Saturday, October 30, 2010

tidur tanpa selimut di musim sejuk...


Rasanya musim tengkujuh di pantai timur dah mula terasa tempiasnya, seminggu ney aku rasa tiada hari yang tak hujan. kalau tak hujan pagi, petang kompem hujan membasahi bumi. bila hujan-hujan ney, memang nak jumer baju 2 buat saket kepala memikir. jemur dalam rumah, buat serabut rumah, luar rumah basah kene hujan. haizzzzzz



Bila dan musim hujan ney baru aku terpiker yang aku dah nak habis satu sem tak ade selimut. haha. Malam-malam memang aku terjage jer lah pergi berhajat. Itu baru ke tandasnya, belum rasa sejuk yang duk menyusuk ke tulang. Adeh lagi buat aku pening piker sekarang. Tidor petang pon dah rasa sejuk, waktu malam memang merana lah aku rasa. AKU NAK SELIMUT. haha. Itu lah dulu nak jimat sangat tak nak beli selimut. Konon lemak aku dh cukup nak tahan sejuk. Sekali sejuk, merengek-rengek nak selimut.


Esok kalau hari cerah, nak ke kuantan untuk mencari selimut. =)

Friday, October 29, 2010

Disebabkan ini sejarah jadi syarat wajib lulus SPM


orang muda buta sejarah!
link dari Utusan Online

Aku buka link yang dikongsi oleh kawan aku dari facebook. Tajuknya menarik sebab sekarang heboh pasal subjek Sejarah merupakan salah satu subjek majib lulus SPM selepas subjek Bahasa Inggeris sebelum ini.

Secara ikhlas, aku terkejut dengan angka yang banyak dengan jawapan yang salah sedangkan semua soalan ditanya merupakan basic of malaysia history dan isu semasa di Malaysia. Walaupun aku dah memang sedar akan ramai yang tidak ambil tahu pasal sejarah. Cuma angkanya agak mustahil, seolah-olah orang yang tak bersekolah dan orang yang tiada televisyen dirumah.

Lagi menyakitkan hati sebagai golongan muda di Malaysia apabila diakhir berita tersebut, semua konklusi yang dinyatakan secara terus mengutuk golongan muda tanpa pernah menginsafi kekhilafan mereka dalam menyampaikan mesej tentang sejarah kepada golongan muda ini.

Antara kesimpulannya:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.
Berbirat rasanya baca kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kesimpulan ini jelas menyalahkan golongan  muda semata-mata tanpa sedar tentang kempen yang mereka jalankan selama ini. Jika dikatakan remaja tidak dipupuk dengan penghayatan. Salah siapa?? pengajar bukan. Mengajar kerana peperiksaan. Jika remaja terlalu memandang kedepan. Siapa yanng bentuk pandangan itu?? pemimpin sekarang bukan. Pembinaan wilayah ekonomi dan penggalakan tempat hiburan dijalankan untuk siapa??


Aku setuju ada segelintir remaja yang lupa akan sejarah, tapi dalam kita nak menyuburkan kefahaman sejarah. Bukan dengan cara menghentam golongan remaja ini, tapi sama fikirkan cara terbaik menyemai kembali semangat cintakan negara, ingati sejarah dan sebagainya. Banyak cara yang lebih baik boleh digunakan untuk pastikan selain memberi konklusi mudah terhadap remaja seolah-olah remaja tak ade otak untuk berfikir.

GERAMM!!

Monday, October 25, 2010

Tahniah ~MAGIKA~

Dalam 5 senarai calon filem terbaik, Magika, Estet, Evolusi KL Drift 2, Belukar, Lagenda Budak Setan. Aku memilih filem lagenda budak setan. mungkin idea asal filem ini bukan asli dari pengarah. tapi garapan emosi pelakon serta jalan cerita berat menambat hatiku. Magika masih belumku tonton, tapi dari preview beberapa orang rakan-rakanku. Ceritanya agak biasa cuma tambahan grafik selain tarikan kuat dari pelakon popular selain latar yang diplbagaikan menyebabkan ceritanya agak serabut rasanya.






