Sunday, July 31, 2011

Ramaḍān Al-Karīm


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Selamat Berpuasa buat seluruh umat islam tidak kira dimana anda berada terutamanya buat warga Universiti Malaysia Pahang, UMP.

Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang  kurang bernasib baik.

Manfaatkan bulan berkat ini sebaiknya, Amin.


Tidak dilupakan, Program Semarak Ramadhan pada 3 ogos nanti.
Dari petang sehingga sahur keesokan harinya.
Semua dijemput hadir.

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (30 Julai 2011)










.................
Variasi berita dari Politik, Ekonomi, Sukan dan Kekeluargaan.
Pelbagai perspektif pemikiran berlegar dalam 7 kandungan berita pilihan hari ini.

Pertama, isu keterdesakan kerajaan mendapatkan kepercayaan kaum india dalam mendepani bahang pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

Kedua, langkah yang sepatutnya telah lama kerajaan lakukan dalam membantu rakyat mengurangkan bebanan peningkatan harga barang dipasaran. Tidak mengapa, yang penting ada usaha penambahbaikan.

Ketiga, Isu kemiskinan yang diangkat untuk dimasukkan dalam NKRA juga agak terlambat. Sedangkan kerajaan sendiri melaungkan perjuangan membasmi kemiskinan selama ini. Andai sasaran menyelesaikan masalah kemiskinan ini berjaya, apa kesannya kepada kerajaan pula?

Keempat, isu pertukaran jantina yang kian heboh dikalangan masyarakat cuba menjadi tumpuan kerajaan dalam menunjukkan tindakannya mendepani sebarang isu berkaitan. Fahamilah golongan tersebut terlebih dahulu sebelum menjalankan tindakan keatas golongan tersebut.

Kelima, kehangatan bola sepak negara yang telahpun sampai ke penamatnya selepas kekalahan kepada pasukan Singapura. Walaubagaimanapun budaya ejek-mengejek kepada pemain pasukan lawan perlulah dielakkan. Jangan jadi seperti negara Indonesia yang terpaksa menggunakan Baracuda akibat budaya fanatik rakyat mereka yang memalukan negara sendiri.

Friday, July 29, 2011

Senarai Berita Pilihan - Berita Harian (29 Julai 2011)

PESERTA Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat melakukan senam robik di Dataran Putrajaya. - Foto  Zullfadhli Zulkifli









Banyak betul kaitan berita pilihan hari ini dengan diri aku. Haha. 
Over bukan, dah macam apa pulakkan.

Harimau Malaya tersingkir


Laluan pasukan malaysia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Perlawanan pertama menyebelahi pasukan Singapura dengan keputusan [5-3]
Sebentar tadi, perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur berkesudahan seri [1-1]
Keseluruhannya Singapura layak keperingkat seterusnya selepas mencatat keputusan aggregate [6-4] keatas pasukan Malaysia.
Walaubagaimanapun, pusakan Harimau Malaya tetap tampil gah digelanggang sendiri selepas bertandang di Singapura minggu lalu.



Pun begitu, Stadium Nasional penuh.
Teruskanlah berjuang Harimau Malaya.

Thursday, July 28, 2011

Sokongan Untuk Harimau Malaya


Malam ini penentuannya.
Selepas tewas 5-3 di gelanggang singa.
Misi malam ini merupakan medan mengembalikan maruah sukan Bola Sepak Malaysia.




Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011



Final Stage

Bertempat di UTP, Tronoh.
Pertandingan Akhir Debat Perpaduan 2011 berlangsung dan
kemenangan berpihak kepada tuan rumah selepas menewaskan pasukan UiTM
dengan usul perdebatan "Demokrasi kini semakin mantap."
Tahniah buat penganjur pertandingan dan pasukan UTP yang telah berjaya.

Perjalanan pasukan UMP di Debat Perpaduan 2011 tidak kurang hebatnya.
Tiga kekalahan kepada pasukan UiTM dan Unisza yang layak keperingkat kalah mati serta kekalahan kepada MMU menutup ruang keperingkat seterusnya.
Begitupun, baki tiga lagi perlawanan membuahkan hasil selepas menewaskan IPG Ipoh, IPG Tengku Ampuan Afzan dan Unimas.

