ala gondrong Puyol dan corak permainan fizikalnya memberikan dia jolokan Tarzan tetapi penyerang lawan tidak langsung tersengeh apabila berdepan pemain yang membimbing Barcelona merangkul takhta Liga Juara-juara Eropah dan La Liga itu sepanjang 11 tahun kerjayanya. AP





>>lepas ney....kita hanya akan tengok puyol di barcelona sahaja lah....tpi xpe....kat barcelona sendiri dh rmi player sepanyol....so, lebih kurang jer kot...

Related Posts with Thumbnails