Secara ikhlas aku belum menonton filem MAGIKA, tapi malam tadi cukup membuktikan filem komedi ringan menang lagi. Kali ini, tiga tahun berturut-turut filem bergenre komedi ringan menang selepas Kala Malam Bulan Mengambang, Papadom dan kali ini Magika.





    ANUGERAH PERDANA 
  • Filem Pendek Terbaik -Project
  • Filem Animasi Terbaik -Buas
  • Filem Dokumentari Terbaik -Suatu Ketika Laskar Senoi
  • Skor Muzik Asal Terbaik -Edry Abdul Halim – Magika
  • Penyunting Terbaik -Hisyam Jupri & Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Cerita Asal Terbaik -Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
  • Lakon Layar Terbaik -Jumaatun Azmi – Haq
  • Sinematografi Terbaik -Raja Mukhriz –  Niyang Rapik
  • Pelakon Wanita Terbaik -Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
  • Pelakon Lelaki Terbaik -Bront Palarae – Belukar
  • Pengarah Filem Terbaik -Shamsul Yusof - Evolusi KL Drift 2
  • Filem Terbaik -MAGIKA



    ANUGERAH CIPTA
  • Poster Terbaik -Preston Zaidan Productions - Belukar
  • Pereka Kostum / Busana Terbaik -Dee Hasnan - Magika
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik -Fimie Don - Magika
  • Pelakon Harapan Wanita -Daphne Iking - Belukar
  • Pelakon Harapan Lelaki -Shashi Tharan - Estet
  • Lagu Tema Terbaik -Penyembuh Rindu- Edry - Magika
  • Penataan Bunyi Terbaik -Brian Ng - V3 Samseng Jalanan
  • Penataan Seni Terbaik -Johan Lucas & Anuar Paharudin - Magika
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Yana Shamsudin - Adnan Semp-It
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik -Shaheizy Sam - Evolusi KL Drift 2
  • Pengarah Harapan -Edry - Magika
  • Filem Komedi Terbaik - My Spy



    ANUGERAH KHAS 
  • Penggiat Belakang Tabir -Johari Ibrahim.
  • Pelakon Veteran Wanita -Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.
  • Pelakon Veteran Lelaki -Seniman Tamam Idris
  • Filem Box-Office -Adnan Sempit

    ANUGERAH KHAS JURI
  • Cinta Ais Kacang (Ice Kacang Puppy Love)
  • Woo Hoo
  • Estet
  • Muallaf

Tadi rasa memang senarai ini benar-benar layak menang malam semalam. Lagi-lagi tak banyak filem yang betul-betul kuat tahun ni. Jadi inilah filem yang berjaya sepanjang tahun 2010.

Wednesday, October 20, 2010

Tidor awal pon mengantuk lagi

Tak seronok betol hari kalau mengatuk. Nak buat bende semua rase tak sedap jer. Padahal semalam aku dah tidor awal dah. Masuk kelas, lecturer ajar kat depan aku dok gila tahan mengantuk kat belakang. Sikit punyer pasal dynamics aku tak paham tadi.

Naik bas, tak payah cerita lah. Cucuk mp3 macam sumbat kapas dalam telinga. Tak dengar langsung orang bising + bunyi bas. Yang aku tau, aku dah terlelap macam sleeping buddha dalam bas tadi.


Buat penat jer aku tidor awal semalam, dah la kerja semua tak buat. Semua aku tak siap.

aktiviti malam ney...
jom layan lagu ney
kalau berpacaran

Monday, October 18, 2010

Penat lipat kain

Petang yang damai ini, aku telah isi dengan melipat kain. Banyaknya aku rasa dekat dua bakul. Tak cukup tu, aku keluarkan semua pakaian dalam almari aku. Jadi gunung jugak baju-baju aku. Kalau maen sorok-sorok, kompem tak de sape-sape jumpe aku. Dah lama-lama lipat, dekat habis satu album maher zain aku dengar. Siap Lipat Gunung Baju.

Bila lipat baju sorang-sorang ney, teringat mak kat rumah tu. Selalu dia lah yang tolong lipat baju aku, sekarang aku buat sorang jer. Dah lah banyak. Kalau mak suruh tolong, rasa berat jer. Tadi aku kene balik, langsung tak de orang tolong. Semua tengok jer, tolong tengok pon tak nak.

