Sunday, August 1, 2010

selangor berjaya pertahankan piala liga super

meraikan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut

perlawanan penentuan kemenangan awal selangor


Selangor pertahan kejuaraan Liga Super



KUALA LUMPUR 31 Julai - Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Tiga mata berharga itu sudah cukup buat Selangor menafikan hajat Kelantan selepas memungut 63 mata, meninggalkan Red Warriors, lima mata di belakang dengan baki satu perlawanan.

Kelantan berjaya menundukkan Johor 3-1 di Stadium JCorp namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor berpesta di Shah Alam.

Gol daripada Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-66 dan jaringan penalti Mohd.Safiq Rahim pada minit ke-74 memastikan kira-kira 30,000 penonton setia Merah Kuning pulang gembira melihat Selangor menjulang trofi di laman sendiri.

Walaupun begitu, jentera serangan Red Giants kurang bermaya pada separuh masa pertama sebelum mempertingkatkan usaha sebaik babak kedua bersambung.




>>tahniah buat skuad selangor....
walaupun gagal memenangi piala FA....
piala liga super dapat mengubat kesedihan tersebut....
namun  selepas ini...
satu lagi liga...
iaitu liga malaysia....
merupakan salah satu piala paling berprestij di malaysia.....

namun, sebagai anak selangor....
yang duduk di KL....
hati ini ingin melihat skuad selangor kembali menggengam piala malaysia....


No comments:

Related Posts with Thumbnails