Sunday, August 8, 2010

Enrique tunai janji bogel Sepanyol juara


MIAMI: Penyanyi Enrique Iglesias, dilapor menaiki jet ski dalam keadaan bogel, bagi memenuhi janji berbuat demikian selepas pasukan kegemarannya Sepanyol menjuarai kejohanan Piala Dunia, baru-baru ini.

Laman web hiburan TMZ.com yang menyiarkan rakaman video aksi nakal Enrique itu menyatakan, penyanyi itu ‘menunaikan’ nazarnya di Teluk Biscayne di Miami akhir bulan lalu.

Laman web itu, bagaimanapun, berkata Enrique berbuat demikian pada waktu malam untuk mengelak ditangkap polis atau menimbulkan kekecohan awam.

Di dalam rakaman klip video singkat itu, Enrique dilihat meluncur sambil berbogel, manakala beberapa lelaki yang mengiringinya ketawa dan menjerit.

Pegawai perhubungan awam Enrique enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu.
“Kami tidak mengatur jadual peribadi Enrique, tetapi kami tahu bahawa pada akhir Julai lalu, Enrique ada di Miami,” kata jurucakapnya.

Enrique, dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, beliau adalah penyokong kuat pasukan bola sepak 
kebangsaan Sepanyol. 
“Jika Sepanyol menjuarai Piala Dunia, saya akan mabuk dan menunggang jet ski sambil berbogel untuk menunjukkan kegembiraan saya,” katanya.

Pelbagai pihak tidak yakin Enrique akan menunaikan janji melaksanakan nazar peliknya selepas Sepanyol memenangi kejohanan itu. Tetapi Enrique membuktikan beliau seorang yang menepati janji apabila melakukan apa yang dikatakannya. – Agensi


>>banyak betol orang buat pertaruhan masa piala dunia lalu....
semua nak bogel...
tah pape tah....
buat kene gelak jer

1 comment:

rhapsody LiN said...

tu mcm alasan nk tunjuk asset masing2 kot.. hehe

Related Posts with Thumbnails