Enam usul telah kami perdebatkan;
1. Konsep kesederhanaan pelengkap gagasan 1Malaysia.
2. Isu perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
3. 1 Malaysia ancaman kepada ketuanan Melayu.
4. EKUINAS suatu liabiliti.
5. Pendidikan dan perpaduan, seiring tidak sehaluan.
6. Malaysia perlukan model perpaduan baru.

Pun begitu, aku sangat tertarik dengan usul, 
Dewan ini menyokong keutamaan kepada negara berbanding bangsa.
Malangnya usul ini hanya diperdebatkan semasa pusingan suku akhir, 
tak berpeluang aku.

Thursday, July 21, 2011

Bersediakah Skuad Malaysia menentang Chelsea

File:Chelsea FC.svg

Selepas mengharungi perlawanan persahabatan yang penuh berliku, Skuad olimpik negara akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Chelsea dalam penjelahan kelab liga inggeris ke asia.

Dengan berbekalkan dua kali kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal, pastinya skuad negara ingin memperbaiki keputusan perlawanan sebagai persediaan sebelum bertemu Singapura kelak.


Ternyata pemain kedua-dua pasukan sangat bersemangat untuk mengharungi perlawanan esok. 
Rasa tidak sabar peminat juga semakin membuak-buak.
Lebih-lebih lagi, barisan skuad Chelsea yang terdiri dari bintang bola sepak handalan dunia.

P/S : Kompem aku tak dapat tengok. =(





Wednesday, July 20, 2011

Majlis Syarahan Umum Profesor


Baru sahaja selesai menghadiri Majlis Syarahan Umum Profesor di Astaka sebentar tadi.
Ramai yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. 

Malangnya, lebih ramai pelajar sekolah yang hadir berbanding pelajar universiti. 
CUTI.
Memang jadi alasan.

Friday, July 15, 2011

Harry Potter Vs Transformers

File:Deathly-hallows-p2-1.jpg


File:Transformers dark of the moon ver5.jpg

Dari sudut kutipan tak boleh wat perbandingan. 

Dari segi pandangan pengkritik, harry potter menang besar.

Tunggu lah weekend ney bape pulak kutipan harry potter yer

Monday, July 11, 2011

Piala Dunia Wanita - Suku Akhir

File:WWC2011logo.png



Keputusan Peringkat Suku Akhir

Germany [ 0 - 1 ] Japan

Sweden [ 3 - 1 ] Australia

England [ (3) 1 - 1 (4) ] France

Brazil [ (3) 2 - 2 (5) ] United States

Perlawanan Peringkat Separuh Akhir

Japan vs. Sweden

File:Flag of Japan.svg

File:Flag of Sweden.svg

France vs. United States

File:Flag of France.svg

File:Flag of the United States (Pantone).svg

Sunday, July 10, 2011

Jangan malas kemas katil sendiri





Pesanan buat semua golongan yang masih lagi bujang sehingga sekarang. Janganlah anda cuba-cuba menjadi seorang yang pemalas untuk mengemas katil sendiri. Nanti susah dapat pasangan. Hahaha!!!! Memandai je aku. Macam dah kahwin pulak. 


Tapi betul la, lepas tidur tu pandai-pandai la kemas balik. Kasi stim cadar, lipat selimut, susun balik bantal. Ini biar aje katil terbiar, terus buat kerja-kerja lain. Macam manalah kahwin nanti kalau malas kemas katil sendiri. Buat malu aje dengan orang sebelah tu.

Kutipan Filem: "Transformers: Dark of the Moon"


Tarikh mula tayang sejak 28 Julai 2011.
Namun, kutipannya boleh lah dibaggakan.
Kurang dari dua minggu, filem arahan Michael Bay ini telah mengutip $261,975,424 lantas sebagai kutipan filem ketiga tertinggi dalam tahun 2011. 
Filem yang sedang berada diatasnya adalah The Hangover Part II dan 
Pirates of the Caribbean: on Stranger Tides.
Dengan perbezaan kurang $50 juta jika dibandingkan dengan dua filem ditangga teratas, 
tidak mustahil filem ini akan mendapat kutipan tertinggi setakat ini.

