Sunday, June 6, 2010

Kecederaan Robben jejas Belanda

dari berita harian online



LONDON: Arjen Robben menjadi pemain Piala Dunia terbaru yang cedera ketika Belanda membelasah Hungary 6-1 semalam dalam persiapan terakhir menjelang kejohanan itu.

Robben mengalami kecederaan paha kiri selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan di Amsterdam dengan rakan sepasukan bimbang beliau mungkin bintang terbaru terlepas peluang beraksi di Piala Dunia.

"Beliau berasa sangat sakit, itu sesuatu yang tidak baik. Tetapi rawatan untuk kecederaan seperti itu semakin baik dan saya tidak putus harapan," kata jurulatih Bert van Marwijk.


Pemain England, Rio Ferdinand, dan Nigeria, John Obi Mikel, disahkan tidak dapat beraksi selepas kecederaan lutut manakala penyerang Ivory Coast, Didier Drogba, selamat menjalani pembedahan akibat patah tangan dan berusaha untuk segera pulih.

Pemain bintang yang turut cedera ialah David Beckham dari England, Michael Ballack dari Jerman dan Michael Essien dari Ghana.

>>sedih wei...
belande dah la favorite team....
hilang satu baintang..
boleh tempang do belanda....

No comments:

Related Posts with Thumbnails