Monday, October 25, 2010

Tahniah ~MAGIKA~

Dalam 5 senarai calon filem terbaik, Magika, Estet, Evolusi KL Drift 2, Belukar, Lagenda Budak Setan. Aku memilih filem lagenda budak setan. mungkin idea asal filem ini bukan asli dari pengarah. tapi garapan emosi pelakon serta jalan cerita berat menambat hatiku. Magika masih belumku tonton, tapi dari preview beberapa orang rakan-rakanku. Ceritanya agak biasa cuma tambahan grafik selain tarikan kuat dari pelakon popular selain latar yang diplbagaikan menyebabkan ceritanya agak serabut rasanya.






Secara ikhlas aku belum menonton filem MAGIKA, tapi malam tadi cukup membuktikan filem komedi ringan menang lagi. Kali ini, tiga tahun berturut-turut filem bergenre komedi ringan menang selepas Kala Malam Bulan Mengambang, Papadom dan kali ini Magika.





    ANUGERAH PERDANA 
  • Filem Pendek Terbaik -Project
  • Filem Animasi Terbaik -Buas
  • Filem Dokumentari Terbaik -Suatu Ketika Laskar Senoi
  • Skor Muzik Asal Terbaik -Edry Abdul Halim – Magika
  • Penyunting Terbaik -Hisyam Jupri & Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Cerita Asal Terbaik -Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
  • Lakon Layar Terbaik -Jumaatun Azmi – Haq
  • Sinematografi Terbaik -Raja Mukhriz –  Niyang Rapik
  • Pelakon Wanita Terbaik -Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
  • Pelakon Lelaki Terbaik -Bront Palarae – Belukar
  • Pengarah Filem Terbaik -Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Filem Terbaik -MAGIKA



    ANUGERAH CIPTA
  • Poster Terbaik -Preston Zaidan Productions - Belukar
  • Pereka Kostum / Busana Terbaik -Dee Hasnan - Magika
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik -Fimie Don - Magika
  • Pelakon Harapan Wanita -Daphne Iking - Belukar
  • Pelakon Harapan Lelaki -Shashi Tharan - Estet
  • Lagu Tema Terbaik -Penyembuh Rindu- Edry - Magika
  • Penataan Bunyi Terbaik -Brian Ng - V3 Samseng Jalanan
  • Penataan Seni Terbaik -Johan Lucas & Anuar Paharudin - Magika
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Yana Shamsudin - Adnan Semp-It
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Shaheizy Sam - Evolusi KL Drift 2
  • Pengarah Harapan -Edry - Magika
  • Filem Komedi Terbaik - My Spy



    ANUGERAH KHAS 
  • Penggiat Belakang Tabir -Johari Ibrahim.
  • Pelakon Veteran Wanita -Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.
  • Pelakon Veteran Lelaki -Seniman Tamam Idris
  • Filem Box-Office -Adnan Sempit

    ANUGERAH KHAS JURI
  • Cinta Ais Kacang (Ice Kacang Puppy Love)
  • Woo Hoo
  • Estet
  • Muallaf

Tadi rasa memang senarai ini benar-benar layak menang malam semalam. Lagi-lagi tak banyak filem yang betul-betul kuat tahun ni. Jadi inilah filem yang berjaya sepanjang tahun 2010.

No comments:

Related Posts with Thumbnails