Friday, January 27, 2012

Kisah tidak hadir Latihan - Buat semua


Nahhh!!!
Ini gambar pemain bola kesayangan Malaysia masa kini. 
Ramai yang kata hensem. Fine!!! Aku iktiraf.

Buat pengamal media yang suka sangat sensasikan berita, sudah-sudah la.
Carilah berita yang lebih menarik untuk disiarkan. Si Khairul Fahmi ni ketua pasukan, takkan lah dia boleh lupa tanggungjawabnya kepada negara. 
Sekarang ni, semua nak lempar fitnah jer. 
Cukup-cukuplah, industri kita ney kecil jer.

Buat Khairul Fahmi, macam lah tak biasa buat salah.
Selama ini kalau orang tanya lain-lain kontroversi tak nak jawab. Yang keluar NO COMMENT!!!
Kali ini nak menjawab pulak. 
Lepas tu mula lah nak salahkan orang lain la, kang FAM pulak disoal kenapa bagi surat yang mengelirukan kepada KAFA or Khairul Fahmi. 
Cukup la mintak maaf ko pn dah cukup. 

DRAMA!!

Beri aku idea

Kebelakangan ini (berbulan rasanya)
Aku memang dah jarang menulis, terasa berat pulak.
Entah apa silapnya. 

Tak tahu apa yang jadi selama ini. 
Mungkin rasa malu untuk menulis, pelik bukan.
AKU MALU!!!!

Thursday, January 26, 2012

UMP kini 10 Tahun


UMP kini 10 Tahun.
Dari awal penubuhan KUKTEM sehingga diangkat kepada UMP.
Semoga UMP Terus Memacu Kecemerlangan bersama semua warga penuntut, pendidik dan pentadbir.

Anugerah Juara Lagu Ke-26

Dengan Tema Air, TV3 sekali lagi membawakan pertandingan nyanyian paling hangat di MAlaysia untuk kali ke-26.
Aku rasa tema ney sedikit sebanyak diambil dek Persembahan Pitbull dan Marc Anthony 'Rain Over Me' semasa America Music Award beberapa bulan lalu.
Senarai lagu yang layak:
KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Altimate
KARMA – Faizal Tahir
PENAKUT – Yuna
SEDETIK LEBIH -Jaclyn Victor
AWAN NANO – Hafiz
CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif
WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol
BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
KEKANDA ADINDA – Monolog dan Atilia
SUNGAI LUI – Aizat
KISAH HATI – Alyah
GADIS SEMASA – Yuna
Saingan kali ini diluar jangkaan, Satu lagu pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik yang menggabungkan 3 Negara (Malaysia, Indonesia, Singapura). Satu lagu pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik baru-baru ini tetapi ditarik balik dan diberi kepada salah satu lagu yang turut bertanding.
1. Awan Nano
2. Penakut
3. Sedetik Lebih
Secara ikhlas, bagi aku kali ini sangat sengit dan aku xkesah siapa pon yang menang.
Tiada apa yang perlu diperkatakan. Sekadar menanti persembahan akhir ahad ini di TV3.

"Set Fire To The Rain" Berada di Tangga Pertama Hot 100



Seperti diduga, single ketiga Adele dari album '21' iaitu 'SET FIRE TO THE RAIN' berjaya menjuarai carta HOT 100 Billboard. Menewaskan lagu 'WE FOUND LOVE' selepas 10 minggu berada di tangga pertama. Seperti diduga dari awal selepas penukaran single ke tiga dari 'RUMOUR HAS IT' kepada lagu ini semakin memberi kayakinan akan kemampuan lagu ini menjuarai carta utama di Amerika.

Pun begitu, lagu ini mungkin tidak akan berada terlalu lama ditangga pertama. Lagu 'TURN ME ON' nyanyian David Guetta dan Nicki Minaj semakin hangat selepas menjuarai Digital Song dengan peningkatan 44% jualan single dari minggu lalu.

Tuesday, January 10, 2012

Tamat Semester 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua terutamanya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP). Diharap semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.


.....................




Minggu Peperiksaan masih berterusan dibumi ini yang bermula minggu lalu serentak di kedua-dua kampus. Tarikh 3 january yang merupakan tarikh permulaan bagi peperiksaan akhir juga merupakan tarikh penamat peperiksaan akhir buat kami pelajar diploma tahun 3. Dalam 6 subjek berupa 16 jam kredit semester ini hanya meletakkan AUTOMOTIVE TECHNOLOGY untuk mempunyai peperiksaan akhir. Nampak mudah dengan satu kertas, tapi seksanya tuhan sahaja yang tahu. Semoga diberkati dunia akhirat.


