Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

The Avangers - Kutipan Hujung MInggu Paling Tinggi




Filem Superhero yang mula ditayangkan ini mencatat sejarah manis apabila memecahkan rekod yang baru sahaja dicipta tahun lalu oleh Filem Harry Potter. Kali ini Filem yang menggabungkan superhero seperti Captain America, Thor, Iron Man dan Hulk berjaya memperolehi kutipan hujung minggu berjumlah 207, 438, 709 USD mengatasi kutipan Harry Potter yang mencatat 169, 189, 427 USD dalam masa yang sama. 

Ini merupakan kutipan dalam US dan Canada sahaja, kutipan seluruh dunia masih dikuasai Harry Potter and  the Deathly Hallows Pt. 2. sumber


Wednesday, March 14, 2012

The Hunger Games Soundtrack


Soundtrack terbaru The Hunger Games yang bakal ditayang tidak lama lagi. 
Pasti Single penuh lagi ini dinanti-nanti oleh peminat Taylor Swift, selepas Single pertama lagu ini Safe & Sound berjaya menarik minat sehingga berada di kedudukan pertama carta iTunes dipenghujung tahun 2011 lalu. 

Soundtrack penuh akan dilancarkan 20 Mac ini. 



Wednesday, January 4, 2012

10 filem terbaik melalui kutipan tiket sepanjang 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
381,011,219 USD


Transformers: Dark of the Moon
352,390,543 USD


The Twilight Saga:Breaking Down
276,125,476 USD


The Hangover Part II 
254,464,305 USD


Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
241,071,802 USD


Fast Five
209,837,675 USD


Cars 2 
191,452,396 USD


Thor 
181,030,624 USD


Rise of the Planet of the Apes
176,711,822 USD


Captain America: The First Avenger 
 176,654,505 USD


Wednesday, August 10, 2011

Harry Potter Part 2 mendahului kutipan filem 2011

Setakat 8 Ogos lalu, jumlah kutipan filem di seluruh Amerika untuk filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 telah mendahului kutipan filem Transformers: Dark of the Moon.
Biar pun filem Transformers ditayangkan lebih awal dari Harry Potter.

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
($344,890,382)
Tayangan bermula 15 Julai lalu.


Transformers: Dark of the Moon
($344,666,713)
Tayangan bermula 29 Jun lalu.


Penutup paling berjaya untuk filem sequel fantasi ini. 
Dengan beberapa anugerah yang baru sahaja dimenangi dalam Teen Choice Award baru-baru ini.
Begitupun, tayangan filem Harry Potter masih lagi diteruskan.

Friday, July 15, 2011

Harry Potter Vs Transformers

File:Deathly-hallows-p2-1.jpg


File:Transformers dark of the moon ver5.jpg

Dari sudut kutipan tak boleh wat perbandingan. 

Dari segi pandangan pengkritik, harry potter menang besar.

Tunggu lah weekend ney bape pulak kutipan harry potter yer

Sunday, July 10, 2011

Kutipan Filem: "Transformers: Dark of the Moon"


Tarikh mula tayang sejak 28 Julai 2011.
Namun, kutipannya boleh lah dibaggakan.
Kurang dari dua minggu, filem arahan Michael Bay ini telah mengutip $261,975,424 lantas sebagai kutipan filem ketiga tertinggi dalam tahun 2011. 
Filem yang sedang berada diatasnya adalah The Hangover Part II dan 
Pirates of the Caribbean: on Stranger Tides.
Dengan perbezaan kurang $50 juta jika dibandingkan dengan dua filem ditangga teratas, 
tidak mustahil filem ini akan mendapat kutipan tertinggi setakat ini.

Walaupun kritikan hebat diterima filem ini, atas tarikan teknologi sedia ada.
Penonton tetap menonton filem ini lantas menambah lagi kutipan filem ini.

Atas kesibukan terlampau, aku masih tidak berpeluang untuk menonton filem ini.
Tambahan pula, rakan aku mengatakan bahawa filem ini sedikit mengecewakan penantian 
penontonnya kerana jalan ceritanya dan teknik penceritaan yang lemah.

Monday, December 6, 2010

Aku Tak Bodoh



Sinopsis filem Aku Tak Bodoh:



Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?



Filem adaptasi filem I'm Not Stupid lebih banyak menampilkan budaya masyarakat malaysia dalam kehidupan berkeluarga. Pelbagai mesej dan ikhtibar hidup berkeluarga diterap melalui filem ini.




