Tuesday, September 28, 2010

Kopi Luwak...Halal atau Haram???

Entri ini merupakan lanjutan dari laporan TV3 tentang kopi luwak yang halal di negara Indonesia tetapi haram di negara kita. Berita tentang kopi luwak ini rasanya aku dengar semasa cuti hari raya yang lalu. 





.........................
<<KOPI Tahi Musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa.
Biarpun kopi tersebut dihasilkan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak.
Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi.
Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja dihasilkan.
Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram.
Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.
"Kopi luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Ma'ruf Amin.
Proses kopi luwak terjadi apabila biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran musang secara manual.
Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub pula memberitahu, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan musang hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.
"Kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Disebabkan itu kopi luwak bukan najis, tetapi mutanajis," katanya.
Meskipun begitu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, secara peribadi berpendapat kopi luwak adalah haram untuk diminum biarpun telah melalui proses pembersihan.
"Biji kopi yang dimakan musang tadi sudah masuk ke dalam perutnya dan telah bercampur dengan enzim yang terdapat dalam badan binatang tersebut lalu dicernakan melalui sistem pembuangan najis.
"Akibat percampuran biji kopi dan najis musang tersebut ia adalah haram untuk diminum. Sebabnya, kulit biji kopi tersebut adalah nipis dan ia berkemungkinan telah dimasuki atau bercampur dengan najis musang," jelas beliau.>>
....................
Tak mengapa rasanya kalau dinegara kita ini diharamkan. Kopi bukan ada satu jenis sahaja pon. banyak lagi pilihan lain. Lagipun harga kopi ni pon sangat mahal. Buat apa nak beli minuman mahal-mahal. Masuk perot terus buang juga kan.

Monday, September 27, 2010

kursus kemahiran untuk pelajar gagal

entri ini sekadar review terhadap cadangan negeri terengganu memperkenalkan kursus kemahiran untuk pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM...




>>petikan kosmo



KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan kursus kemahiran kepada semua pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri akan menanggung segala perbelanjaan pelajar berkenaan untuk mengikuti kursus kemahiran tersebut.
"Kita mahu semua pelajar yang gagal dalam SPM memiliki kemahiran agar dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Ekspo Pendidikan Terengganu 2010, di sini, hari ini.
Katanya, pelajar lepasan SPM akan diberi peluang mengikuti kursus kemahiran di pusat latihan di bawah kerajaan negeri dan mereka yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi pengecualian.
Menurutnya lebih 25,000 pelajar akan menduduki peperiksaan SPM di negeri itu pada tahun ini dan hampir 4,000 daripada mereka dijangka gagal berdasarkan keputusan percubaan baru-baru ini. - Bernama
.................
<
dan cadangan buat kursus tersebut, bentuk minat pelajar agar meneruskan pengajian sehingga tamat....kerana masalah yang malaysia hadapi dalam menghasilkan pekerja berdaya saing adalah kerana kesalahan pelajar memilih jurusan semasa peringkat pelajaran....
dan buat pelajar yang gagal ini....kursus ini mungkin opsyen terakhir untuk memastikan mereka tidak terus terbiar selepas tamat proses pembelajaran ataupun menganggur awal....
bila minat terhadap bidang ini dapat ditanam pada setiap pelajar...mudah untuk memastikan pelajar tersebut terus menamatkan pengajian dan terus memasuki pasaran kerja yang sentiasa memerlukan pekerja bidang kemahiran ini....
cuma, target kerajaan negeri terengganu terlalu optimis mengatakan 4000 orang akan gagal SPM...perkara ini sacara ikhlas menjatuhkan moral pelajar yang gagal mencapai keputusan baik semasa percubaan yang lalu....dan bilangan nya adalah daripada 25000 calon...bukankah ianya angka yang sangat merisaukan buat negeri yang sering mendapat kedudukan baik di Malaysia....
sepatutnya kerajaan negeri terengganu mencari jalan mengurangkan bilangan gagal dan menaikkan bilangan cemerlang....dan barulah uruskan pelajar mereka selepas tamat peperiksaan....>>

