Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Al-Kisah (6 Cerita)


Cerita Pertama ( L I N K 1 )


Ada sekumpulan manusia yang suka mengkaji telah menjumpai sumber air yang masin di planet berdekatan. 
So, cita-cita mereka yang ingin menetap di planet itu nanti semakin menjadi kenyataan kot.
Mungkin depa ingat boleh lari dari kiamat kot.


Cerita Kedua ( L I N K 2 )


Gara kejadian dan tragedi yang berlaku di negara kita selama ini. 
Dengan bas tergolek, lori bercium, kereta terbang-terbang barulah seorang penjawat jawatan yang agak tinggi di negara ini menegur pengurusan kenderaan ini untuk memilih pembawa kenderaan ini dengan kelayakan yang sepatutnya. 
Yang pelik, dah berkurun kejadian berlaku, dah ketanah mangsa kemalangan, baru lah nak keluar arahan pemilihan pemandu. 
Selama ini sibuk hantar surat kat penumpang tanya pendapat kot. Takkan la baru jadi rakyat Malaysia masa jadi menteri?
Dah lama patutnya diketatkan ambil pemandu ney. Kalau nak cakap tak cukup orang nak kerja 2, jgn tipu lah.


Cerita ketiga ( L I N K 3 )


Dalam berbilion wang dalam simpanan, hanya beberapa helai not kertas diberi kepada golongan terpinggir. 
Tak apelah, mungkin golongan terpinggir ni sedikit jer kot.
Tak apelah, asalkan mereka yang terpinggir ney, tak terpinggir lagi.
Moga-moga tiada lah lagi akak minta wang dan tanda tangan untuk pembelian pelbagai alat untuk golongan ini.
Selain ruang berteduh, aku rasa not-not kertas ney kene laburkan untuk aktiviti mendekatkan mereka dengan masyarakat dan membuka mata masyarakat tentang kepentingan menjaga golongan ini. 
Sekurang-kurangnya pelaburan not-not kertas ney berbaloi.


Cerita keempat ( L I N K 4 )


Adelah mamat besar jugak jawatan dye ney, pandai pulak jaga anak buah untuk tutup mulut bab-bab sensitif ney. 
Yer lah, dulu anak buah dye buat hal, malu tanah jajahan dye.
Anyway, bab agama ney xpayah la nak heboh2 sgt.
Saje cari glamor time bulan baik ney. Media-media ney, wat xtau jer. 

Tak kesah la penyampai berita ke apa, ko tau sabar x? tggu la org selidik lu.
Ini tidak, tau-tau keluar dh kenyataan. PADAHAL!!!!

Bagi aku, yang dok sibuk tak puas hati ney, SILA RUJUK PERLEMBAGAAN. KBAI.


Cerita kelima ( L I N K 5 )


Selepas seorang datuk pencen, dtg la pulak sorang doktor 2.
Aku doakan supaya pusat anak-anak muda nak belajar ney terhindar lah dri politik molitik kampus ney. 
Problem dlm organisasi yg mentadbir ney mmg lah kene ad. Dah deal dgn manusia, ape kau harap? lagi-lagi semua nak tunjuk belang. Sampai bila-bila tak akan ke mana-mana weyh.
Yang ganti datok ney jgn nak wat salah sama, jaga anak buah elok2. 
Nanti panjang-panjang cerita, kat bawah tak jadi apa-apa pon.


Cerita keenam / terakhir ( L I N K 6 )


Naek muak aku dengar nama KU LI ney
dok berangan ada ketua baru apahal??
apa yang dia mampu buat??
ketua lama yang katanya hebat 2, tak ke mana pon. 
Dok bising-bising adelah. Tau-tau je cedera. 
Dah keluar macam-macam dari mulut dye, tiba-tibe hari ney cakap laen pulak. 
Anyway, jaga lah dulu parti sendiri. FOCUS on your ambition.

Wednesday, June 29, 2011

Christine Lagarde wins IMF top job, presses Greece on crisis


Christine Lagarde

On 28 June 2011, she was named as the next managing director of the International Monetary Fund for a five-year term, starting on 5 July 2011, replacing Dominique Strauss-Kahn.

Saturday, February 12, 2011

Selepas 18 hari demonstrasi, Hosni Mubarak akur.

Pergolakan politik paling dahsyat dalam tahun 2011. Negara yang kita anggap aman dan mudah dimasuki bergolak dek pemerintahan kuku besi sehingga seluruh rakyat dari pelusuk bumi mesir bangkit menjatuhkan kekejaman pimpinan presiden Hosni Mubarak.

