Wednesday, August 11, 2010

puasa awal???? dapat apa????

3 kumpulan tarekat puasa lebih awal

JAKARTA: Tiga pergerakan agama di Sumatera mula berpuasa sejak kelmarin tanpa menunggu pengumuman rasmi kerajaan mengenai permulaan Ramadan di Indonesia. 

Pengikut tarekat Almufridun, sebuah kumpulan Islam di Sumatera Utara mula berpuasa semalam. Stesen Metro TV melaporkan, anggota kumpulan itu menunaikan solat Tarawih, malam kelmarin.


Sementara itu, kira-kira 1,000 pengikut tarekat Naqsabandi, satu lagi kumpulan Islam di Padang, Sumatera Barat, mula berpuasa kelmarin.


Makmur Syafri, ketua kumpulan itu memberitahu sebuah stesen televisyen RCTI, bahawa mereka menetapkan permulaan Ramadan mengikut tarikh. 

Kaedah kami ialah dengan mengira tarikh Hisab Munjib. Berdasarkan kaedah pengiraan kami, Ramadan bermula malam Ahad lalu, justeru kami mula berpuasa Isnin, katanya. 

Selain dua pergerakan agama berkenaan, satu lagi kumpulan agama iaitu An Nadzir di Sulawesi Selatan juga mula berpuasa kelmarin. 

Beratus-ratus pengikutnya yang tinggal di tebing Tasik Mawang di daerah Gowa, Sulawesi Selatan, mengadakan solat Tarawih malam Ahad. 
Lukman Bakri, ketua kumpulan An Nadzir memberitahu web mediaindonesia.com bahawa mereka menetapkan tarikh bermulanya puasa dengan memantau tanda alam semula jadi. 

Kami memantau pergerakan bulan ketika ombak besar dan berdasarkan apa yang kami lihat, kami yakin Ramadan bermula Isnin, kata Lukman. 

Kementerian Agama dijangka mengumumkan tarikh permulaan rasmi Ramadan semalam. Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam. 

Pada bulan ini, umat Islam digalakkan membuang tabiat buruk bagi membersihkan diri daripada dosa dan mendapatkan rahmat dan keampunan Allah. 

Umat Islam yang berpuasa antara lain tidak boleh makan, minum atau melakukan hubungan seks bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Agensi 





>>ade jer berita pasal ajaran baru masa bulan puase ney...
ape dah....
salah ke ikut yang dah sedia ada....
jangan terlalu ekstreme untuk piker bende laen dalam agama....
buat apa yang ada....
dah cukup pon....
ini....


nak masuk syurga sangat lah 2....
kita buat amalan bukan nak masuk syurga jer....
tapi nak dapat keredhaan allah dan keberkatannya dalam hidup di dunia yang sementara ini....

No comments:

Related Posts with Thumbnails