link diatas merupakan petikan berita harian online....
‘Peterporn’, aktres hadapi hukuman penjara 12 tahun
JAKARTA: Tiga artis Indonesia yang dikaitkan dengan rakaman video seks boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun dan denda maksimum Rp6 bilion (RM2.1 juta) jika mereka didapati bersalah terbabit dalam pembuatan dan hukuman terlarang.
Ariel ‘Peterpan’, Luna Maya dan Cut Tari akan dihadapkan dengan Fasal 29 UU No 44 2008 mengenai pornografi jika terbukti terbabit dalam kes yang didakwa, kata Ketua Cawangan Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, Jeneral Edward Aritonang.
Beliau juga berkata, selain melanggar perundangan berkenaan, tiga selebriti itu boleh dikenakan dakwaan di bawah undang-undang perzinaan.
Beliau juga berkata, selain melanggar perundangan berkenaan, tiga selebriti itu boleh dikenakan dakwaan di bawah undang-undang perzinaan.
Sementara itu, pemimpin Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri menyatakan keprihatinan mengenai kes yang mendapat perhatian meluas itu dan meminta supaya hukuman ditegakkan dalam isu video seks tiga artis terbabit.
“Kes ini menjadi perhatian ramai ibu termasuk saya. Kenapa hal seperti ini yang disukai masyarakat serta generasi muda. Tidakkah ada perkara lain yang lebih berguna,” katanya menjawab pertanyaan wartawan.
Megawati berkata, persoalan ini perlu dibicarakan secara terbuka kerana penggunaan teknologi yang begitu meluas kini tanpa sekatan.
“Saya bimbang jika video ini terlihat dan ditonton anak di bawah umur,” kata mantan Presiden Indonesia yang ditemani suaminya, Taufiq Kiemas dan anak mereka, Maharani.
Ariel yang turut digelar ‘Peterporn’ dan Luna yang menjadi tumpuan utama berikutan video seks mereka yang tersebar luas di internet dilaporkan terus tertekan untuk berhadapan dengan masyarakat.
Mereka menjalani pemeriksaan di ibu pejabat polis Jumaat lalu. Ariel dan Luna berstatus sebagai saksi serta menjalani pemeriksaan penyiasat secara berasingan.
Luna lebih dulu dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu, manakala Ariel menjalani pemeriksaan hampir 11 jam berikutan penyebaran video lucah yang didakwa membabitkan beliau, Luna dan Cut Tari. – Agensi
>> kat malaysia tak ade pon orang kene macam ney.....
ke kes di malaysia hanya senyap2 ??
matilaaa.....
tapi memang xpernah dengar undang2 untuk menghukum pelaku seks yang merakamkan aksi mereka....
2 comments:
1. Ketiga-tiga artis ini 'dikaitkan' dengan video seks tersebut. Maka tiada pengesahan yang mengatakan mereka benar-benar terlibat dalam video tersebut. Namun, masyarakat seakan-akan menghukum bhw mereka benar-benar bersalah.
2. Sesuatu yg dirasakan agak pelik dalam pemikiran saya, disebabkan mereka bertiga adalah artis maka mereka dihentam seteruk2nya apabila kontroversi ini timbul. Padahal byk lagi video-video lucah yg tersebar meluas malahan siap ad video rogol tapi seolah2 tak diambil peduli. Isu bermusim mungkin?
Sekadar meluahkan pandangan. Thanks for posting =)
yep yep I agree with Amal Syura... banyak lagi pelaku video porn tak kena hukum. Not fair at all.
and, i just perasan luna je dalam video. who is cut tari?
Post a Comment