Friday, June 18, 2010

40,506 diterima masuk IPTA

PUTRAJAYA: Keghairahan memohon kursus dan universiti yang kompetitif, terutama di Lembah Klang menyebabkan ada antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2010/2011.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 atau 3.9 yang memohon kursus perubatan di Universiti Malaya mungkin tidak akan ditawarkan tempat kerana lebih ramai pelajar mendapat PNGK 4.0 memohon.

Katanya, tahun ini ada 2,088 pemohon yang mendapat PNGK 4.0 dan 404 orang ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia (USM) yang mempunyai kuasa autonomi untuk memilih pelajarnya dan selebihnya ke universiti lain.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, bagi sesi 2010/2011, 40,506 daripada 61,228 lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan setaraf ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama di IPTA.

Daripada jumlah itu, 49,234 atau 80.4 peratus memenuhi syarat minimum, iaitu mendapat PNGK 2.0 ke atas serta memenuhi syarat am kemasukan ke IPTA.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga 22,967 calon adalah dari aliran Sains, manakala selebihnya 17,539 calon aliran Sastera, termasuk 3,694 pelajar yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di USM.

Calon yang berjaya itu, 28,633 adalah Bumiputera, 9,569 Cina dan 2,304 India yang dipilih berdasarkan sistem meritokrasi, iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus kokurikulum.
Katanya, jumlah ini meningkat 0.35 peratus berbanding hanya 40,366 calon yang berjaya melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama bagi sesi 2009/2010.

“Kita menerima 66 permohonan daripada Orang Asli dan 97 peratus berjaya mendapat tempat, manakala 67.95 peratus daripada 656 permohonan diterima daripada orang kurang upaya (OKU) berjaya ke IPTA.

“Kita juga menerima 1,559 permohonan, termasuk 83.8 peratus yang berjaya daripada golongan atlit negara dan negeri di seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Radin Umar berkata, semua calon boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bermula tengah hari ini (Jumaat) melalui internet, talian hotline, helpline dan SMS.

Katanya, IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon mulai esok dan semua calon yang berjaya diminta membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh enam hari iaitu sebelum 24 Jun ini.

Beliau berkata, mereka yang gagal mendapat tempat di mana-mana universiti boleh mengemukakan rayuan mulai tengah hari ini.

“Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan laman web rasmi kemasukan ke IPTA.

“Tarikh tutup permohonan e-rayuan pada 28 Jun. Jika pelajar tidak menerima sebarang jawapan daripada IPTA sehingga 31 Julai, rayuan mereka dianggap gagal, manakala tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 dan 4 Julai,” katanya.

tahniah buat kawan aku yang berjaya mendapat tempat....
terutamanya kawan-kawan sekolah aku....

QF//berepa ramai yang dapat UMP ek??
selamat datang saya ucapkan.....
gagagagagag.... 

No comments:

Related Posts with Thumbnails