Wednesday, June 30, 2010

David Silva berpindah ke Manchester City

MANCHESTER: Manchester City menandatangani pemain tengah Sepanyol, David Silva untuk tempoh empat tahun daripada kelabnya, Valencia. 

teruskan membaca di berita harian







>>arghhh....
satu lagi bintang valencia berpindah....
dah la layak champion league.....
cam ne nak gempak nanti.....


dulu david villa ke barcelona....
sekarang david silva pulak....
dah la musim lepas....
diorang ney maen bagos gile dalam liga....
walaupun no 3....
tapi belakang barcelona & real madrid kot.....


xtau lah cm ne musim depan valencia aku ney....
dh tak berapa minat la nanti kot....


tapi....
masa awal-awal habis liga dulu....
aku dengar pasal david silva nak ke barcelona gak.....
alik-alik....
hari ney kuar berita pasal MU dapat....

Dilucut gelaran ratu kerana menipu


TRURO - Ratu Cantik Cornwall, Laura Anness dilucutkan gelarannya selepas dia ditangkap kerana menipu mengenai umur sebenarnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Anness telah menyertai pertandingan itu sebanyak empat kali dan telah mencatatkan umurnya berusia 22 tahun di dalam setiap borang penyertaan.
Pertandingan ratu cantik itu secara tradisi mementingkan kecantikan fizikal berbanding kepintaran akal fikiran.
Pihak penganjur mendapati Anness yang merupakan seorang guru dari Plymouth, Devon lima tahun lebih tua dari umur yang didakwa sebelum ini.
Gadis itu turut didapati pihak penganjur berasal dari luar daerah Cornwall menyebabkan dia sebenarnya tidak layak untuk bertanding. - Agensi

sepanyol buat aku gembira......padan muke peminat CR



awal pagi tadi....
berlangsungnya perlawanan terakhir buat pusingan kedua....
perlawanan yang menemukan dua gergasi bola sepak dunia
dan juga pasukan pilihan untuk memenangi piala dunia tahun ini
iaitu SEPANYOL dan PORTUGAL....
yang menarik juga.....
2 negara ini pernah menjajah tanah melayu....
hahahhaha....
hanya selingan......
dan selepas 90 minit masa permainan....
kemenangan berpihak kepada sepanyol
dengan keputusan yang tipis [ 1 - 0 ]

gol sepanyol.....
David Villa 63'


perlawanan yang cukup menghiburkan
terjerit-jerit aku tengok pagi tadi......
bukan ap....
sepanyol pegang bola wei.....
dye serang tak ingat.....

just pertahanan portugal  pon kental wei.....
portugal yang memang popular dengan pemain termahal dunia....
cristiano ronaldo.....
masih gagal lakukan serangan.....
walaupun serangan pantas mereka beberapa kali menggegar di separuh masa pertama....
dan agak kendur di separuh masa kedua....

mungkin kekurangan peluang menyentuh bola menghalang portugal melancarkan serangan bahaya.....
dan barisan pertahanan sepanyol yang kuat bertahan...
dengan kapten pasukan barcelona, carles puyol dan penjaga gol, iker casillas.....
tapi pertahanan portugal pon hebat giler....
kalau x....
banyak giler bolos dengan serangan macam sepanyol....
lagi-lagi penjage gol.....eduardo....
banyak giler saves....
hahahhahahahhaha....


man of the man (xavi)

nasib menyebelahi paraguay.....menang penalti....



sebentar sahaja tadi...
berlangsung perlawanan ketujuh bagi pusingan kedua....
perlawanan pusingan kalah mati yang menemukan paraguay dan jepun
dan selepas 90 + 30 masa permainan dan tambahan....
kedua-dua pasukan terikat [0-0]....
dan pemenang ditentukan melalui sepakan penalty....
dan akhirnya paraguay menang [5-3]

berikut keputusan sepakan penalti


man of the match

sungguh sedih buat benua asia....
jepun gagal meneruskan saingan....
namun pujian juga buat pemain jepun yang sangat kental bertahan kehujung permainan...
bersama jentera serangan yang sekali-sekala menggegar....
namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.....
dan pastinya komano berasa sangat sedih....
pandai jer.....

tahniah buat paraguay....
dengan ini....
semua perlawanan suku akhir akan disertai oleh 4 negara benua amerika selatan....
uruguay, argentina, brazil, paraguay....
cukup membanggakan....