Walaupun kritikan hebat diterima filem ini, atas tarikan teknologi sedia ada.
Penonton tetap menonton filem ini lantas menambah lagi kutipan filem ini.

Atas kesibukan terlampau, aku masih tidak berpeluang untuk menonton filem ini.
Tambahan pula, rakan aku mengatakan bahawa filem ini sedikit mengecewakan penantian 
penontonnya kerana jalan ceritanya dan teknik penceritaan yang lemah.

Saturday, July 9, 2011

Berita BERSIH 2.0 : Satu Kematian Dilapor


Seorang peserta Bersih, Baharuddin Ahmad, 59  meninggal dunia setelah terjatuh di perkarangan KLCC pada perhimpunan aman yang dianjurkan hari ini.
Allahyarham merupakan suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setiawangsa, Rusni Malan.
Beliau dikatakan rebah akibat sesak nafas, ketika hambatan pasukan polis yang melepaskan semburan gas pemedih mata ke arah peserta Bersih yang berhimpun di kawasan itu.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah, Zahir Husin berkata allahyarham kemudian dikejar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.
SUDAH!!!
Jangan cuba salahkan orang lain atas kesalahan sendiri.

Kerana BERSIH



Beberapa Jalan Utama Ditutup ( 9 Julai 2011 )
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-
i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.

Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:
i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .

Jalan-jalan utama seperti dinyatakan dibawah akan tutup bermula jam 12:00 a.m ( 9 Julai 2011 ) , dan dibuka semula jam 10:00 p.m ( 9 Julai 2011 );

- Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan BukitPetaling, Jalan Belaamy dan kawasan sekitar Istana Negara

- Jalan Sultan Hishammudin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Jalan-jalan utama sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek , City Hall, Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu,

-Jalan Kuching , Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Diharap anda merancang perjalanan hujung minggu anda dengan selamat. Ikut segala arahan yang telah diberi agar tidak menganggu perjalanan anda.

Tahniahlah BERSIH 2.0; inilah yang kamu semua nak bukan??Sekarang ini, semua jalan nak tutup. Haizzz.Cakap panjang-panjang nanti marah pulak. Dia sahaja yang betul, yang lain semua salah. 

Tuesday, July 5, 2011

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA)

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) TAWAR PINJAMAN SEHINGGA 105 PERATUS

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.
Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.
Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.
pmprima
Perdana Menteri melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya pada 4 Julai 2011
Projek PR1MA
  • Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta 
    atau bekerja sendiri.

  • Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
  • Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
  • Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
  • Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
  • Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. 
Sumber : Berita Harian

Jom.. Jom.. Pilih.. Pilih.. Baik cari sekarang, nanti kalau lambat susah. Tak ade la time kerja baru nak cari rumah. Anyway, nilai lah sendiri untuk mendapatkan rumah dibawah program ini.
Kalau tengok kepada kawasan dan harga, berpatutan jugak lah. Semoga hasrat kerajaan dalam membantu rakyatnya dapat dijalankan secara telus.
Malas jugak dengar keluhan dan rasa tidak puas hati orang lain. Semoga perkara yang baik ini dapat diteruskan sehingga berjaya.

Kamus Dewan dikritik

Prof Collins pada Syarahan
Umum: Perkamusan, Kamus
Melayu dan KamusMelayu
Online di UMP, Gambang,
Kuantan, baru-baru ini.
Prof Collins pada Syarahan Umum: Perkamusan, Kamus Melayu dan KamusMelayu Online di UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini.
Pakar leksikografi dan dialektologi Melayu sifatkan ia tidak cermin kemajmukan dan teknikal negara 

KAMUS Dewan dikritik hebat pada Syarahan Umum: Perkamusan, Kamus Melayu dan Kamus Melayu Online di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Kuantan, baru-baru ini, apabila disifatkan tidak mencerminkan kemajmukan sosial dan teknikal di negara ini.