Ramai yang memberi pendapat tentang filem ini yang seakan filem papadom yang menerapkan unsur komedi dalam berkeluarga. Konflik dan masalah kekeluargaan diangkat dalam menunjukkan realiti masyarakat malaysia dalam kehidupan kekeluargaan. 

Pelakon-pelakon yang dipilih untuk filem ini juga cukup sepadan. Aeril Zafrel yang memang aku harapkan mampu tampil dalam filem juga sudah menjadi pilihan pengarah. Gabungan pelakon lama juga pelakon baru menjadikan filem ini juga unik. 

P/s: Aku tak tengok lagi cerita ney kat wayang yang baru mula ditayangkan 2 disember lalu. Memang aku teringin sangat nak tengok sejak kali pertama aku tengok trailer filem ney. 

Sunday, December 5, 2010

FFAP54 Iktiraf Yasmin Ahmad Sebagai Pengarah Terbaik



Pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 54 yang berlangsung di Taiwan malam tadi. Kemenangan beliau adalah menerusi filem Muallaf, filem yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, Bryan Yap, Dato' Rahim Razali dan Ning Baizura.


Kemenangan itu sekaligus mengubat kedukaan filem yang diterbitkan oleh MHZ Film Sdn. Bhd (Malaysia) dan The Picturehouse (Singapura) itu di Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini apabila tidak dicalonkan dalam sebarang kategori.

Filem Malaysia lain yang turut bertanding di festival tersebut ialah Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang.

Ia merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kategori pengarahan. Sebelum ini, delegasi Malaysia hanya memenangi anugerah dalam kategori lakonan dan sinematografi sahaja. Antara pemenang terdiri daripada Tan Sri P.Ramlee, Maya Karin, Datin Seri Tiara Jacquelina, Khatijah Tan dan Rosyam Nor.

Sementara itu, filem dari India yang bertajuk "Janala" memenangi anugerah Filem Terbaik di festival tersebut. Manakala pelakon veteran dari Filipina iaitu Anita Linda menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem "Lola" dan Hamid Farrokhnezhad dari Iran memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem "The Fateful Night"

#semasa FFM hari tu aku agak pelik akan filem muallaf yang langsung tiada pencalonan, dan hanya menerima anugerah khas juri. Itupun bukan anugerah utama, sekadar menghargai karya terakhir dari Yasmin Ahmad. Sedangkan Panel antarabangsa yang mengangkat produksi kita sebagai antara terbaik di Asia. Secara buat apa orang lain hargai sedangkan kita tidak berbangga dengan hasil sendiri.

Apa pun, aku cukup berbangga dengan penerimaan anugerah ini kerana ianya sebagai sebuah sejarah baru untuk malaysia dalam menyaingi filem-filem lain diperingkat antarabangsa. Bukan sekadar peringkat nusantara sahaja.

#fikirkan....

Monday, October 25, 2010

Tahniah ~MAGIKA~

Dalam 5 senarai calon filem terbaik, Magika, Estet, Evolusi KL Drift 2, Belukar, Lagenda Budak Setan. Aku memilih filem lagenda budak setan. mungkin idea asal filem ini bukan asli dari pengarah. tapi garapan emosi pelakon serta jalan cerita berat menambat hatiku. Magika masih belumku tonton, tapi dari preview beberapa orang rakan-rakanku. Ceritanya agak biasa cuma tambahan grafik selain tarikan kuat dari pelakon popular selain latar yang diplbagaikan menyebabkan ceritanya agak serabut rasanya.






Secara ikhlas aku belum menonton filem MAGIKA, tapi malam tadi cukup membuktikan filem komedi ringan menang lagi. Kali ini, tiga tahun berturut-turut filem bergenre komedi ringan menang selepas Kala Malam Bulan Mengambang, Papadom dan kali ini Magika.





    ANUGERAH PERDANA 
  • Filem Pendek Terbaik -Project
  • Filem Animasi Terbaik -Buas
  • Filem Dokumentari Terbaik -Suatu Ketika Laskar Senoi
  • Skor Muzik Asal Terbaik -Edry Abdul Halim – Magika
  • Penyunting Terbaik -Hisyam Jupri & Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Cerita Asal Terbaik -Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
  • Lakon Layar Terbaik -Jumaatun Azmi – Haq
  • Sinematografi Terbaik -Raja Mukhriz –  Niyang Rapik
  • Pelakon Wanita Terbaik -Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
  • Pelakon Lelaki Terbaik -Bront Palarae – Belukar
  • Pengarah Filem Terbaik -Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Filem Terbaik -MAGIKA