Habis lipat, terus lah kemas almari. Dan ini hasilnya......


Buat yang nak layan Maher Zain
ini link album penuh beliau...
Maher Zain Download

Sedih tak dapat tengok dye datang malaysia. Cuma video jadi penambat hatiku. Tak pa, cintai islam bukan kerana individu, tetapi kerana penghayatan kepadanya.

Saturday, October 16, 2010

The Other Side of Down

Album ketiga dari naib juara American Idol musim ke-7. Mula dipasarkan 5 oktober lalu di Amerika Syarikat. Album yang memuatkan 12 buah lagu dan satu lagu bonus i-tunes melengkapi album ini bagi menambat hati peminat artis muda ini yang sudah lama menunggu album pop setelah tahun lalu hanya tampil dengan album krismas.


Senarai lagu dalam album ini seperti berikut :
1. The Other Side Of Down
2. Something 'Bout Love
3. Elevator
4. Stomping The Roses
5. Who I Am
6. Falling Stars
7. Parachutes & Airplanes
8. Look Around
9. Good Place
10. Complain
11. Things Are Gonna Get Better
12. My Kind Of Perfect
13. The Day After Tomorrow (Bonus Itunes)


untuk memuatturun album ini:
download

single pertama sudah dilancarkan julai lalu.
Something 'Bout Love


dan ini single kedua album ini...
di malaysia dah diputar....
cuma diluar negara belum dilancar secara rasmi
iaitu Elevator


Diawalnya, aku tak berharap untuk layan semua lagu dalam album ini. Tapi, bila dah dengar semua, memang album ney layan giler dengan telinga aku. Dalam banyak-banyak lagu, aku memang layan lagu good place. Rentak macam lagu crush, superb habis.

Sunday, October 10, 2010

Matrik lebih seronok dari universiti

Dalam aku seronok stalk facebook orang malam ney, terjumpa satu fan pages.

Matrik lebih seronok dari universiti walaupun tak dapat outing selalu

Secara ikhlas, aku tak pernah mengalami kehidupan di matrik sebab terus ke universiti. So, aku tak boleh lah nak buat perbandingan antara matrikulasi dan universiti yang mana lagi best. Tapi kawan-kawan lepasan matrik banyak cakap yang hidup di matrik memang best. Dengar macam dengki jer, yer lah aku pernah tolak tawaran matrik pahang untuk ambil diploma atas tuntutan keluarga. Tapi itu kisah lama. Aku rasa ok jer hidup di Universiti. Tak de lah teruk sangat.


Friday, October 8, 2010

TPM punya kerja, Pagoh bakal salah satu pusat pendidikan

Petang tadi, masa aku sibuk online. Kawan sekolah teknik aku chat, dia cakap yang jurusan kejuruteraan di UIAM gombak akan dipindahkan ke Pagoh, Muar. Macam-macam dia tak puas hati dengan perpindahan itu. Seingat aku, ramai kawan-kawan aku pilih asasi kejuruteraan uia sebab dekat dengan rumah. Dekat dengan KL, senang nak keluar bandar. Bila dah tukar macam ini, saket hati lah diorang. Aku ni gelakkan jer lah, sebab aku sendiri mangsa di UMP ney.

Lepas chat dengan member aku, gatal tangan cari pasal pagoh. Nak tengok betapa terceruknya pagoh dari bumi muar. Jaoh jugak, dah lah muar tu macam tak ade pape jer. Dalam cari-cari itu, terjumpa berita dari The Star.

PAGOH to be education centre



Rupa-rupanya, pembukaan Pagoh sebagai pusat pendidikan tinggi ini idea TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Patut lah ada cawangan baru nak dibuka disana. Bila selak latar belakang TPM kita ini, rupanya asal dari Muar. Patutlah kawasan Pagoh dipilih sebagai pusat pendidikan tinggi terbaru. Ini tak habis-habis kes naikkan kawasan sendiri dulu lah ney. Tak lama lagi, maju lah kawasan muar ney kan.


