Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi
LONDON - Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemiliknya, Edmund Garrod menggunakan peti sejuk model DE.30 buatan syarikat General Electric itu setiap hari sejak ia dihantar ke rumahnya ketika dia masih kanak-kanak pada 26 Jun 1954.
Peti sejuk setinggi paras pinggang berwarna krim itu berharga £69 (RM343.70) bersamaan sekitar £1,415 (RM7,049) pada harga sekarang.
Ia dibeli ibu bapa lelaki tersebut untuk menyimpan susu mereka yang mudah menjadi masam.
"Saya menganggap peralatan elektrik pada masa itu (tahun 1950-an) dibuat dengan amat baik dan ia tahan lama," katanya. Dia menukarkan peti sejuk lama itu dengan sebuah peti sejuk moden dan canggih setelah memenangi satu pertandingan bagi mencari peti sejuk tertua di Britain. - Agensi
>>ha, kan ada kan....aku rasa peti ais kat rumah aku dah antik dh....
rupanya ada lagi peti ais yang lagi antik dari peti ais rumah aku.....
siap boleh berfungsi lagi 2....
tapi orang memang selalu cakap...
barang lama2 ney memang berkualiti....
sampai lebih 50 tahun bertahun tahannya.....
kualiti betul 2....
masalahnya....
barang sekarang ney kuat sangat rosak....
guna xbetol sikit...
rosaknya, xboleh baiki dah.....
kene lah melabur beli baru.....
No comments:
Post a Comment