Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!! MERDEKA!!


sebenarnya aku sangat minat dengan bendera malaysia pada cup cake di atas....
lagi2 dengan background biru...
aku sangat minat...

anyway..
53 tahun merdeka..
mari kita sama2 hayato erti sebenar keerdekaan..

qucai: kemerdekaan ini bukan pengekalan, tetapi pinjaman yang perlu dijaga..
qama: kemerdekaan bukan untuk dibangga, tetapi untuk difahami kepentingannya..
mahasiswa UMP: kini rakyat malaysia hanya merdeka secara zahir, tetapi batinnya masih dibelenggu jajahan barat..

sedikit pandangan dari rakan mahasiswa..
moga2 ianya memberi sedikit ikhtibar buat semua..


secara ikhlas tema ini bukan untuk dihayati..
namun sakadar dibanggakan..
cukup..
aku tak nak lebih2..

Monday, August 30, 2010

PERAMAH 2010


hujung minggu lalu berlangsungnya perkampungan debat ramadhan di NUR SUNGAI MERAB, BANGI, SELANGOR..

acara yang menghimpunkan para pendebat seluruh malaysia dan alumni debat malaysia..turut mendapat tajaan dari kementerian pengajian tinggi malaysia..

turut hadir memeriahkan majlis timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan & timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah..




walaupun hanya 2 sidang debat sahaja berlangsung..
namun acara ini cukup membantu dalam memberi pendedahan..
selain merapatkan hubungan sesama pendebat diseluruh malaysia..

pelbagai ilmu perdebatan ditimba..
diharap agar ianya dapat digunakan sepanjang bergelar pendebat dalam mewakili universiti masing2..



HINDRAF masih lagi menuntut

Polis Halang Penyokong Hindraf Berarak Ke Istana Kinta Serah Memorandum
IPOH: Polis hari ini menghalang lebih 20 penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan Human Rights Party (HRP) daripada berarak beramai-ramai ke Istana Kinta untuk menghantar memorandum mengenai kebebasan beragama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata tindakan itu diambil selepas kumpulan terbabit enggan mematuhi syarat hanya sebuah kereta dengan empat penyokong termasuk pemandu, dibenarkan memasuki istana.
"Syarat ini diletakkan oleh wakil istana dan polis bersetuju, tetapi kumpulan ini cuba berarak beramai-ramai... mengakibatkan polis bertindak menghalang mereka.
"Penyokong kumpulan ini akhirnya enggan menghantar memorandum dan mereka diminta bersurai kira-kira 12 tengah hari," katanya.
Beliau berkata kumpulan yang diketuai P.Uthayakumar itu mendakwa memorandum berkenaan ada pada rakan mereka yang masih belum tiba, dan mereka menunggu hingga hampir jam 12 tengah hari.
Ibrahim berkata kira-kira 50 anggota polis ditempatkan di sekitar Hotel Impian, di depan Istana Kinta dan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah bagi mengawasi perhimpunan kumpulan berkenaan yang bermula seawal 9 pagi.
Wakil Hindraf dan HRP kemudian membuat laporan di IPD Ipoh berhubung tindakan polis menghalang mereka menghantar memorandum itu beramai-ramai.
Sementara itu, polis menahan seorang lelaki kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis ketika diperiksa dalam perhimpunan tersebut.
Ibrahim berkata lelaki itu melakukan perbuatan tersebut terhadap Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh DSP Rodzi Rejab dalam insiden pada 11.40 pagi.
Sebelum itu, lelaki berkenaan bersama tiga lagi rakannya berjaya meloloskan diri daripada sekatan polis dalam usaha mereka untuk menyertai penyokong Hindraf yang berkumpul berhampiran Hotel Impiana, kira-kira 300 meter dari Istana Kinta. - BERNAMA

>>ada sahaja tuntutannya..walaupun kali ini tuntutan sedang menjadi isu..namun, perkara ini perlu ditangani segera..terutamanya kepada golongan aktivis agama..jangan terlalu menjaga agama sendiri sehingga hidup kita dalam berbilang kaum semakin bermasalah..cuma cadangan aku..untuk selesaikan isu bukan dengan cara ini..kita boleh berdiskusi bersama..cari resolusi agar isu ini tidak menjadi luka dalam rakyat kita..
Related Posts with Thumbnails