Wednesday, February 23, 2011

Berehat sebentar

Lama sungguh tidak melabuhkan badan dihadapan laptop untuk menulis di blog ini.
Ramai yang menulis di Chat Box akan blog ini seolah-olah mati kerana tiada entry baru.

Minggu yang cukup mencabar dan penuh dengan dugaan buat aku.
Perkara yang sebelum ini orang lain lakukan, aku cuba.
Perkara yang pernah aku benci, aku cuba suka.
Perkara yang sering dihalang atas sikap aku yang pemalu, aku tembusi halangan itu.

Kali pertama aku mencuba berkecimpung dengan aktiviti kepimpinan universiti.
Langsung tidak pernah terlintas diotak seawal aku menerima tawaran masuk ke UMP dua tahun lalu.
Ramai juga yang terkejut dengan keputusan ini terutamanya ibu aku, sehingga berkali-kali menelefon aku untuk mendapatkan kepastian.

Yang pasti keputusan ini aku ambil bukan atas desakan sesiapa.
Semua ini atas kerelaan aku sepenuhnya.
...........

Semalam merupakan lagi perubahan besar terhadap diriku.
Dipilih ke Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP sesi 2011/2012.
Aku yakin satu evolusi terhadap corak kehidupan aku akan terjadi dalam masa terdekat ini.
Untuk itu, aku cuba mempersiapkan diriku untuk melaluinya dengan keikhlas mungkin.
................


Untuk hari ini dan esok, mungkin masa terakhir aku berehat untuk seketika waktu sebelum aku menjalankan tugas secara rasmi.
Kehidupan selepas ini masih belum bolehku agak.

................

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Sempena tarikh 12 Rabi'ul Awal 1432H, marilah kita memperbanyak selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ingin juga mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua penganut islam seluruh dunia. Semoga syiar islam akan terus mekar dalam sanubari kita sebagai muslim dimuka bumi ini.


Terkenang akan kenangan berarak bersama rakan semasa zaman sekolah dahulu.
Mase sekolah menengah rendah, group kami dapat perbarisan terbaik. Dah macam ala2 kawat pulak.
Masa sekolah menengah atas, barisan blok aku dapat sepanduk dan perbarisan terbaik.
Esok juga UMP buat perarakan Maulidur Rasul di kampus gambang. 
Tapi memang berfikir jugak aku nak pergi. 
Siap ad test lagi petang tu.


Sambutan Maulidur Rasul tahun ini agak berlainan seperti tahun lalu kerana hari kekasih jatuh pada 14 februari menyebabkan ulama serta penganut islam giat melarang umat islam menyambut hari kekasih.
Sedangkan selama ini sambutan hari kekasih seolah-olah sambutan umum di televisyen, akhbar dan banyak lagi.
Jadi buat yang sudah tahu akan haram menyambut hari kekasih, jauhinya lah dari memperingati hari kekasih. 

Saturday, February 12, 2011

Selepas 18 hari demonstrasi, Hosni Mubarak akur.

Pergolakan politik paling dahsyat dalam tahun 2011. Negara yang kita anggap aman dan mudah dimasuki bergolak dek pemerintahan kuku besi sehingga seluruh rakyat dari pelusuk bumi mesir bangkit menjatuhkan kekejaman pimpinan presiden Hosni Mubarak.

Ribuan rakyat asing dimesir sudah dibawa pulang negara masing-masing. Malaysia juga dengan bantuan tentera laut, udara, MAS, AIRASIA, Tabung Haji dan beberapa badan berusaha membawa pulang semua rakyat terutamanya pelajar yang dianggarkan berjumlah 7000 orang.




Seletah melihat 18 hari kumpulan Ikhwanul Muslimin berjuang menggulingkan presiden Hosni Mubarak, akhirnya presiden mesir ini angkat kaki dari bangku presiden yang telah dipegangnya lebih dua dekat. Menurut Omar Suleiman yang dilantik Hosni Mubarak sebagai Naib Presiden mengumumkan perletakan jawatan ketuanya itu dan beliau menegaskan akan pemerintahan mesir akan dijalankan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera. 

Moga-moga kumpulan Anti-kerajaan ini berpuas hati dengan tindakan mubarak dan mengembalikan keamanan mesir seperti sedia kala.

Tindakan Mubarak ini agak lewat kerana pergolakan politik mesir sudah mula dikritik hebat pemimpin dunia sehingga menyebabkan kacau bilau yang sungguh dahsyat di negara mesir dan membahayakan nyawa orang awam.


Tapi aku agak risau akan khabar angin lagi beberapa negara islam lain akan menghadapi masalah yang sama setelah pemimpin yang menghadapi masalah kepimpinan. 


Aku panjatkan doa agar perkara ini tidak berlaku dan berharap agar keamanan akan berkekalan diseluruh dunia.
Related Posts with Thumbnails