orang muda buta sejarah!
link dari Utusan Online
Aku buka link yang dikongsi oleh kawan aku dari facebook. Tajuknya menarik sebab sekarang heboh pasal subjek Sejarah merupakan salah satu subjek majib lulus SPM selepas subjek Bahasa Inggeris sebelum ini.
Secara ikhlas, aku terkejut dengan angka yang banyak dengan jawapan yang salah sedangkan semua soalan ditanya merupakan basic of malaysia history dan isu semasa di Malaysia. Walaupun aku dah memang sedar akan ramai yang tidak ambil tahu pasal sejarah. Cuma angkanya agak mustahil, seolah-olah orang yang tak bersekolah dan orang yang tiada televisyen dirumah.
Lagi menyakitkan hati sebagai golongan muda di Malaysia apabila diakhir berita tersebut, semua konklusi yang dinyatakan secara terus mengutuk golongan muda tanpa pernah menginsafi kekhilafan mereka dalam menyampaikan mesej tentang sejarah kepada golongan muda ini.
Antara kesimpulannya:
Berbirat rasanya baca kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kesimpulan ini jelas menyalahkan golongan muda semata-mata tanpa sedar tentang kempen yang mereka jalankan selama ini. Jika dikatakan remaja tidak dipupuk dengan penghayatan. Salah siapa?? pengajar bukan. Mengajar kerana peperiksaan. Jika remaja terlalu memandang kedepan. Siapa yanng bentuk pandangan itu?? pemimpin sekarang bukan. Pembinaan wilayah ekonomi dan penggalakan tempat hiburan dijalankan untuk siapa??- Remaja masa kini buta sejarah.- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.
Aku setuju ada segelintir remaja yang lupa akan sejarah, tapi dalam kita nak menyuburkan kefahaman sejarah. Bukan dengan cara menghentam golongan remaja ini, tapi sama fikirkan cara terbaik menyemai kembali semangat cintakan negara, ingati sejarah dan sebagainya. Banyak cara yang lebih baik boleh digunakan untuk pastikan selain memberi konklusi mudah terhadap remaja seolah-olah remaja tak ade otak untuk berfikir.
GERAMM!!
1 comment:
rase nak cili2kan je wartawan tuh... LAME report!
Post a Comment