Sunday, September 26, 2010

Wall Street: aku juga nak!!


filem menarik tentang pasaran saham wall street di amerika syarikat...
seorang lelaki yang merupakan aset syarikat berusaha membalas dendam atas kejatuhan syarikatnya...
api kemarahannya dimarakkan apabila bekas banduan yang juga pakar bidang perniagaan dan saham menawarkan nasihat untuk membalas dendam kepada musuh syarikatnya yang telah gulung tikar....
dan banduan tersebut ialah bapa kepada kekasihnya...

kisah hitam kekasihnya dengan banduan tersebut menyebabkan kekasihnya tidak lagi mempercayai bapanya dan menasihati lelaki tersebut agar berhati....
di saat dendamnya terbalas, dan cuba memulakan hidup baru...
malangnya kelicikan banduan berjaya memperdaya lelaki tersebut yang masih mentah untuk segala penipuan dunia saham dan syarikat....

pelbagai masalah dihadapi lelaki tersebut....
dan dengan kebijaksanaan menggunakan emosi kekeluargaan....
lelaki tersebut berjaya mendapatkan semula miliknya....
dalam keadaan banduan tersebut sudah kaya-raya dari wang penipuan dulu...

sedikit sinopsis wall street ini....
...............

cerita ini sebanarnya menarik minat aku untuk menjadi broker saham suatu hari nanti....
disamping bersaing dalam dunia ekonomi yang cukup mencabar....
walaupun dalam filem ney banyak gunakan emosi kekeluargaan untuk menyedapkan cerita...
tapi sedikit mainan politik dalam ekonomi ini terserlah....
selain itu, penipuan dalam bidang perniagaan yang sangat licik...

siapa kuat...
dye menang....
siapa lemah...
dye lahh yang akan kalah....

tapi terfikirkan aku kat UMP ney...
xpayah lah nk masok ekonomi sgt.....

Saturday, September 25, 2010

Sekolah Harapan...Harapan Apa??

ini merupakan pendapat seorang penganalisis....
Dari Blog Kawan Saya


entri kali ini saya akan cuba sesuatu yang baru..
dan entri ini bukan nak gaduh dengan sapa2..
cuma terlalu banyak yang malaikat sampai perkara yang baik dianggap jahat..

secara ikhlas dari hati....
aku bersetuju dengan pengumpulan pelajar mengandung di sekolah harapan ini..
rasionalnya mudah....
mereka yang terlibat ini biasanya menghadapi maslah untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling....
maka, kita asingkan mereka untuk menjaga mereka dari melakukan perkara yang lebih teruk seperti bunag bayi atau bunuh diri kerana malu....
dan stigma masyarakat kita masih menganggap org yang melakukan kesalahan sebagai org jahat dan tak perlu mendapat layanan yang baik dari mereka...

jika begini aku yang mengandung pon tak tahan dengan masyarakat macam ini....
contoh "hey, itu budak yang mengandung 2 kan....eeeiiii tak lah dekat dengan dye...tah2 ade penyakit Aids kot...."
agak2 apa perasaan org yang mengandung bila dengar macam 2???
so, bila diasingkan ini...
pelajar ini akan dilayan baik agar mereka kembali kejalan yang lurus....
selain keselamatan mereka terjamin...


...........
ada orang kata...
langkah sekolah harapan ini tidak berkesan untuk membanteras gelaja seks dikalangan pelajar sekarang...
secara logik akal lah...
ada ke satu masalah 2 dapat diselesaikan dengan 1 makenisme???
so, jika ada satu mekanisme datang...
jangan lah terlalu berharap agar sesuatu masalah selesai....

cuba kita tepuk dada kita...
dah ke kita banteras gelaja ini...
diri kita....
keluarga kita....
masyarakat kita.....
umat kita....
masyarakat kita??????

kalau rasa dah...
teruskan lah melakukan perkara baik dan sentiasa cari jalan...
jangan hanya bercakap seperti anda seorang sahaja buat kerja bagi banteras gelaja sosial hari ini...
kalau belom...
mari kita sama2 mula dari bawah...
kita dekati golongan ini agar2 dapat sama-sama elak gelaja ini..

dan berfikirlah...
sekolah harapan ini bukan macam polis yang mencari...
mereka ini ibarat kaunselor yang sentiasa bersedia menerima sesiapa dan apa juga masalah...

