Tuesday, January 10, 2012

Tamat Semester 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua terutamanya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP). Diharap semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.


.....................




Minggu Peperiksaan masih berterusan dibumi ini yang bermula minggu lalu serentak di kedua-dua kampus. Tarikh 3 january yang merupakan tarikh permulaan bagi peperiksaan akhir juga merupakan tarikh penamat peperiksaan akhir buat kami pelajar diploma tahun 3. Dalam 6 subjek berupa 16 jam kredit semester ini hanya meletakkan AUTOMOTIVE TECHNOLOGY untuk mempunyai peperiksaan akhir. Nampak mudah dengan satu kertas, tapi seksanya tuhan sahaja yang tahu. Semoga diberkati dunia akhirat.


Pun begitu, seminggu berlalu pun aku masih berada di bumi UMP atas tugasan yang perlu disiapkan. Selepas ulang alik untuk mendapatkan persetujuaan penyelia untuk menjilidkan laporan projek tahun akhir, 2 set mini tesis siap untuk dihantar kepada Fakulti. Akhirnya segala kekalutan untuk pulang berjaya dilangsai dan aku boleh pulang dengan suka hati.


Maka secara rasminya aku lengkap menamatkan perjuangan selama 5 semester untuk jurusan diploma kejuruteraan mekanikal. 16012012 aku akan memulakan Latihan Industri di AMMP Center, Faculty of Engineering, Universiti Malaya. latihan selama 6 bulan ini akan melengkapkan proses sebagai graduan diploma pada penghujung tahun ini. INSYAALLAH.


...............


Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun atas segala kekhilafan dek kekurangan diri. Kenangan sepanjang 5 semester ini pasti syahdu tatkala proses LI selama 6 bulan nanti tanpa kelibat semua yang berada bersama saya selama ini.


khas buat rakan-rakan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, M01 dan M02. Semoga ketemu lagi semasa IJAZAH nanti.


Buat rakan-rakan ORATOR yang disayangi dan dikasihi. Nantikan kemunculan semula dan pastikan pasukan UMP menghantar wakil untuk debat ASTAR yang dijadulkan berlangsung pada bulan MARCH.


Selamat MAJU JAYA!! Gud Bye untuk seketika. 


1 comment:

Wanpetunjuk said...

Qamar...good luck in your future undertakings. Just do your very best in whatever you do. Remember that Allah will always be with you...hold the patience keep doing all the good things....

May Allah bless you :))

Related Posts with Thumbnails