semasa pelancaran kempen susu 1 malaysia |
semasa kempen susu sekolah lalu |
Secara ikhlas, aku penyambungan semula kempen ini bukan pada masanya. Dalam kondisi kerajaan mendaki semula ekonomi negara, lebih baik fokus dalam menstabilkan pasaran ekonomi negara yang sentiasa dilaporkan baik sedangkan dalamannya masih terumbang-ambing dan pastikan semua kemudahan berada dalam keadaan sangat stabil untuk menyalurkan kembali wang kearah perkara yang pernah menyusahkan kerajaan sebelum ini.
Pastinya dalam melaksanakan kempen, bukan menelan seringgit. Sudah tentu wang bernilai jutaan ringgit dibelanjakan bagi memastikan kelancaran program. Dan konklusi mudah boleh dilontarkan, kerajaan sanggup melakukan segalanya untuk memastikan kerajaan tetap bertahan lagi-lagi dalam keadaan kerajaan hilang undi semasa PRU lepas. Inilah masanya untuk menjadi juara rakyat.
Malangnya, kurang satu bulan pelancaran kempen tersebut. Satu lagi perkara yang menakutkan rakyat iaitu kenaikan harga barang berlaku lagi. Memang sukar untuk mengikat satu ikatan bagaimana kaitan antara program susu percuma dengan kenaikan harga susu ini kan. Selalunya kenaikan harga barang dikaitkan dengan permintaan tinggi dan import dari luar negara yang membebankan pengeluar mahupun pembekal. Pastinya penyediaan susu untuk kempen menyukarkan pengeluar menyeimbangkan semula kemasukan barang bekalan susu.
Inilah kesannya apabila terlalu menjaga sebelah pihak, pihak yang lain pula terkena tempiasnya. Dalam ingin memudahkan rakyat, ada juga yang terbeban. Sudah pasti, berita ini menyakitkan dan menakutkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana. Lebih-lebih lagi segelintir yang bergantung terhadap susu sebagai minuman harian. Pastinya gaya hidup mereka sedikit terjejas.
petikan berita harian
No comments:
Post a Comment