Friday, September 24, 2010

kalau bagi susu pada bayi..jangan ditinggalkan..

terbaca tajuk artikel baru di akhbar sinar..




Bayi tiga bulan maut tercekik botol susu di Putrajaya


PUTRAJAYA - Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik botol susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.



>>untuk laporan penuh di SINAR HARIAN




........................................................
dulu masa kes ney banyak keluar surat khabar...
aku tanya mak aku, macam mana bayi boleh tercekik masa minum susu..
mak cakap, sebab bayi 2 minun sambil baring...
cuba kita yang dah besar ney...
kalau minum apa2 dalam keadaan baring....
mesti susah giler nak minun kan..
sama jugak macam bayi ney..
bila air banyak sangat dalam mulut, bayi susah nak minum..


so, kalau nak susukan bayi..
tolonglah jangan tinggalkan bayi dalam keadaan baring...
pangku bayi atas kita sampai bayi habis minun susu botol..
bahaya..


pesanan untuk semua..
jaga lah anak kita elok2 nanti...
kalau jadi pengasuh 2...
jaga anak orang elok2...
amanah..


iPhone 4 dilancar di Malaysia malam tadi



semalam, bertempat di Grand Ballroom, The Gardens Hotel..
berlangsungnya pelancaran telefon bimbit pintar iPhone 4 oleh syarikat telekomunikasi Maxis tepat jam 12 malam tadi..
dianggarkan seramai 3 ribu orang peminatnya sanggup menunggu sejak jam 5 petang lagi bagi mendapatkan gadjet ini..


di amerika syarikat, ianya telah dilancarkan sejak bulan julai lagi..
dan antara ciri unik yang terdapat pada iPhone 4 adalah:

  1. FaceTime untuk panggilan video yang dipertingkatkan, 
  2. paparan Retina baru yang mengagumkan, 
  3. resolusi terbaik pada sesebuah telefon bagi paparan teks, grafik, imej dan video yang menarik. 
  4. dilengkapi kamera 5megapixel dengan flash, rakaman video HD
  5. kemudahan untuk memuat-turun lebih 200,000 aplikasi yang terdapat di App Store.

Maxis menawarkan harga serendah RM890 hingga RM1990 untuk iPhone 4 32GB..
Manakala harga serendah RM490 hingga RM1690 untuk iPhone 4 16GB..

Turut hadir ke acara itu ialah Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke, Naib Presiden Kanan Servis Perniagaan Maxis dan Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti dan Inovasi Maxis, T.Kugan.




Thursday, September 23, 2010

Nicol David menang lagi..



tahniah diucapkan buat pemain skuasy negara, Nicol David selepas berjaya dalam memenangi kejuaraan kelima dalam kejuaraan dunia di mesir..
dalam pertandingan akhir, pemain negara berhadapan pemain tuan rumah yang merupakan pilihan keempat omneya abdel kawy..
dengan kiraan mata 11-5, 11-8, 11-6..dalam masa 30 minit..






semoga kejayaan ini dapat membakar semangat pemain muda untuk turut sama mengecap kejayaan seperti nicol david..
dan sebagai rakyat malaysia sendiri..
teruskanlah menyokong pemain negara..

Wednesday, September 22, 2010

AC Mizal..kini bergelar Datuk AC Mizal..



seorang lagi artis kita menerima gelaran dari sultan pahang..
dahulu artis paling popular datuk CT dapat gelarannya dari sultan pahang..

tahniah diucapkan kepada pengacara terkenal ney..
terutamanya dengan produk perniagaannya yang berjaya menaikkan nama AC ketahap ini..
syarikatnya yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan menunjukkan betapa AC mampu mengimbangi kedua-dua bidang yang diceburi..
dengan kontraknya bersama astro masih berbaki 2 tahun..
masih banyak lagi peluang untuk mencipta nama dimalaysia ini lagi..

dalam petikan berita daripada gua.com.my
AC takut untuk menerima gelaran ini..
mungkin baginya terlalu awal untuk mendapat ganjaran atas usahanya..

