Friday, December 31, 2010

celoteh malam

Esok cuti sempena kemenangan malaysia dalam perlawanan akhir piala suzuki. Aku nak buat apa? ikut jalan-jalan ke KL ke? bosan lah. Buat lenguh kaki jer. Kalau aku pergi jugak, tiga kali dalam seminggu aku ke KL. 

Esok hari jumaat. Jangan ponteng yer semua. WAJIB.

Esok hari terakhir dalam tahun 2010. Dah bersedia untuk menghadapi 2011 dengan azam baru? kalau belum cepat pasang azam. Senang nanti.

Esok nak beli tiket balik pahang. Rasa-rasanya ada lagi tak? kalau habis aku nak balik naek ap? 

Esok nak bangun lambat. Kan cuti. Padahal aku memang tengah cuti. Tapi jangan lupa solat subuh ya.

Esok nak topup kredit phone aku. Semenjak birthday aku hari tu, aku bergantung dengan RM 30 yang celcom bagi ja. Nak beli apa lagi yer? kene fikir sekarang. Senang esok terus cari jer.

Esok nak jadi lagi baik dari hari ini. Boleh? kejap lagi sebelum tidor muhasabah lah. Macam mana nak jadi lagi baik?

ESOK...

Wednesday, December 29, 2010

bekalan selesa yang cukup berharga

MALAYSIA MENANG...
mudah bukan??



Setelah 14 tahun menanti, akhirnya piala suzuki milik malaysia. Tahniah buat seluruh skuad malaysia, terutamanya jurulatih serta FAM yang sudah lama tidak mengecapi kejayaan antarabangsa. Walaupun bermula sayu di Indonesia. Namun itu bukan penghalang untuk berjaya. Buktinya, malam ini skuad muda malaysia membuktikan betapa semangat serta kesungguhan dalam pasukan pasti membuahkan hasil diakhirnya. 

Ahad lalu, di stadium putra bukit jalil. Tiga gol jaringan pemain malaysia menjadi bekalan selesa untuk dibawa ke indonesia untuk perlawanan akhir kedua. Sebentar tadi pula, indonesia menggunakan peluang terakhir untuk berjuang. 

Keputusan sebentar tadi, 2-1 milik indonesia. Namun, ianya belum cukup untuk menafikan bekalan yang dibawa malaysia ke indonesia. Dengan agregat 4-2....Malaysia menang!!!!!!


Bangga kan!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

semua 3

Setelah lebih 15 hari tidak mengupdate blog, kami barulah aku ringan tulang untuk menulis. Cuti semester kali ini memang sangat sibuk buat aku. Kali pertama aku terpaksa menguruskan program untuk ke UTHM. Walaupun terdapat pelbagai kelemahan aku berpuas hati kerana berjaya tiba disana dengan berjaya. Balik UMP nanti aku kene sambung balik kerja yang aku tinggal sebelum balik hari tu. 


Entri kali ni sebenarnya lebih pasal keputusan semester 3 aku yang jatuh lagi. Disaat ramai yang bergembira mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing terutamanya UPSR, PMR dan banyak lagi. Nak kata aku sedih, aku puas sebab semester lepas aku tak belajar sangat pon. Kuat giler main sampai 'study week' pon aku dengan budak rumah aku boleh buat 'Game Competition' sesama kami.

Untuk semester 3 ney. aku boleh dapat 3.33 melampau. Mentang-mentang semester 3, pointer pon nk 3 semua. Bagi lah lebih sikit. 

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H


Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita bersama menginsafi diri atas segala yang kita lakukan sepanjang tahun. Jika sepanjang tahun yang lalu banyak amal kebajikan yang kita lakukan. Semoga tahun ini bolehlah perbanyakkan lagi. Jika sepanjang tahun yang lalu, kita banyak lakukan kesalahan. Semoga tahun ini kita dapat memperbaikinya sepaya tidak diulangi lagi.

Alangkah molek sekiranya setiap perkara yang berlaku terdahulu dapat kita jadikan sebagai pengajaran untuk kita menjadi insan mulia dimuka bumi ini. 

Dan biasanya diawal tahun ini, kita akan memasang azam baru untuk mencapai sesuatu. Pastinya ini boleh menjadi pendorong agar kita sentiasa ingat untuk memenuhi azam tersebut. 