Ribuan rakyat asing dimesir sudah dibawa pulang negara masing-masing. Malaysia juga dengan bantuan tentera laut, udara, MAS, AIRASIA, Tabung Haji dan beberapa badan berusaha membawa pulang semua rakyat terutamanya pelajar yang dianggarkan berjumlah 7000 orang.




Seletah melihat 18 hari kumpulan Ikhwanul Muslimin berjuang menggulingkan presiden Hosni Mubarak, akhirnya presiden mesir ini angkat kaki dari bangku presiden yang telah dipegangnya lebih dua dekat. Menurut Omar Suleiman yang dilantik Hosni Mubarak sebagai Naib Presiden mengumumkan perletakan jawatan ketuanya itu dan beliau menegaskan akan pemerintahan mesir akan dijalankan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera. 

Moga-moga kumpulan Anti-kerajaan ini berpuas hati dengan tindakan mubarak dan mengembalikan keamanan mesir seperti sedia kala.

Tindakan Mubarak ini agak lewat kerana pergolakan politik mesir sudah mula dikritik hebat pemimpin dunia sehingga menyebabkan kacau bilau yang sungguh dahsyat di negara mesir dan membahayakan nyawa orang awam.


Tapi aku agak risau akan khabar angin lagi beberapa negara islam lain akan menghadapi masalah yang sama setelah pemimpin yang menghadapi masalah kepimpinan. 


Aku panjatkan doa agar perkara ini tidak berlaku dan berharap agar keamanan akan berkekalan diseluruh dunia.

Sunday, November 7, 2010

Top 3 American Idol Album



Berdasarkan undian peminat di laman web josh skinner
Ini 3 album terhangat yang mendapat undian tertinggi.

The Other Side of Down (2010)

Kris Allen (2009)

For Your Entertainment (2009)

10 lagu terhangat minggu ini

  1. Like A G6 -                       Far*East Movement Featuring Cataracs & Dev
  2. Only Girl (In The World) -  Rihanna
  3. Just A Dream -                  Nelly
  4. Bottoms Up -                    Trey Songz Featuring Nicki Minaj
  5. Just The Way You Are -     Bruno Mars
  6. Raise Your Glass -              P!nk
  7. Club Can't Handle Me -       Flo Rida Featuring David Guetta
  8. DJ Got Us Fallin' In Love -  Usher Featuring Pitbull
  9. Dynamite -                       Taio Cruz
  10. We R Who We R -             Ke$ha

Lagu ni memang best la masa first time aku dengar. Walaupun aku tak berapa kenal group ni sebelum ni. Tapi bila dengar lagu ney memang terus cari kat google la. Cari and download terus. Siap cari albumnye skali.

Monday, August 23, 2010

Malaysia di kedudukan ke-37 senarai 'Negara Terbaik Dunia' Newsweek

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. 

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).



Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.
Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju. 

Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik. 



petikan dari berita harian online..




ini link ke newsweek
untuk melihat senarai kedudukan..
DARIPADA NEWSWEEK





daripada laman web diatas..
negara terbaik adalah FINLAND
dan juga dipilih negara populasi kecil terbaik..
selain negara berpendapatan tinggi terbaik..
negara populasi sederhana terbaik adalah AUSTRALIA
dan negara JEPUN dipilih sebagai negara populasi besar terbaik..
negara berpendapatan rendah terbaik adalah ALBANIA
negara berpendapatan sederhana terbaik adalah POLAND






ini antara rangkuman senarai kedudukan mengikut pecahan pendapatan, kepadatan dan 5 ketogori yang diambil kira..




BEST EDUCATION
Low income: Ukraine
Middle income: Kazakhstan 

High income: Finland
Small size: Finland
Medium size: South Korea
Large size: Japan 





BEST HEALTH CARE
Low income: Tunisia, China
Middle income: Chile 

High income: Japan
Small size: Switzerland
Medium size: Spain, Australia

Large size: Japan




BEST QUALITY OF LIFE
Low income: Ukraine
Middle income: Cuba 

High income: Norway
Small size: Norway
Medium size: Australia
Large size: Germany





BEST ECONOMIC DYNAMICS
Low income: China
Middle income: Malaysia 

High income: Singapore
Small size: Singapore
Medium size: South Korea
Large size: United States 





BEST POLITICAL ENVIRONMENT
Low income: Ghana
Middle income: Poland 

High income: Sweden
Small size: Sweden
Medium size: Australia
Large size: Germany 

Saturday, August 14, 2010

Harvard universiti terbaik dunia


SHANGHAI 13 Ogos - Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga teratas dalam senarai universiti terbaik di dunia untuk lapan tahun berturut-turut.

Senarai itu yang dikeluarkan oleh Universiti Jiaotong, dikuasai oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dari AS, sekali gus menimbulkan kemarahan pentadbir IPT di Eropah.