Tahniah buat AC

Tuesday, September 21, 2010

bagaimanakah dengan keyakinan anda??

entri ini sekadar menunjukkan berita yang disiarkan oleh berita harian....
pagi tadi...
aku membaca berita tentang keyakinan india dalam menganjurkan sukan komanwel..


dan dalam keyakinan tersebut..
terkeluar pula pada ruangan berita terbaru...
berita yang sedikit mencalarkan imej india dalam menganjurkan sukan besar..


jadi...
dalam turutan berita ini..
apa pendapat anda???

Indonesia larang rakyatnya ke Malaysia untuk jadi amah

entri ini diambil dari berita harian.


JAKARTA: Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, hari ini melarang rakyatnya untuk pergi bekerja di Malaysia sebagai pemnatu rumah sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka. 

Kenyataan Muhaimin itu sebagai reaksi kepada kes terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia, Winfaedah, di Malaysia pada 13 September lalu. Katanya, kes itu menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap. "Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas," katanya dipetik portal berita Kompas.Com. 

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan. 

Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu. 

Mereka juga juga diminta sentiasa menyelaras dengan kedutaan besar Indonesia atau pejabat perwakilan Indonesia lainnya di negara mereka bekerja. 
Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu. 

Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu. 

Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. 

Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 September lalu. 

Kerajaan Indonesia menghargai tindakan cepat Polis Malaysia menangkap majikan Winfaedah berkaitan dengan kes itu. - BERNAMA



sedikit komen dari pembaca berita harian

>>bagi aku ada baik dan buruknya pada kedua-dua pihak..
buat malaysia baek aku diamkan sahaja..

cuma buat indonesia..
anda bijak menangani kemarahan rakyat anda yang sedang membara dengan pelbagai kes melibatkan hubungan malaysia & indonesia..
mungkin ini dapat mengurangkan tekanan buat pemimpin kedua-dua negara yang buntu mencari penyelesaian..

dan larangan ini selalunya membuatkan orang lagi suke langgar..
so, tunggu jer lah rakyat anda yang ramai 2 untuk melanggar syarat anda..
dan kat sini memang dah selalu dengar yang rakyat mereka lagi suke jadi amah disini..

Monday, September 20, 2010

Selamat Berjaya Buat Pelajar Yang Bakal Menduduki UPSR Esok

assalamualaikum semua..
dah lama tak datang ke sini..
lebih dua minggu tak update..

okey lah..
esok akan bermula peperiksaan buat warga tahun 6 seluruh malaysia..
buat anak pak cik aku..
selamat berjaya..
tak sempat nak jumpa masa datangg rumah hari 2.

jawab hati2...
penting ney....


teringat jap zaman nak UPSR dulu...
boleh pulak pindah randah....
tak pe...
yang penting yang akan jawab nanti...
jawab lah elok2...
semoga berjaya macam adek2 kat gambar bawah ney...

Friday, September 3, 2010

Blogging in Malaysia ranks among highest in the world

MALAYSIA has about 500,000 active bloggers, ranking the country among the highest in the world after Indonesia and the European Union,Utusan Malaysia reported.
According to Universiti Malaya media department lecturer, Dr Abu Hassan Hasbullah, this showed the power of blogs in influencing the thinking of the people, especially about politics.
He said blogs currently had a wide reach considering how many Internet users visited these sites everyday.
“Our research shows that 70% of the election results were influenced by information in the blogs,” he said.
Dr Abu Hassan said the ruling government could use blogs but pointed out that it would take a long time for it to be popular.


>>entri copy paste..