Ini kerana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, dianggap tidak menggambarkan realiti kepelbagaian etnik dan kemajuan sains dan teknologi apabila tidak memberi definisi tepat terhadap sebahagian perkataan dalam bahasa Melayu.
Kira-kira 300 peserta majlis anjuran Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) UMP turut didedahkan kelemahan itu jauh berbeza dengan fakta sejarah penyusunan kamus dalam bahasa Melayu yang bermula hampir sama dengan permulaan leksikografi di Eropah pada zaman Renaissance. 

Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat (AS), Prof Dr James T Collins, berkata Kamus Dewan tidak terlalu teliti dalam memberi definisi apabila tidak mencerminkan perbezaan sosial mengikut kelas dan fungsi sosial. 

“Sistem panggilan dalam bahasa Melayu umpamanya sangat kompleks dan tidak seperti Indonesia yang cukup dengan sapaan ‘ibu’ dan ‘bapak’, sebaliknya kita memanggil berdasarkan kaum dan kelas sosial. 
“Contohnya ‘pak cik’ dalam Kamus Dewan bermakna panggilan untuk orang lebih tua, tetapi kita tidak boleh menggunakannya secara sebarangan untuk memanggil profesor dan pensyarah atau pemilik kedai berbangsa Cina,” katanya yang mempunyai pengkhususan dalam linguistik dan leksikografi serta dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara. 

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Dekan PBMSK, Prof Dr Abd Jalil Borham, selain lapan peserta Program Bahasa Melayu Untuk Pelajar Antarabangsa dari AS. 

Prof Collins turut mengkritik Kamus Dewan yang tidak memberi tumpuan kepada definisi yang bersifat teknikal, sebaliknya dianggap masih ‘tersangkut’ pada dekad 1960-an dan 1970-an serta terikat kepada kesusasteraan. 

“Bagaimana Malaysia mahu menjadi negara industri dan pengeluar sekiranya aspek definisi teknikal tidak mendapat dokongan daripada DBP sehingga kata majmuk seperti jenis skru dan sepana pun tidak ada. 

“Begitu juga dengan segala istilah sains komputer yang sangat ketinggalan dalam Kamus Dewan sehingga kita berdepan dengan realiti kemajmukan sosial dan teknikal yang tidak terkejar dalam bahan cetakan sedia ada,” katanya yang turut berkhidmat sebagai Editor Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay iaitu projek khas Kementerian Pendidikan AS sejak Ogos 2009. 

Prof Collins berkata, kelemahan daripada sudut kemajmukan sosial dan teknikal itulah yang cuba diatasi dalam projek khas Kementerian Pendidikan AS, iaitu Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay dengan beliau bertindak sebagai Editor. 

“Kamus kami mahu memberi definisi perbezaan hidup bermasyarakat Malaysia dan kemajuan negara ini apabila pemerolehan perkataan, makna dan contoh ayat, dibuat secara dalam talian. 

“Sekiranya kami memerlukan contoh ayat, kami tidak membuka korpus bahasa Melayu yang mungkin ada di DBP, sebaliknya menggunakan Google dan memastikannya bahasa Melayu serta bukannya bahasa Indonesia,” katanya yang pernah menghasilkan buku Malay, World Language: A Short History dan Wibawa Bahasa: Kepelbagaian dan Kepiawaian terbitan DBP. 

Sumber dalam Google, kata beliau, boleh saja berbentuk blog dan akhbar, laporan saintifik dan jurnal universiti, laporan jabatan kerajaan serta syarahan agama sehingga memberi definisi yang meluas dan terkini. 

“Kami hanya perlu memilih ayat yang sesuai, sekali gus membolehkan kami menemukan makna baru yang belum dikenali dalam kamus. Contohnya pelawat yang diberi definisi sebagai orang yang bertandang ke rumah dalam kamus, sedangkan dalam Google ia juga bermaksud pengunjung ke laman web,” katanya yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 1980 hingga 1983 dan 1995-2008. 