Aku Tak Bodoh



Sinopsis filem Aku Tak Bodoh:



Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?



Filem adaptasi filem I'm Not Stupid lebih banyak menampilkan budaya masyarakat malaysia dalam kehidupan berkeluarga. Pelbagai mesej dan ikhtibar hidup berkeluarga diterap melalui filem ini.




Ramai yang memberi pendapat tentang filem ini yang seakan filem papadom yang menerapkan unsur komedi dalam berkeluarga. Konflik dan masalah kekeluargaan diangkat dalam menunjukkan realiti masyarakat malaysia dalam kehidupan kekeluargaan. 

Pelakon-pelakon yang dipilih untuk filem ini juga cukup sepadan. Aeril Zafrel yang memang aku harapkan mampu tampil dalam filem juga sudah menjadi pilihan pengarah. Gabungan pelakon lama juga pelakon baru menjadikan filem ini juga unik. 

P/s: Aku tak tengok lagi cerita ney kat wayang yang baru mula ditayangkan 2 disember lalu. Memang aku teringin sangat nak tengok sejak kali pertama aku tengok trailer filem ney. 

Sunday, December 5, 2010

FFAP54 Iktiraf Yasmin Ahmad Sebagai Pengarah Terbaik



Pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 54 yang berlangsung di Taiwan malam tadi. Kemenangan beliau adalah menerusi filem Muallaf, filem yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, Bryan Yap, Dato' Rahim Razali dan Ning Baizura.


Kemenangan itu sekaligus mengubat kedukaan filem yang diterbitkan oleh MHZ Film Sdn. Bhd (Malaysia) dan The Picturehouse (Singapura) itu di Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini apabila tidak dicalonkan dalam sebarang kategori.

Filem Malaysia lain yang turut bertanding di festival tersebut ialah Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang.

Ia merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kategori pengarahan. Sebelum ini, delegasi Malaysia hanya memenangi anugerah dalam kategori lakonan dan sinematografi sahaja. Antara pemenang terdiri daripada Tan Sri P.Ramlee, Maya Karin, Datin Seri Tiara Jacquelina, Khatijah Tan dan Rosyam Nor.

Sementara itu, filem dari India yang bertajuk "Janala" memenangi anugerah Filem Terbaik di festival tersebut. Manakala pelakon veteran dari Filipina iaitu Anita Linda menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem "Lola" dan Hamid Farrokhnezhad dari Iran memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem "The Fateful Night"

#semasa FFM hari tu aku agak pelik akan filem muallaf yang langsung tiada pencalonan, dan hanya menerima anugerah khas juri. Itupun bukan anugerah utama, sekadar menghargai karya terakhir dari Yasmin Ahmad. Sedangkan Panel antarabangsa yang mengangkat produksi kita sebagai antara terbaik di Asia. Secara buat apa orang lain hargai sedangkan kita tidak berbangga dengan hasil sendiri.

Apa pun, aku cukup berbangga dengan penerimaan anugerah ini kerana ianya sebagai sebuah sejarah baru untuk malaysia dalam menyaingi filem-filem lain diperingkat antarabangsa. Bukan sekadar peringkat nusantara sahaja.

#fikirkan....

Saturday, December 4, 2010

Proton dan Perodua

Minggu ini, dua buah syarikat permotoran malaysia masing-masing mempamerkan kereta konsep untuk model terbaru keluaran syarikat masing-masing. Pastinya pertunjukan kereta konsep ini pastinya merancakkan lagi industri pembuatan kenderaan di Malaysia untuk mengkomersialkan produk permotoran Malaysia keperingkat yang lebih tinggi.

Perodua tampil dengan model PERODUA BEZZA




Pastinya model ini ditunggu-tunggu pelancarannya oleh perodua untuk dimiliki kalangan rakyat malaysia.

Proton pula tambil dengan 5 model bersaudara.

TUAH


JEBAT


KASTURI


KELIU


LEKIR


Banyak pulak lah pilihan dari proton ney, cuma dah banyak-banyak ni susah nak marketkn semua. Mungkin dua atau tiga model sahaja yang akan menguasai pasaran. Lagi-lagi model 5 bersaudara ney macam inovatasi terhadap model-model lama proton.

P/S: minat giler dengan Proton Tuan, Proton Lekir & Perodua Bezza. 
Related Posts with Thumbnails