    ANUGERAH CIPTA
  • Poster Terbaik -Preston Zaidan Productions - Belukar
  • Pereka Kostum / Busana Terbaik -Dee Hasnan - Magika
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik -Fimie Don - Magika
  • Pelakon Harapan Wanita -Daphne Iking - Belukar
  • Pelakon Harapan Lelaki -Shashi Tharan - Estet
  • Lagu Tema Terbaik -Penyembuh Rindu- Edry - Magika
  • Penataan Bunyi Terbaik -Brian Ng - V3 Samseng Jalanan
  • Penataan Seni Terbaik -Johan Lucas & Anuar Paharudin - Magika
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Yana Shamsudin - Adnan Semp-It
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Shaheizy Sam - Evolusi KL Drift 2
  • Pengarah Harapan -Edry - Magika
  • Filem Komedi Terbaik - My Spy



    ANUGERAH KHAS 
  • Penggiat Belakang Tabir -Johari Ibrahim.
  • Pelakon Veteran Wanita -Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.
  • Pelakon Veteran Lelaki -Seniman Tamam Idris
  • Filem Box-Office -Adnan Sempit

    ANUGERAH KHAS JURI
  • Cinta Ais Kacang (Ice Kacang Puppy Love)
  • Woo Hoo
  • Estet
  • Muallaf

Tadi rasa memang senarai ini benar-benar layak menang malam semalam. Lagi-lagi tak banyak filem yang betul-betul kuat tahun ni. Jadi inilah filem yang berjaya sepanjang tahun 2010.

Sunday, September 26, 2010

Wall Street: aku juga nak!!


filem menarik tentang pasaran saham wall street di amerika syarikat...
seorang lelaki yang merupakan aset syarikat berusaha membalas dendam atas kejatuhan syarikatnya...
api kemarahannya dimarakkan apabila bekas banduan yang juga pakar bidang perniagaan dan saham menawarkan nasihat untuk membalas dendam kepada musuh syarikatnya yang telah gulung tikar....
dan banduan tersebut ialah bapa kepada kekasihnya...

kisah hitam kekasihnya dengan banduan tersebut menyebabkan kekasihnya tidak lagi mempercayai bapanya dan menasihati lelaki tersebut agar berhati....
di saat dendamnya terbalas, dan cuba memulakan hidup baru...
malangnya kelicikan banduan berjaya memperdaya lelaki tersebut yang masih mentah untuk segala penipuan dunia saham dan syarikat....

pelbagai masalah dihadapi lelaki tersebut....
dan dengan kebijaksanaan menggunakan emosi kekeluargaan....
lelaki tersebut berjaya mendapatkan semula miliknya....
dalam keadaan banduan tersebut sudah kaya-raya dari wang penipuan dulu...

sedikit sinopsis wall street ini....
...............

cerita ini sebanarnya menarik minat aku untuk menjadi broker saham suatu hari nanti....
disamping bersaing dalam dunia ekonomi yang cukup mencabar....
walaupun dalam filem ney banyak gunakan emosi kekeluargaan untuk menyedapkan cerita...
tapi sedikit mainan politik dalam ekonomi ini terserlah....
selain itu, penipuan dalam bidang perniagaan yang sangat licik...

siapa kuat...
dye menang....
siapa lemah...
dye lahh yang akan kalah....

tapi terfikirkan aku kat UMP ney...
xpayah lah nk masok ekonomi sgt.....

Tuesday, July 27, 2010

never say never dan karate kid


aku tak tengok lagi filem best ney....
walaupun ade dalam laptop aku dari semalam...
hari tu...
pegi midvalley tak jadi tengok cerita ney....
sebab TOY STORY 3 lagi memikat....

kesibukan hidup menghalang aku menghadap cerita ney depan laptop...
ahhahahaha......
itu belum masuk assignment lagi....

tapi dari sebelum cerita ney keluar....
aku asyik dengar soundtrack lagu ney....
comel giler..
pelakonnya dan justin beiber nyanyi....


cover single pon boleh tahan....
eksklusif habis.....