Prof Collins turut mengingatkan fakta sejarah dalam bidang perkamusan mencatatkan kamus dwibahasa pertama di Eropah disusun pada 1502, manakala kamus bahasa Melayu pertama pula dihasilkan pada 1521. 

“Ilmu perkamusan di Eropah adalah sebahagian daripada Renaissance dan perkembangan sains, sekali gus menunjukkan dari awal lagi kamus bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian daripadanya. 

“Baik pada permulaan ilmu perkamusan di Eropah pada abad ke-16, perkembangannya pada abad ke-17 mahupun penemuan metodologi terbaru di dunia yang digunakan oleh Oxford English Dictionary (OED) pada abad ke-19, kamus bahasa Melayu berada di tengah-tengah sejarah ini,” katanya. 

Beliau berkata, ia menunjukkan kamus dan bahasa Melayu bukan sesuatu ilmu serta bahasa di pinggiran yang bersifat kecil-kecilan, sebaliknya berada di tengah-tengah pergolakan ilmu leksikografi yang menggunakan metodologi dan teknologi yang canggih pada zamannya. 

Kritikan Prof Collins itu wajar dilihat secara positif oleh DBP untuk mengemas kini Kamus Dewan khususnya Edisi Keempat yang diterbitkan sejak 2005 lagi sedangkan perubahan dalam sains dan teknologi sudah jauh berbeza. 

DBP juga wajar meneladani OED yang memiliki laman web khas yang sentiasa dikemas kini dengan masukan perkataan terbaru dan terkini termasuk perkataan yang dicipta kesan daripada perubahan dalam pelbagai bidang. 


Jika benar kesemua kesalahan ini benar-benar gagal dilakukan oleh DBP, semoga ada pihak yang mengambil tindakan. 
Atau DBP telah lakukan penambahbaikan, cuma isinya yang tidak lengkap dengan kesemua unsur sosial atau teknikal??

Monday, July 4, 2011

Thaksin Shinawatra akan kembali ke Thailand?

Yingluck Shinawatra

PENYOKONG Yingluck bersorak kegembiraan meraikan kemenangan Puea Thai
Keputusan secara tidak rasmi.

Parti Puea Thai Menang Majoriti
Selepas Tsunami Politik Thailand yang berlanjutan sejak kejatuhan zaman Pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 2006, pilihan raya 2011 merupakan kayu ukur kehendak rakyat Thailand dalam membuat pilihan pemerintah di negara mereka.

Pelbagai baju telah dibawa kejalanan, pelbagai kehendak telah dilontar. Semoga kali ini ia tidak berulang lagi.

Walaubagaimanapun, parti bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra Puea Thai menang majoriti dari 500 kerusi Parlimen. Menewaskan Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan Parti BhumjaiThai yang hanya memperoleh kurang 200 kerusi.

Tidak boleh dinafikan, sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra masih menebal dikalangan rakyat Thailand. Terutamanya, apabila pimpinan yang menggantikannya gagal membawa perubahan besar kepada negara mereka tidak seperti zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Perdana Menteri Wanita Pertama
Yingluck Shinawatra yang kini memimpin Parti Puea Thai berjanji tidak akan mengecewakan rakyat Thailand lantas bakal Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand.

Amanat awal, beliau memohon agar semua pihak dapat menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya kali ini dalam mengekalkan keamanan negara Thailand.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan Abangnya Thaksin Shinawatra akan kembali dari buangan sejak 2006.

Abhisit Vejjajiva mengaku kalah
Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengaku kalah atas keputusan pilihan raya kali ini dan mengajak penyokongnya agar menghormati keputusan kali ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yingluck Shinawatra atas kejayaan Parti Puea Thai atas kejayaan memenangi Pilihan Raya 2011.

Agak-agak perjuang BERSIH mampu mengubah kerajaan?? 
Masih menunggu tarikh Pilihan Raya Umum 13 hujung tahun ini.
Mungkin Tsunami Politik pada 2008 akan berulang lagi. Siapa tahu kan??
Related Posts with Thumbnails