Tuesday, August 3, 2010

harimau cheetah???

India rancang biakkan harimau cheetah


NEW DELHI - Pemerintah India merancang mengimport harimau cheetah dari Afrika dan membiakkannya di kawasan-kawasan padang rumput di negara berkenaan, kata beberapa pegawai semalam.
Perancangan tersebut, kata mereka, dikemukakan enam dekad lalu setelah haiwan itu pupus di India akibat pemburuan.
Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan India, setakat ini, dua kumpulan hidupan liar telah melakukan kajian bagi membawa masuk spesies kucing besar tersebut ke tiga kawasan hutan simpan berkeluasan kira-kira 12,000 kilometer persegi di negeri Madhya Pradesh dan Rajasthan.
Cheetah merupakan haiwan terpantas di dunia dan hidup di bahagian tengah dan barat India sehingga ia pupus kira-kira 60 tahun lalu akibat pemburuan tidak terkawal.
Susulan pemburuan haram tersebut, cuma beberapa ekor cheetah Asia itu yang masih hidup di beberapa buah zoo di seluruh dunia. - AP
comelnya
>>baguslah tindakan india....sedar juga dengan kepupusan haiwan sekarang.....kalau kat malaysia dah lama buat pembiakan orang utan.....di india....kawasan luas....boleh kot nak buat binatang-binatang laen......cuma kepakaran jer lagi....

No comments:

Related Posts with Thumbnails