Tuesday, November 30, 2010

MAHA 2010

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agroculture International Show 2010
Kali ketiga diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.
Bermula 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010, ahad ini.
Secara ikhlas, aku sebenarnya berkesempatan ke sana.
Namun, kekangan hal lain menyebabkan aku sudah terlepas dua edisi ekspo pertanian terbesar ini.
Hanya MAHA pertama yang aku pergi, itu pun atas jemputan pertandingan menghias akuarium masa aku tingkatan 3.

Dalam ekspo ini juga, dua jenis padi baru dilancar Perdana Menteri Malaysia.

Tidak ketinggaan juga, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir memeriahkan acara ini dengan melawat beberapa booth yang telah dibuka.

Dan ini beberapa gambar disekitar kemeriahan ekspo pertanian ini.










Tengok gambar-gambar MAHA ney teringat aku cita-cita aku nak masuk SMT bukit piatu ambiil kos pertanian terhalang kerana kekangan jarak dan kewangan.
Sebab itu lah aku ter-MEKANIKAL mase sekolah dulu.
Sampai sekarang. Amin.

TONIGHT


single terbaru dari Enrique.
menampilkan ludacris.


I know you want me
I made it obvious that I want you too
So put it on me
Let's remove the space between me and you
Now rock your body
Damn I like the way that you move
So give it to me
Cause I already know what you wanna do

Here's the situation
Been to every nation
Nobody’s ever made me feel the way that you do
You know my motivation
Give in my reputation
Please excuse I don't mean to be rude

But tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you

You’re so damn pretty
If I had a type than baby it’d be you
I know your ready
If I never lied, than baby you’d be the truth

Here’s the situation
Been to every nation
Nobody’s ever made me feel the way that you do
You know my motivation
Given my reputation
Please excuse I don’t mean to be rude

But tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you

[Ludacris]
LUDA..
Tonight I’m gonna do
Everything that I want with you
Everythin that u need
Everything that u want I wanna honey
I wanna stunt with you
From the window
To the wall
Gonna give u, my all
Winter n summertime
When I get you on the springs
Imma make you fall
You got that body
That make me wanna get on the boat
Just to see you dance
And I love the way you shake that ass
Turn around and let me see them pants
You stuck with me
I’m stuck with you
Lets find something to do
(Please) excuse me
I dont mean to be rude

But tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you
Oh you know
That tonight I'm loving you


P/S: lagi lagu rancak dari enrique, selepas single "I Like It" yang cukup hangat dipasaran. Lagu ney memang tak ada kaitan apa-apa dengan diri aku. Cuma rentak lagu ney memang melekat jer dengan telinga aku.
Tak sabar tunggu video lagu ney. Itu pon kalau ada la. Hehe.

Sunday, November 21, 2010

Shout! Awards 2010




Berikut merupakan senarai pemenang Shout! Award 2010 :

Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna


Kalau tahun lepas Shout! award ditutup dengan persembahan hebat Sean Kingston, 
tahun ini Iyaz menutup kemeriahan acara yang baru berumur dua tahun ini.

Saturday, November 20, 2010

kehujanan


Warna awan dilangit seakan petanda, 
keluar rumah sahaja hati rasa berat melihat cuaca yang pasti menghalang.
Demi kesungguhan dan tekad,
ku redah segala risiko untuk kudapatkan apa yang aku mahukan.

Over pulak.
Semalam ke Stesen Bas Pekeliling dalam keadaan BASAH.
Naek bas sejuk-sejuk, 
orang lain semua tutup air cond.
Aku buka,
gigih nak keringkan baju. 
SEJUKNYA!!!! tak payah cerita lah.
Sebelum sampai kuantan aku tahan hajat.
Sampai terminal terus cari tandas.
Selamat baju aku kering.
Berbaloi rasanya menahan sejuk untuk keringkan baju.