Tuesday, June 29, 2010

harry potter and deathly hallow



Harry Potter and Deathly Hallow....
siri ketujuh dan yang terakhir buat filem yang aku memang suke sejak kecil dulu.....
dari sekolah rendah layan cerita magik ney....
siri adaptasi novel ini....
memang sangat popular di seluruh dunia.....
menurut rujukan.....
jualan buku jilid ketujuh ini 20% lebih tinggi berbanding buku yang keenam....
pastinya filem nya juga ditunggu-tunggu seluruh dunia....


siri penutup yang istimewa


kenapa istimewa erk???
ade 2 part wei.....
part I ditayang pada 19 November 2010
part II ditayang pada 15 July 2011


sinopsis sket


Bahagian 1 bermula ketika Harry, Ron dan Hermione ditetapkan misi berbahaya mereka untuk mengesan dan menghancurkan rahsia untuk keabadian Voldemort dan penghancuran Horcruxes. Pada mereka sendiri, tanpa bimbingan profesor mereka atau perlindungan dari Profesor Dumbledore, tiga teman sekarang harus bergantung pada satu sama lain lebih dari sebelumnya. Tapi ada Pasukan Kegelapan di tengah-tengah mereka yang mengancam untuk merobek mereka berasingan. 

Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang berbahaya bagi semua musuh Tuhan Kegelapan. Perang panjang takut telah bermula dan Death Eater Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan bahkan Hogwarts, meneror dan menangkap orang yang mungkin melawan mereka. Tapi hadiah yang mereka masih mencari adalah yang paling berharga bagi Voldemort: Harry Potter. Yang Terpilih menjadi salah satu diburu sebagai Death Eater Carian untuk Harry dengan perintah untuk membawa dia ke Voldemort ... hidup. 


Harry satu-satunya kesempatan adalah untuk mencari Horcruxes Voldemort sebelum menemukan dia. Tapi saat ia mencari manual, ia mendedahkan kisah yang lama dan hampir lupa-legenda Azimat Maut. Dan jika legenda ternyata benar, dapat memberikan Voldemort kekuatan utama ia berusaha. 


Little apakah Harry tahu bahawa masa depannya telah ditentukan oleh masa lalu ketika, pada hari yang menentukan, ia menjadi "Anak Yang Tinggal." Tidak lagi hanya kanak-kanak, Harry Potter adalah gambar yang pernah dekat dengan tugas yang ia telah mempersiapkan sejak hari pertama kali masuk ke Hogwarts: pertempuran akhir dengan Voldemort



dan ini barisan pelakonnya...dah biase tengok dah


daniel radcliffe

rupert grint

emma watson

ralph fiennes

PM Iceland kahwin sejenis....jangan la jadi kat malaysia

REYKJAVIK: Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir semalam dilaporkan berkahwin dengan pasangan lesbian beliau sejak sekian lama berikutan satu undang-undang baru yang menerima perkahwinan homoseksual berkuatkuasa. 

Sigurdardottir, berusia lewat 60-an, berkahwin secara rasmi dengan penulis Jonina Leosdottir selepas pasangan itu menyerahkan satu tuntutan supaya ikatan sivil mereka dipindahkan kepada sebuah perkahwinan, kata penyiar RUV.



Parlimen Iceland pada 12 Jun lalu sebulat suara menerima undang-undang yang membenarkan perkahwinan sama jantina dalam satu undang-undang yang berkuatkuasa kelmarin.


Pasangan homoseksual sebelum ini boleh mengiktiraf hubungan sivil mereka dan menerima manfaat sama seperti hak yang diterima pasangan normal tetapi ia tidak dikira sebagai satu perkahwinan secara formal. AFP


Johanna Sigurdardottir

Jonina Leosdottir


>>no komen....adeh....xnk jadi macam ney d malaysia.....

brazil gah ke suku akhir



awal pagi tadi...
berlangsungnya perlawanan keenam dalam pusingan kedua....
yang menemukan dua pasukan dari benua yang sama.....
iaitu Brazil dan Chile....
dan selepas 90+ minit permainan...
brazil menang dengan keputusan [ 3 - 0 ]

gol brazil....
juan 35'
luis fabiano 38'
robinho 59'
man of the match [Robinho]

cukup membanggakan buat pasukan pilihan ini......
gambarannya dibuktikan dengan jaringan oleh pasukan pilihan ini.....
jentera serangan yang juga berjaya.......

pastinya saingan sengit akan dipamer semasa semasa peringkat suku akhir nanti....
lawan yang sedang diprestasi terbaik....
Belanda.....


