Monday, July 4, 2011

Thaksin Shinawatra akan kembali ke Thailand?

Yingluck Shinawatra

PENYOKONG Yingluck bersorak kegembiraan meraikan kemenangan Puea Thai
Keputusan secara tidak rasmi.

Parti Puea Thai Menang Majoriti
Selepas Tsunami Politik Thailand yang berlanjutan sejak kejatuhan zaman Pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 2006, pilihan raya 2011 merupakan kayu ukur kehendak rakyat Thailand dalam membuat pilihan pemerintah di negara mereka.

Pelbagai baju telah dibawa kejalanan, pelbagai kehendak telah dilontar. Semoga kali ini ia tidak berulang lagi.

Walaubagaimanapun, parti bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra Puea Thai menang majoriti dari 500 kerusi Parlimen. Menewaskan Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan Parti BhumjaiThai yang hanya memperoleh kurang 200 kerusi.

Tidak boleh dinafikan, sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra masih menebal dikalangan rakyat Thailand. Terutamanya, apabila pimpinan yang menggantikannya gagal membawa perubahan besar kepada negara mereka tidak seperti zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Perdana Menteri Wanita Pertama
Yingluck Shinawatra yang kini memimpin Parti Puea Thai berjanji tidak akan mengecewakan rakyat Thailand lantas bakal Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand.

Amanat awal, beliau memohon agar semua pihak dapat menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya kali ini dalam mengekalkan keamanan negara Thailand.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan Abangnya Thaksin Shinawatra akan kembali dari buangan sejak 2006.

Abhisit Vejjajiva mengaku kalah
Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengaku kalah atas keputusan pilihan raya kali ini dan mengajak penyokongnya agar menghormati keputusan kali ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yingluck Shinawatra atas kejayaan Parti Puea Thai atas kejayaan memenangi Pilihan Raya 2011.

Agak-agak perjuang BERSIH mampu mengubah kerajaan?? 
Masih menunggu tarikh Pilihan Raya Umum 13 hujung tahun ini.
Mungkin Tsunami Politik pada 2008 akan berulang lagi. Siapa tahu kan??

No comments:

Related Posts with Thumbnails