APE KAITAN DENGAN HUJAN??
la, basah masa nak ke pekeliling lar.
Sepanjang perjalanan memang hujan ja aku rasa.
Jalan basah, bas pon tak ade lah bawak macam kene kejar hantu.

keseorangan


Bila fikir akan gaya hidup aku sekarang, memang aku sedang sunyi. 
Secara ikhlas, perkara ini berlaku atas kesalahan aku selama ini. 
Tapi, bila dikaji ianya bukan aku yang cari.
Namun, ianya datang ibarat angin yang ada untuk menyamankan 
dan pergi begitu sahaja membawa kenyamanan pergi meninggalkan aku seorang.

Kini,
mencari konklusi akan pengisian yang paling tepat untuk mengisi kekosongan hati
dan selesaikan kesengsaraan dek hati yang masih keseorangan.

Esok, 
moga-moga ada sinar untuk kesengsaraan ini ditamatkan. Segera.

Monday, November 15, 2010

Kembalikan semangat belajar

Disaat ini, bumi indah UMP semakin suram dek kepulangan sebahagian besar warganya yang sudah tamat peperiksaan akhir semester. Dan aku masih terperuk membuka buku 'Dynamics' yang semakin membelenggu otakku dengan pelbagai formula dan jalan kira yang bukan semuka.


Bila dah dalam keadaan sebegini memang sukar untuk mengekalkan momentum belajar macam awal-awal minggu peperiksaan hari tu. Tengok rumah sebelah kosong, tengok lorong dah tak banayk kereta, tengok online chat box di FB dah semakin kurang warga UMP. Makin kurang semangat belajar. Ingat nak balik ja. Lagi-lagi raya haji ney tak balik rumah kat KL tu. Bertambah sedih la aku ney meratap sorang-sorang.


Sepatutnya, dalam keadaan macam ney. Aku lagi bersemangat belajar dengan pengorbanan aku untuk tak beraya bersama keluarga. Demi kejayaan aku disini. Biarkan orang sudah gembira kerana perjuang aku disini masih belum selesai. Kata orang tua-tua, berjuang sehingga penamat, jangan berhenti tengah jalan. Motivasi sikit, pagi-pagi ney dah pening nak belajar lagi. Esok aku kene gunakan hari secara berhemah untuk paper Dynamics dihari selasa nanti. Bukan mudah subjek 3 jam kredit ney.


INGAT KAYUH BASIKAL SAMPAI TIBA KEDESTINASI, KALAU JATUH ANGKAT BASIKAL BAWA LAGI. JANGAN MENGALAH!!

Mencari punca kegagalan update blog

Aku kembali, setelah lebih seminggu melesapkan jari dari menulis di blog ini. Dugaan minggu peperiksaan sememangnya menghalang aku mengupdate blog secara giat. Tah kenapa aku berat tangan nak menulis disini buat beberapa hari, walaupun hari-hari aka baca blog orang yang biasa aku lawat. Kalau diikutkan banyak perkara yang berlaku disekeliling aku dan dengan mudah menjadi bahan blog ney. Masalahnya aku juga yang tak tertulis buat masa terdekat ni. Aku tak akan salahkan peperiksaan sebab aku belajar tak lah 24 jam. FACEBOOK terbuka jer.


Kalau nak kata masalah cinta, sejak clash dua bulan lalu, aku memang tak ada masa nak layan cinta-cinta ney. Buat aku parah malas belajar ada lah. Kalau masalah cinta ney, masalah membe-membe aku adalah. hahahaha. Matilah kalau kawan aku baca, kantaoikan kawan ada masalah cinta. hehehe.


Aku banyak sangat berhibur?? Boleh tahan lar. Keluar pagi, malam baru pulang. Selamat lah blog kalau balik malam, penat. keluar dengan member kelas, member debat, member lame aku kt UMP ney. Semua nak lepak lama-lama. 


Tak cukup makan, tak larat update blog?? Macam teruk je alasan tak makan tak larat update. Kalau logik pon, tak cukup rehat, tidor memanjang. Kalau duduk rumah, memang duk baring jer atas katil. bangun-bangun cari lauk kat cafe. Membulatlah badan, bila tah nak bersenam (berangan).

Sunday, November 7, 2010

Top 3 American Idol Album



Berdasarkan undian peminat di laman web josh skinner
Ini 3 album terhangat yang mendapat undian tertinggi.