Pun begitu, seminggu berlalu pun aku masih berada di bumi UMP atas tugasan yang perlu disiapkan. Selepas ulang alik untuk mendapatkan persetujuaan penyelia untuk menjilidkan laporan projek tahun akhir, 2 set mini tesis siap untuk dihantar kepada Fakulti. Akhirnya segala kekalutan untuk pulang berjaya dilangsai dan aku boleh pulang dengan suka hati.


Maka secara rasminya aku lengkap menamatkan perjuangan selama 5 semester untuk jurusan diploma kejuruteraan mekanikal. 16012012 aku akan memulakan Latihan Industri di AMMP Center, Faculty of Engineering, Universiti Malaya. latihan selama 6 bulan ini akan melengkapkan proses sebagai graduan diploma pada penghujung tahun ini. INSYAALLAH.


...............


Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun atas segala kekhilafan dek kekurangan diri. Kenangan sepanjang 5 semester ini pasti syahdu tatkala proses LI selama 6 bulan nanti tanpa kelibat semua yang berada bersama saya selama ini.


khas buat rakan-rakan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, M01 dan M02. Semoga ketemu lagi semasa IJAZAH nanti.


Buat rakan-rakan ORATOR yang disayangi dan dikasihi. Nantikan kemunculan semula dan pastikan pasukan UMP menghantar wakil untuk debat ASTAR yang dijadulkan berlangsung pada bulan MARCH.


Selamat MAJU JAYA!! Gud Bye untuk seketika. 


Thursday, January 5, 2012

Adele Rules 2011 With Top Selling Album & Song

 

TOP SELLERS IN 2011 



Albums: 

1. Adele, "21" (5.82 million with 1.80 million from digital download)
2. Michael Buble, "Christmas" (2.45 million) 
3. Lady Gaga, "Born This Way" (2.1 million) 
4. Lil Wayne, "Tha Carter IV" (1.92 million) 
5. Jason Aldean, "My Kinda Party" (1.58 million) 

6. Mumford & Sons, "Sigh No More" (1.42 million)
7 Drake, "Take Care" (1.25 million)
8 Justin Bieber, "Under the Mistletoe" (1.25 million - about 2,000 copies behind Drake)
9 Jay-Z & Kanye West, "Watch the Throne" (1.23 million)
10 Lady Antebellum, "Own the Night" (1.20 million)



Digital Songs: 

1. Adele, "Rolling in the Deep" (5.81 million) 
2. LMFAO, "Party Rock Anthem" (5.47 million) 
3. Katy Perry, "E.T." (4.83 million) 
4. Maroon 5, "Moves Like Jagger" (4.11 million) 
5. Pitbull, "Give Me Everything" (3.87 million) 

6. Foster the People, "Pumped Up Kicks" (3.84 million)
7. Adele, "Someone Like You" (3.75 million)
8. Cee-Lo Gree, "Forget You (F**k You)" (3.72 million)
9. Nicki Minaj, "Super Bass" (3.61 million)
10. Lady Gaga, "Born This Way" (3.48 million)

Source from Billboard and SoundScan.

Wednesday, January 4, 2012

10 filem terbaik melalui kutipan tiket sepanjang 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
381,011,219 USD


Transformers: Dark of the Moon
352,390,543 USD


The Twilight Saga:Breaking Down
276,125,476 USD


The Hangover Part II 
254,464,305 USD


Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
241,071,802 USD


Fast Five
209,837,675 USD


Cars 2 
191,452,396 USD


Thor 
181,030,624 USD


Rise of the Planet of the Apes
176,711,822 USD


Captain America: The First Avenger 
 176,654,505 USD


OMBAK. OH OMBAK.

Pesanan, mungkin entri ini sedikit pening dan pusing.

Selepas menjadi burung hantu selama lebih 3 minggu, akhirnya malam tadi aku menjadi normal. Berombak rasanya dengan gelombang projek tahun akhir, assignment dan report yang bertimbun macam ape. Selepas review draft report pada SV semalam aku sedikit puas. Sikit jer lagi kene edit, by this evening also can submit final draft report pada beliau. hehe. Thanks my beloved SV.

Bila dah hujung-hujung ney rasa sayang pulak tinggalkan UMP buat jangka masa yang agak lama (6 bulan praktikal di UM kot), tapi lgi la aku berombak nak balik rumah. adelah dalam 3 bulan aku tak balik. MISI untuk dapatkan lesen wajar dimulakan sekarang, kalau tidak mau-mau aku dipijak semua orang. Dah 20 tahun masih belum daftar untuk mengambil lesen memandu. MEMALUKAN.

Pesanan buat semua semasa musim tenkujuh ini. Jauhilah pantai yang berombak.
Related Posts with Thumbnails