belanda menepati ramalan



sebentar sahaja tadi....
perlawanan kelima dalam pusingan kedua....
yang menemukan wakil eropah ini.....
dan selepas tamat 90 minit masa tambahan....
pertemuan antara belanda dan slovakia ini berakhir dengan kemenangan kepada belanda
dengan keputusan [2-1]

gol belanda....
arjen robben 18'
wesley shneijder 84'
man of the match
gol slovakia....
robert vittek 90'

perlawanan yang cukup sengit
walaupun bukan pasukan pilihan untuk menang....
namun slovakia tetap menunjukkan permainan berlawan untuk menyaingi kekuatan belanda....
buktinya....
gol dihuujung permainan...
walaupun sudah ketinggalan dihujung permainan.....
dengan pertahanan belanda yang kental bertahan sepanjang permainan....
slovakia masih gagah melakukan percubaan ke gawang gol melalui vittek.....

menepati ramalan dunia....
belanda yang juga salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai piala dunia edisi kali ini....
menunjukkan aksi yang meyakinkan terutamanya selepas robben menjaringkan gol....
dan jentera belanda terus melakukan serangan secara berterusan ke gawang slovakia....
dan beberapa kesilapan ditambah pertahanan kental slovakia
menghalang serangan menyebabkan jaringan belanda tidak seperti jerman semalam....

lawan yang akan menanti sama ada brazil ataupun chile.....

Monday, June 28, 2010

TAG from Zaza

tag kedua yang aku terima...
yg first award lar
yang kali nie tag....dri...zaza
award ker...tag ker....sama lah....
jawab sahaja.....


1. Thank and link the person that tagged you


terima kasih buat zaza yang sudi tag blog saya ni...tak tau lah ape yang kat blog ney kn....


2. tag 15 blogger's you've recently discovered and think fantastic


nabil
syafiq
nisa'
rizal
auji
intan
farid
mizan
qucai
dapat 9 sahaja.....
sory la...kesibukan dunia menghalang saya blogwalking utk cari lebih banyak blog.....
banyak sahaja alasan....

3. contact that blogs and let them know they've been tagged

insya allah..jika berpeluang....
akan notify mereka di chatbox....

4. state 7 things about yourself

-seorang sangat suka mengira....tpi malas bila sibuk....
-seorang yang suke duduk diam dan bercakap-cakap
-seorang yang tak suke shopping....
-seorang yang berjimat cermat.....
-seorang yang kuat merenung bende....bahaya x?
-seorang yang kuat merajuk [sentap]
-seorang yang setia....lagi-lagi bende dengan yang diminati diminati

pasal diri sendiri ney...
nk tambah banyak jer....
tapi dye nk tujuh sahaja....

........
tamat..ini sahaja...
walaupun sedikit....
maaf sebab gagal penuhkan.....

Daniel Radcliffe sangka Justin Bieber "perempuan"



AKTOR yang popular dengan watak Harry Potter, Daniel Radcliffe mengaku dia tidak mengikuti perkembangan semasa muzik pop apabila dia menyangka penyanyi remaja, Justin Bieber seorang perempuan.
Pelakon itu yang terlalu sibuk dengan kariernya gagal untuk mengikuti pasaran muzik terkini dan telah berputus asa untuk mengetahui siapa yang sedang popular. Katanya: "Saya begitu ketinggalan zaman apabila bercakap mengenai budaya pop.
"Saya hanya mendengar lagu Justin Bieber buat kali pertama dua minggu lalu. Secara jujurnya, saya ingat dia merupakan penyanyi perempuan kerana saya tidak pernah mendengar lagunya sebelum ini."
Sungguhpun tidak mengambil tahu mengenai muzik terkini, pelakon berusia 21 tahun itu memberitahu dirinya sedang mengambil kelas nyanyian dan sering menyanyi bersama kawannya di karaoke. Tambahnya kepada MTV News: "Saya sukakan karaoke sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menyanyi.
"Saya selalu menyampaikan lagu Elvis Presley dan sukakan lagu Muse. Menariknya, saya amat bangga dengan diri saya kerana dapat menyanyi dengan baik. Sudah dua tahun setengah saya mengambil kelas nyanyian. Memang vokal saya tidak hebat tetapi masih sedap untuk didengar."