The Other Side of Down (2010)

Kris Allen (2009)

For Your Entertainment (2009)

10 lagu terhangat minggu ini

  1. Like A G6 -                       Far*East Movement Featuring Cataracs & Dev
  2. Only Girl (In The World) -  Rihanna
  3. Just A Dream -                  Nelly
  4. Bottoms Up -                    Trey Songz Featuring Nicki Minaj
  5. Just The Way You Are -     Bruno Mars
  6. Raise Your Glass -              P!nk
  7. Club Can't Handle Me -       Flo Rida Featuring David Guetta
  8. DJ Got Us Fallin' In Love -  Usher Featuring Pitbull
  9. Dynamite -                       Taio Cruz
  10. We R Who We R -             Ke$ha

Lagu ni memang best la masa first time aku dengar. Walaupun aku tak berapa kenal group ni sebelum ni. Tapi bila dengar lagu ney memang terus cari kat google la. Cari and download terus. Siap cari albumnye skali.

Tuesday, November 2, 2010

Senarai Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 25



Kalau dengar lagu kat radio, jarang la dapat tau sapa penulis lirik dan komposer lagu tersebut. Bila buka muzik-muzik, baru lah dapat tau sapa pencipta disebalik lagu yang dok layan kat radio.

Berikut senarai 30 buah lagu yang layak keperingkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 25, daripada jumlah ini 12 lagu akan layak keperingkat akhir pertandingan Anugerah Juara Lagu 25.

    Lagu                                 Penyanyi / Pencipta Lagu / Penulis Lirik
1. Inilah Cinta                  Akim/Akim/Akim
2. Sejujur Hatimu             Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
3. Sofea Jane                  Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
4. Kau Harus Ada             Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Adrenalin                    Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
6. Tika Masanya              Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
7. Gerak Hati                  Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
8. Pelita                         A.P.I / Loque / Loque
9. Cinta Sempurna           Yuna / Yuna / Yuna
10. Nadiku                      Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
11. Tolong Ingatkan Aku   Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
12. Ku Ada Kamu             Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
13. Manifestasi Cinta        Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
14. Hanyut                      Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15. Jahat                        Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
16. Cinta                        Mohd / Iswandy / Iswandy
17. Kebahagiaan             Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
     Dalam Perpisahan
18. Mencari Konklusi        Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
19. Selamat Malam          Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
20. Drama King               Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
21. Hujan Bunga              Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
     Di Kuala Lumpur
22. Extravaganza             Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
23. Oh Juwita                   Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
24. Menggegar Dunia        Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
25. Susun Silangkata         Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
26. Cinta Kosmik              The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
27. Realiti Dewi                 Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
28. Noktah Cinta               Hafiz / Ajai / Shah Qalam
29. Berlari                        Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
30. Bersamamu                Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
                                      & Yaheed


Tahniah buat semua yang layak keperingkat separuh akhir. Terutamanya buat yang kali pertama menjejakkan kaki kepertandingan ini. Jelas saingan sengit terutamanya daripada artis baru seperti Shahir, Adira, Mohd, Ana Rafali, dan Mohd. Tak lupa juara edisi lalu, Aizat dengan susun silang kata. Boleh dikatakan peringkat ini sudah cukup sengit untuk melihat kesemua lagu bertanding.



Ikut pilihan hati lagu-lagu duet memang pilihan utama Drama King, Menggegar Dunia, Tika Masanya, dan Manifestasi Cinta ingin dilihat menggondol anugerah utama selepas kali terakhir dimiliki gandingan Nurul dan Ajai dengan Keliru. Tak dilupakan indie band yang sering membuat kejutan lagi-lagi edisi lalu menampilkan Bunkface dan Hujan diatas pentas, paling mencuri tumpuan. Selain itu 3 lagu Faizal Tahir diharap layak keperingkat akhir. Tarian hangat Stacy pastinya mencuri tumpuan untuk layak ke peringkat akhir. Sama-sama kita nantikan pertandingan ini disiarkan di TV3.

Tak Sabar dah sebenarnya.(^.^)
Related Posts with Thumbnails