Tarikh mula tayang sejak 28 Julai 2011.
Namun, kutipannya boleh lah dibaggakan.
Kurang dari dua minggu, filem arahan Michael Bay ini telah mengutip $261,975,424 lantas sebagai kutipan filem ketiga tertinggi dalam tahun 2011.
Filem yang sedang berada diatasnya adalah The Hangover Part II dan
Pirates of the Caribbean: on Stranger Tides.
Dengan perbezaan kurang $50 juta jika dibandingkan dengan dua filem ditangga teratas,
tidak mustahil filem ini akan mendapat kutipan tertinggi setakat ini.
Walaupun kritikan hebat diterima filem ini, atas tarikan teknologi sedia ada.
Penonton tetap menonton filem ini lantas menambah lagi kutipan filem ini.
Atas kesibukan terlampau, aku masih tidak berpeluang untuk menonton filem ini.
Tambahan pula, rakan aku mengatakan bahawa filem ini sedikit mengecewakan penantian
penontonnya kerana jalan ceritanya dan teknik penceritaan yang lemah.
No comments:
Post a Comment