Thursday, September 2, 2010

peralihan kuasa ketua polis negara

Timbalan Ketua Polis Negara ambil alih tugas pada 12 September

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang tamat pada 12 September ini dan bakal digantikan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuat kuasa selepas tarikh berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkannya semalam berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail akan menggantikan Ismail sebagai Timbalan KPN.








selepas pelbagai kontroversi peletakan jawatan ketua polis negara ini..
akhirnya semalam kementerian dalam negeri mengumumkan kenaikan pangkat tan sri ismail omar sebagai KPN yang baru..
moga2 perlantikan ini memberi sinar baru dalam meneruskan hasrat kerajaan dalam mewujudkan kehidupan selamat di malaysia..
lebih2 lagi kejatuhan moral dalam kalangan anak muda yang semakin membimbangkan..
selamat berjaya tan sri ismail omar dalam menerajui jawatan paling tinggi dalam kerjaya perpolisan..



Wednesday, September 1, 2010

persiapan raya..dah cukup ker??

bila dah dekat syawal ney..
macam-macam persiapan kene buat..
dari perhiasan diri, rumah sehingga jamuan makan..

BAJU RAYA
paling penting rasanya..
sebab masa raya ney lah peluang nak berbaju baru..
selain tu..
fesyen2 baru juga akan laku masa musim raya ney..
tudung, baju melayu, kebaya, baju kurung..
macam2 jenis..



HIASAN RUMAH
sama jugak macam pakaian..
bila raya banyak tukar baru..
masa ney lah nak cat rumah..
furniture baru..
sempena menyambut bulan syawal..



KUIH RAYA
ini special..
kalau xde kuih..
xraya rasanya..
kalau dulu2 orang banyak buat sendiri..
cuma sekarang manusia semakin sibuk..
beli2 sahaja dimana2...



WANG
ini kalau xde..
semua bende xboleh buat..



>>sebenarnya aku xbersedia apa-apa lagi..
tak tau lah kat rumah aku 2..
ada apa2 perubahan x??
ANDA??

lagu raya dah mula berkumandang

bila dah dekat syawal ney..
radio mulalah memutarkan lagu-lagu raya..
sempena menyambut bulan yang dinanti-nanti..



dialdilfitri ini lah kita dapat melihat evolusi lagu-lagu raya..
dari zaman evergreen sehingga zaman moden..
dan bagaimana lagu-lagu lama masih berada dihati peminat..
walaupun lambakan lagu-lagu baru dicipta masa kini..

Just the Way You Are - Bruno Mars



oh her eyes her eyes

make the stars look like they're not shining.

her hair , her hair

falls perfectly without her trying



she's so beautiful and i tell her every day



i know, i know

when i compliment her she wont believe me

and it's so, it's so

sad to think she don't see what i see



but every time she asks me do i look okay i say



refrain:

when i see your face

there's not a thing that i would change

cause your'e amazing

just the way you are



and when you smile

the wole world stops and stares for a while 

cause girl your'e amazing

just the way you are



her nails , her nails

i could kiss them all day if she'd let me 



her laugh, her laugh

she hates but i think it's so sexy



she's so beautiful and i tell her every day 



oh you know,you know, you know i'd never ask you to change

if perfect is what you're searching for

then just stay the same



so don't even bother asking if you look okay

you know i say



refrain:



when i see your face

there's not a thing that i would change

cause your'e amazing

just the way you are



and when you smile

the wole world stops and stares for a while 

cause girl your'e amazing

just the way you are



the way you are 

the way you are 

girl you're amazing

just the way you are



when i see your face

there's not a thing that i would change

cause your'e amazing

just the way you are



and when you smile

the wole world stops and stares for a while 

cause girl your'e amazing

just the way you are



yeaaaah



single ney sebenarnyer best giler..
masterpiece jugak..
sebelum ney..
bruno mars ney feat dalam dua lagu popular..
billionaire dan nothing on you




dan pendengar lagu ini di youtube sudah melebihi 7 juta..
sedangkan video music nya masih bulem dilancarkan..
Related Posts with Thumbnails