>>credit to kosmo....berita dunia yang menarik....memang ini sebenarnya komen yang paling biasa aku dengar masa awal-awal dengan aku dengar lagu justin bieber....suara budak....agak macam perempuan.....

argentina mahu gegar jerman pula....



awal pagi tadi....
berlangsungnya perlawanan keempat bagi pusingan kedua....pertama kedua ketiga
menemukan dua gergasi bola sepak amerika selatan.....
iaitu juara kumpulan B - argentina
dan naib juara kumpulan A - mexico
selepas 90+ masa perlawanan.....
argentina menang [ 3 - 1 ]

gol argentina....
carlos teves 26' 52'
gonzalo higuain 33'

gol mexico...
javier hernandez 71'

perlawanan yang sengit.....
argentina yang hebat menyerang....
dan mexico dengan serangan pantas.....
cuma pertahanan argentina kuat bertahan.....
walaupun satu gol bolos.....
cukup gambarkan bagaimana serangan yang mexico lakukan....
cukup pantas dan bertenaga...
walaupun argentina telah mendahului 3 gol.....

jentera serangan argentina pula nampak cukup membanggakan....
kombinasi paling berbahaya didunia sekarang....
walaupun messi masih gagal menjaringkan sebarang gol....
namun higuain dan teves cukup memukau....
walaupun gol pertama teves boleh dipertikai...
namun gol keduanya menutup mulut pengkritik...
hahahahaha....

jerman menggegar lagi untuk melangkah ke suku akhir



sebentar sahaja tadi....
perlawanan ke tiga pusingan kedua
menemukan dua wakil eropah....
iaitu germany dan england...
dan selepas 90+ minit perlawanan
germany menang [ 4 - 1 ]

gol germany
miroslav klose 20'
lucas podolski 32'
thomas muller 67' 70'

gol england
matthew upson 37'

satu lagi gergasi bola sepak dunia tumbang.....
namun...kekalahan england kali ini bagi aku amat mengecewakan....
dengan diletakkan sebagai pilihan juara....
akhirnya tewas dengan sangat memalukan 4-1....
walaupun barisan kali ini antara yang terbaik....
pastinya jawatan capello akan goyah...
dengan prestasi suram sepanjang kempem piala dunia.....

cukup bertenaga dan gah untuk memenangi perlawanan melawan pasukan kuat seperti england.....
itulah yang digenggam germany....
ibarat perlawanan mudah untuk layak keperingkat 8 terbaik.....
perlawanan sebentar tadi menggambarkan kesungguhan germany untuk menang kali ini...
selepas gagal dalam beberapa edisi sebelom ini....

Sunday, June 27, 2010

sedih~ ila damia~

malam yang cukup sedih....
wanita kesayangan aku sepanjang tahun ini tewas sebelum selangkah ke konsert akhir....


titik...
da mls layan mentor....
lps ney...
hanya update 
tanpe rasa exited....

debaran Mentor 4

malam ini konsert separuh akhir ke-2 akan berlangsung....
seperti biasa 4 protoge akan bersaing untuk 2 tempat di pusingan akhir....


keputusan minggu lalu lebih memihak mohd protoge kepada ziana zain.....
mohd - 19

ila damia - 18

adi - 15

nani - 14

minggu ini...
malam ini lah penentunya....

Datuk Lee menang di terbuka Indonesia

dalam kehangatan bahang piala dunia di afrika selatan
tidak dilupakan juga altet malaysia yang membawa 
nama negara ke peringkat antarabangsa....

perkembangan badminton terbaru....
dalam kejohanan super series terbuka indonesia 

satu-satunya wakil malaysia di perlawanan akhir...
iaitu Datuk Lee chong Wei....
dan perseorangan utama malaysia ini berjaya menang ke atas wakil tuan rumah....
taufik hidayat....


dalam 37 minit...
datuk menewaskan taufik dengan keputusan 
[ 21 - 19 ] [ 21 - 8 ]

Ghana membanggakan afrika



awal pagi tadi....
perlawanan antara Amerika Syarikat dan satu-satunya wakil afrika iaitu Ghana
dan perlawanan pusingan kedua ini berakhir dengan keputusan
Amerika Syarikat [ 1 - 2 ] Ghana

gol USA...
Landon Donovan (pen) 62'

gol Ghana....
Kevin Boateng 5'
Asamoah Gyan 93'

pastinya seluruh warga amerika kecewa dengan keputusan tersebut
gagal untuk layak ke suku akhir walaupun bertemu pasukan afrika...
mungkin turun sebagai pasukan pilihan menjadikan tekanan yang hebat buat pasukan amerika....

kegembiraan buat seluruh afrika
wakil mereka berjaya menewaskan pasukan sehebat amerika syarikat
dengan gol dihujung permainan
pastinya kemengan ini satu kenangan manis buat ghana yang merupakan satu-satunya wakil afrika layak ke pusingan kalah mati....
kemudian layak ke pusingan suku akhir...
tahniah diucapkan....

Related Posts with Thumbnails