Wednesday, July 21, 2010

Jackie Chan Ingin Berehat Berlakon Filem Aksi




PELAKON aksi ngeri, Jackie Chan ingin berehat daripada berlakon dalam filem aksi.
Bintang kelahiran Hong Kong bersyukur sebelum ini Will Smith menawarkan skrip The Karate Kid kepadanya.
"Will sebenarnya menelefon saya dan berkata; "Ayuh, kita berlakon bersama dalam filemThe Karate Kid".
"Saya tidak pasti sama ada ingin menerima tawaran berlakon ketika itu tetapi saya meminta dia menghantar skrip kepada saya," katanya.
Media melaporkan pelakon berusia 56 tahun itu tidak terlalu berminat untuk membawa semula watak Inspektor Lee dalam filem Rush Hour dan lebih suka berlakon dalam filem yang lebih serius.
"Saya selalu berkata pada diri sendiri berapa lama saya boleh melakukan aksi ngeri kerana pelakon aksi ramai memiliki hayat yang pendek.
"Di Hollywood, setiap kali saya menawarkan skrip, mereka akan menawarkan Rush Hour 3, Rush Hour 4 dan saya berkata., "Saya tidak mampu melakukan itu lagi!" kata Chan.

>>secara ikhlas...satu kerugian buat industri filem aksi....manakan tidak....dari aku kecil melihat aksi jackie chan ini.....siap ade animasi kat tv3 dulu.....
secara positifnya, mungkin jackie chan nak bagi peluang pada bakat muda untuk menggatikannya....tak kan nak tunggu jackie mati baru nak cari bakat.....lagi pun jackie dah agak berumur untuk berlakon filem aksi lagi....mungkin beliau akan ceburi genre laen pulak....manalah tau....

Tuesday, June 29, 2010

harry potter and deathly hallow



Harry Potter and Deathly Hallow....
siri ketujuh dan yang terakhir buat filem yang aku memang suke sejak kecil dulu.....
dari sekolah rendah layan cerita magik ney....
siri adaptasi novel ini....
memang sangat popular di seluruh dunia.....
menurut rujukan.....
jualan buku jilid ketujuh ini 20% lebih tinggi berbanding buku yang keenam....
pastinya filem nya juga ditunggu-tunggu seluruh dunia....


siri penutup yang istimewa


kenapa istimewa erk???
ade 2 part wei.....
part I ditayang pada 19 November 2010
part II ditayang pada 15 July 2011


sinopsis sket


Bahagian 1 bermula ketika Harry, Ron dan Hermione ditetapkan misi berbahaya mereka untuk mengesan dan menghancurkan rahsia untuk keabadian Voldemort dan penghancuran Horcruxes. Pada mereka sendiri, tanpa bimbingan profesor mereka atau perlindungan dari Profesor Dumbledore, tiga teman sekarang harus bergantung pada satu sama lain lebih dari sebelumnya. Tapi ada Pasukan Kegelapan di tengah-tengah mereka yang mengancam untuk merobek mereka berasingan. 

Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang berbahaya bagi semua musuh Tuhan Kegelapan. Perang panjang takut telah bermula dan Death Eater Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan bahkan Hogwarts, meneror dan menangkap orang yang mungkin melawan mereka. Tapi hadiah yang mereka masih mencari adalah yang paling berharga bagi Voldemort: Harry Potter. Yang Terpilih menjadi salah satu diburu sebagai Death Eater Carian untuk Harry dengan perintah untuk membawa dia ke Voldemort ... hidup. 


Harry satu-satunya kesempatan adalah untuk mencari Horcruxes Voldemort sebelum menemukan dia. Tapi saat ia mencari manual, ia mendedahkan kisah yang lama dan hampir lupa-legenda Azimat Maut. Dan jika legenda ternyata benar, dapat memberikan Voldemort kekuatan utama ia berusaha. 


Little apakah Harry tahu bahawa masa depannya telah ditentukan oleh masa lalu ketika, pada hari yang menentukan, ia menjadi "Anak Yang Tinggal." Tidak lagi hanya kanak-kanak, Harry Potter adalah gambar yang pernah dekat dengan tugas yang ia telah mempersiapkan sejak hari pertama kali masuk ke Hogwarts: pertempuran akhir dengan Voldemort



dan ini barisan pelakonnya...dah biase tengok dah


daniel radcliffe

rupert grint

emma watson

ralph fiennes

Tuesday, June 8, 2010

laksamana upin dan ipin akan kepanggung 2012

selepas kejayaa filem GENG upin & ipin.....
syarikat les' copaque akan meneruskan animasi paling popular ini.....


bertemakan laksamana upin & ipin....
jalan ceritanya mungkin diambil dari lagenda-lagenda pahlawan malaysia dan indonesia...
bersedialah sehingga 2012 nanti untuk menonton filem keduanya


katanya pemegang suara upin ipin ini akan berehat sebentar untuk menghadapi upsr tahun depan....
mungkin itu antara alasan untuk 2012...
ceh...maen sebot jer...

*sebenarnya...
yg first pon tak tengok lagi....
Related Posts with Thumbnails