SHANGHAI 13 Ogos - Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga teratas dalam senarai universiti terbaik di dunia untuk lapan tahun berturut-turut.
Senarai itu yang dikeluarkan oleh Universiti Jiaotong, dikuasai oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dari AS, sekali gus menimbulkan kemarahan pentadbir IPT di Eropah.
Senarai itu juga meletakkan Universiti California di tempat kedua manakala Universiti Stanford di tempat ketiga.
Jiaotong melalui Pusat Penyelidikan Universitinya yang bertaraf dunia membuat senarai itu dengan memberi fokus kepada pencapaian saintifik setiap universiti tanpa mengambil kira pencapaian ilmu kemanusiaannya.
Selain itu, mereka juga mengambil kira berapa banyak pingat Nobel yang diperolehi serta pencapaian para alumni setiap universiti terbabit.
Bagaimanapun, beberapa universiti di Eropah mempertikaikan senarai berkenaan dengan mendakwa kriteria pemilihannya dibuat secara tidak adil.
Kedudukan tertinggi yang dicatat oleh universiti dari luar AS adalah Universiti Cambridge dan Oxford dari Britain apabila masing-masing menduduki tangga kelima dan kesepuluh.
Sementara itu, Universiti Tokyo merupakan IPT dari Asia yang berada di tangga teratas senarai itu menduduki tangga ke-20.
Peking Universiti dan Tsinghua Universiti pula berada di kedudukan paling atas untuk IPT dari China di kedudukan 151 dan 200 dalam senarai itu.
Senarai yang dibuat oleh Universiti Jiaotong itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia apabila ia diperkenalkan pada 2003 bertujuan meletakkan tanda aras kepada universiti-universiti di China. - AFP
>>8 tahun berturut-turut....
universiti di malaysia pon xdapat nak kekalkan rangking terbaik dalam malaysia....
lagi lah nak pertahan kedudukan dunia.....
tak tau lah macam mana kondisi di sana yerh....
macam nak try jer rasanye...
1 comment:
ade sorang lecture cakap..
dell (ke bill gates...xingat..) study kat harvard tp xgrad pun..
boleh berjaya sampai camtu...
=P
Post a Comment