Bagos jugakkan, bestnye kalau dapat duduk dekat kawasan pemimpin malaysia. Boleh naik jadi maju sekelip mata. Dulu ade dengar pasal kawasan kepala batas dan Pekan.

>>Bagi aku, idea membina pusat pendidikan dikawasan sedikit pendalaman sangat bagus. banyak kebaikan kepada kawasan sendiri, selain pelajar yang akan merasa lanskap pendidikan berbeza selain dikawasan bandar yang sememangnya terkenal dengan pusat pendidikan setempat.

Thursday, October 7, 2010

susu satu malaysia dah dilancarkan...kini naik pula harga susu...

Bulan yang lalu, rasanya baru sahaja dilancarkan kembali program susu satu malaysia yang diteruskan untuk melahirkan generasi sihat dan kuat.

semasa pelancaran kempen susu 1 malaysia

semasa kempen susu sekolah lalu

Secara ikhlas, aku penyambungan semula kempen ini bukan pada masanya. Dalam kondisi kerajaan mendaki semula ekonomi negara, lebih baik fokus dalam menstabilkan pasaran ekonomi negara yang sentiasa dilaporkan baik sedangkan dalamannya masih terumbang-ambing dan pastikan semua kemudahan berada dalam keadaan sangat stabil untuk menyalurkan kembali wang kearah perkara yang pernah menyusahkan kerajaan sebelum ini.

Pastinya dalam melaksanakan kempen, bukan menelan seringgit. Sudah tentu wang bernilai jutaan ringgit dibelanjakan bagi memastikan kelancaran program. Dan konklusi mudah boleh dilontarkan, kerajaan sanggup melakukan segalanya untuk memastikan kerajaan tetap bertahan lagi-lagi dalam keadaan kerajaan hilang undi semasa PRU lepas. Inilah masanya untuk menjadi juara rakyat.

Malangnya, kurang satu bulan pelancaran kempen tersebut. Satu lagi perkara yang menakutkan rakyat iaitu kenaikan harga barang berlaku lagi. Memang sukar untuk mengikat satu ikatan bagaimana kaitan antara program susu percuma dengan kenaikan harga susu ini kan. Selalunya kenaikan harga barang dikaitkan dengan permintaan tinggi dan import dari luar negara yang membebankan pengeluar mahupun pembekal.  Pastinya penyediaan susu untuk kempen menyukarkan pengeluar menyeimbangkan semula kemasukan barang bekalan susu.

Inilah kesannya apabila terlalu menjaga sebelah pihak, pihak yang lain pula terkena tempiasnya. Dalam ingin memudahkan rakyat, ada juga yang terbeban. Sudah pasti, berita ini menyakitkan dan menakutkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana. Lebih-lebih lagi segelintir yang bergantung terhadap susu sebagai minuman harian. Pastinya gaya hidup mereka sedikit terjejas.

petikan berita harian

Friday, October 1, 2010

Adam Lambert datang Malaysia...


naib juara program realiti paling popular di amerika syarikat
AMERICAN IDOL musim ke 8..
awal tahun yang lalu...
penyandang juara yang menewaskannya dipentas final..
KRIS ALLEN juga singgah ke kuala lumpur bagi promosi album pertamanya..

kini ADAM LAMBERT pula singgah ke Malaysia untuk siri jelajah GlamNation...
pastinya ramai peminat adam lambert ini sudah tak sabar2 untuk menyaksikan pujaan mereka membuat persembahan secara langsung didepan mata mereka sendiri..

......................................
sebenarnya aku xberapa exited nak tengok konsert ney...
xmacam masa Kris Allen dan David Archuleta datang dulu...
memang aku giler nak pergi...
cuma xkesampaian...

kali ney memang aku gelak jer tengok sapa exited sangat nak pergi tengok...
siap ade yang ajak aku drive ke KL...
semata-mata nak tengok adam lambert live in kuala lumpur...

sebabnya...
tah lar...
aku layan jer lagu-lagunya...
cuma aku takut aku menyesal macam persembahan dye kt AMA tahun lepas....
xde lah sehebat perfomance masa american idol dulu....
dengan menari tah paper...
control voice berterabur...
lepas 2 gaya over2...
xminat langsung....
............................
Related Posts with Thumbnails