ini merupakan pendapat seorang penganalisis....
Dari Blog Kawan Saya
entri kali ini saya akan cuba sesuatu yang baru..
dan entri ini bukan nak gaduh dengan sapa2..
cuma terlalu banyak yang malaikat sampai perkara yang baik dianggap jahat..
secara ikhlas dari hati....
aku bersetuju dengan pengumpulan pelajar mengandung di sekolah harapan ini..
rasionalnya mudah....
mereka yang terlibat ini biasanya menghadapi maslah untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling....
maka, kita asingkan mereka untuk menjaga mereka dari melakukan perkara yang lebih teruk seperti bunag bayi atau bunuh diri kerana malu....
dan stigma masyarakat kita masih menganggap org yang melakukan kesalahan sebagai org jahat dan tak perlu mendapat layanan yang baik dari mereka...
jika begini aku yang mengandung pon tak tahan dengan masyarakat macam ini....
contoh "hey, itu budak yang mengandung 2 kan....eeeiiii tak lah dekat dengan dye...tah2 ade penyakit Aids kot...."
agak2 apa perasaan org yang mengandung bila dengar macam 2???
so, bila diasingkan ini...
pelajar ini akan dilayan baik agar mereka kembali kejalan yang lurus....
selain keselamatan mereka terjamin...
...........
ada orang kata...
langkah sekolah harapan ini tidak berkesan untuk membanteras gelaja seks dikalangan pelajar sekarang...
secara logik akal lah...
ada ke satu masalah 2 dapat diselesaikan dengan 1 makenisme???
so, jika ada satu mekanisme datang...
jangan lah terlalu berharap agar sesuatu masalah selesai....
cuba kita tepuk dada kita...
dah ke kita banteras gelaja ini...
diri kita....
keluarga kita....
masyarakat kita.....
umat kita....
masyarakat kita??????
kalau rasa dah...
teruskan lah melakukan perkara baik dan sentiasa cari jalan...
jangan hanya bercakap seperti anda seorang sahaja buat kerja bagi banteras gelaja sosial hari ini...
kalau belom...
mari kita sama2 mula dari bawah...
kita dekati golongan ini agar2 dapat sama-sama elak gelaja ini..
dan berfikirlah...
sekolah harapan ini bukan macam polis yang mencari...
mereka ini ibarat kaunselor yang sentiasa bersedia menerima sesiapa dan apa juga masalah...
Showing posts with label buang. Show all posts
Showing posts with label buang. Show all posts
Saturday, September 25, 2010
Saturday, August 14, 2010
hukuman mati kepada pesalah buang bayi adalah wajar??
semalam aku macam ragu dengan cadangan untuk mengenakan hukuman mati terhadap pesalah buang bayi....
bukan apa....bagi membendung...
kita perlu elak perkara ini berlaku....
cuma hukuman mati ini hanya menghukum...
bukan membanteras....
walaubagaimanapun....
selepas berfikir sejenak....
aku memang merasakan yang inilah mekanisme terbaik...
kenapa???
ia akan memberi pengajaran kepada individu lain
paham-paham lah.....
kalau orang kene hukum mati....
tak kan lah kita nak kena juga....
jadi, orang akan sedar betapa buang bayi ini sangat menakutkan andai berjaya ditangkap....
lagi-lagi pengesanan melalui DNA yang memudahkan cara mengnalpasti suspek atau pelaku.....
kegagalan undang-undang sekarang dalam membanteras isu ini
sebelum ini...
pesalah buang bayi hanya akan dikenakan hukuman penjara....
namun, secara realitinya...
hukuman ini sebenarnya gagal memberi kegerunan buat pelaku untuk melakukan perkara yang sama....
lihat sahaja lah...
setiap hari kita mendengar laporan kes buang bayi di dada akhbar....
>>dan hari ini juga...
menteri besar kelantan sendiri menyokong idea ini....
Nik Aziz sokong hukuman mati kes buang bayi
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan Kabinet bertindak tepat dalam usaha membendung peningkatan kes buang bayi di negara ini dengan mengenakan hukuman bunuh kepada pesalah terbabit. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, hukuman seperti itu bukan saja harus dikenakan kepada pesalah pembuangan bayi malah seharusnya diperluaskan terhadap umat Islam yang melakukan zina.
“Saya setuju (dengan hukuman bunuh itu)...biarlah setiap hukuman itu menimbulkan rasa perit (takut) bukan saja kepada pihak yang melakukan kesalahan itu, malah mereka yang berhasrat melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Saya juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh itu juga turut dikenakan terhadap orang yang melakukan zina juga. Ini menunjukkan kita bersungguh-sungguh membendung kegiatan yang dilihat semakin berleluasa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.
Friday, August 13, 2010
penat dah dengar isu buang bayi....moga2 ini penamatnya
hari ini...hampir semua akhbar malaysia menyiarkan berita ini....
jadi ini petikan dari berita harian.....
Hukuman mati kes buang bayi
KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.
Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.
Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.
Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.
Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.
Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.
Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.
>>bagi aku yang setiap hari baca cerita buang bayi ini...
dengan pertukaran hukuman ini...
adkah perkara ini dapat hentikan berita klise ney???
sayangi lah anak-anak anda....
anak kita harta kita dunia akhirat....
dalam bulan mulia ini...
molek kiranya perkara ini kita jauhi bersama...
banyak kan beramal....
Subscribe to:
Posts (Atom)