Senarai itu juga meletakkan Universiti California di tempat kedua manakala Universiti Stanford di tempat ketiga.
Jiaotong melalui Pusat Penyelidikan Universitinya yang bertaraf dunia membuat senarai itu dengan memberi fokus kepada pencapaian saintifik setiap universiti tanpa mengambil kira pencapaian ilmu kemanusiaannya.

Selain itu, mereka juga mengambil kira berapa banyak pingat Nobel yang diperolehi serta pencapaian para alumni setiap universiti terbabit.

Bagaimanapun, beberapa universiti di Eropah mempertikaikan senarai berkenaan dengan mendakwa kriteria pemilihannya dibuat secara tidak adil.

Kedudukan tertinggi yang dicatat oleh universiti dari luar AS adalah Universiti Cambridge dan Oxford dari Britain apabila masing-masing menduduki tangga kelima dan kesepuluh.

Sementara itu, Universiti Tokyo merupakan IPT dari Asia yang berada di tangga teratas senarai itu menduduki tangga ke-20.

Peking Universiti dan Tsinghua Universiti pula berada di kedudukan paling atas untuk IPT dari China di kedudukan 151 dan 200 dalam senarai itu.

Senarai yang dibuat oleh Universiti Jiaotong itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia apabila ia diperkenalkan pada 2003 bertujuan meletakkan tanda aras kepada universiti-universiti di China. - AFP



>>8 tahun berturut-turut....
universiti di malaysia pon xdapat nak kekalkan rangking terbaik dalam malaysia....
lagi lah nak pertahan kedudukan dunia.....

tak tau lah macam mana kondisi di sana yerh....
macam nak try jer rasanye...

Tuesday, June 29, 2010

PM Iceland kahwin sejenis....jangan la jadi kat malaysia

REYKJAVIK: Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir semalam dilaporkan berkahwin dengan pasangan lesbian beliau sejak sekian lama berikutan satu undang-undang baru yang menerima perkahwinan homoseksual berkuatkuasa. 

Sigurdardottir, berusia lewat 60-an, berkahwin secara rasmi dengan penulis Jonina Leosdottir selepas pasangan itu menyerahkan satu tuntutan supaya ikatan sivil mereka dipindahkan kepada sebuah perkahwinan, kata penyiar RUV.



Parlimen Iceland pada 12 Jun lalu sebulat suara menerima undang-undang yang membenarkan perkahwinan sama jantina dalam satu undang-undang yang berkuatkuasa kelmarin.


Pasangan homoseksual sebelum ini boleh mengiktiraf hubungan sivil mereka dan menerima manfaat sama seperti hak yang diterima pasangan normal tetapi ia tidak dikira sebagai satu perkahwinan secara formal. AFP


Johanna Sigurdardottir

Jonina Leosdottir


>>no komen....adeh....xnk jadi macam ney d malaysia.....

Monday, June 7, 2010

pendirian malaysia terhadap serangan rejim zionis terhadap kapal bantuan antarabangsa

langsung dari dewan rakyat sebentar tadi...
perdana menteri malaysia
dato; seri najid razak telah membentangkan usul
dalam mengutuk tindakan rejim zionis menyerang kapal bantuan antarabangsa....

ada 15 perkara yang dicadangkan malaysia
dalam menzahirkan pendirian malaysia
mengutuk tindakan rejim zionis tersebut....

disamping itu...
ssekumpulan peguam hak asasi manusia...
berhimpun...
untuk membawakan kes rejim zionis ini ke mahkamah dunia....

*15 perkara gagal dicari....
nanti akan diberi

Friday, May 21, 2010

dunia yang berbeza

bukan mudah untuk aku jalani...
jalan yang aku pilih ini banyak mengubah kehidupan ku seharian....
dalam tidurku...
waktu belajarku....
masa makanku...
semuanya mengalami perubahan yang bukan mudah untuk aku jalani....

sejenak berfikir....
adakah ini pilihan baik???
suka hati.....
main2.....
mungkin jawapannya dalam hati ku.....

kesannya adakah baik???
buruk....
sekadar sampingan....
bukan keutamaan.....
aku juga yang merasai penilaian terhadapnya.....

penerusan terhadap dunia ini.....
apa masa depan ku????
apa yg ingin ku capai???
apa kekuatannya
apa keperluannya.....
sekali lagi diri sendiri lah penentunya....

namun pengaruh disekeliling mungkin menbantu...
untuk penerusan...
atau proses penamatnya.....

seharian menusurinya....
banyak ilmu baru....
adakah ia harus dihentikan???
atau sepatutnya aku jadikannya motivasi untuk meneruskannya....

*terima kasih buat yang banyak berjasa....
*ape lah aku mengarut di atas ney.....
Related Posts with Thumbnails