Saturday, August 14, 2010

hukuman mati kepada pesalah buang bayi adalah wajar??



semalam aku macam ragu dengan cadangan untuk mengenakan hukuman mati terhadap pesalah buang bayi....
bukan apa....bagi membendung...
kita perlu elak perkara ini berlaku....
cuma hukuman mati ini hanya menghukum...
bukan membanteras....


walaubagaimanapun....
selepas berfikir sejenak....
aku memang merasakan yang inilah mekanisme terbaik...
kenapa???




ia akan memberi pengajaran kepada individu lain
paham-paham lah.....
kalau orang kene hukum mati....
tak kan lah kita nak kena juga....
jadi, orang akan sedar betapa buang bayi ini sangat menakutkan andai berjaya ditangkap....
lagi-lagi pengesanan melalui DNA yang memudahkan cara mengnalpasti suspek atau pelaku.....


kegagalan undang-undang sekarang dalam membanteras isu ini
sebelum ini...
pesalah buang bayi hanya akan dikenakan hukuman penjara....
namun, secara realitinya...
hukuman ini sebenarnya gagal memberi kegerunan buat pelaku untuk melakukan perkara yang sama....
lihat sahaja lah...
setiap hari kita mendengar laporan kes buang bayi di dada akhbar....


>>dan hari ini juga...
menteri besar kelantan sendiri menyokong idea ini....





Nik Aziz sokong hukuman mati kes buang bayi

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan Kabinet bertindak tepat dalam usaha membendung peningkatan kes buang bayi di negara ini dengan mengenakan hukuman bunuh kepada pesalah terbabit. 

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, hukuman seperti itu bukan saja harus dikenakan kepada pesalah pembuangan bayi malah seharusnya diperluaskan terhadap umat Islam yang melakukan zina.


“Saya setuju (dengan hukuman bunuh itu)...biarlah setiap hukuman itu menimbulkan rasa perit (takut) bukan saja kepada pihak yang melakukan kesalahan itu, malah mereka yang berhasrat melakukan perbuatan terkutuk itu.


“Saya juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh itu juga turut dikenakan terhadap orang yang melakukan zina juga. Ini menunjukkan kita bersungguh-sungguh membendung kegiatan yang dilihat semakin berleluasa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam. 

5 comments:

Hajar said...

aku pun setuju juga..hehe~

kak gojes said...

memang patut..siapa suruh buang n bunuh bayi!!!jahat...

hazman aka species1980 said...

isu hangat yang semakin diperkatakan sekarang....

kisahsensasi said...

kalau tak silap... ia melibatkan sumer bangsa kan... ;-p

Ecah Shafiee said...

setuju juge..biar rasekan..

Related Posts with Thumbnails