Tuesday, August 10, 2010

boleh berbuka puasa jika tak tahan panas????

Pekerja tak tahan panas diizin berbuka

DUBAI: Umat Islam yang bekerja dalam cuaca yang terlalu panas, boleh berbuka puasa pada bulan Ramadan bagi mengelak masalah kesihatan, kata satu fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Golongan yang bekerja dalam keadaan terlalu teruk, dibenarkan berbuka puasa,” kata fatwa berkenaan.

Bagaimanapun, fatwa disiarkan laman web agensi itu memberi syarat bahawa pekerja berkenaan hendaklah berpuasa dan hanya berbuka jika keadaan terlalu teruk dan memudaratkan jika diteruskan.



Fatwa berkenaan dikeluarkan sebagai reaksi kepada soalan yang dikemukakan pekerja cari gali minyak yang ingin tahu sama ada mereka dibenarkan berbuka puasa berikutan bimbang menghadapi masalah kesihatan kerana tidak makan atau minum ketika bekerja di bawah cuaca yang amat panas. 

Suhu di negara Teluk biasanya melebihi 40 darjah Celsius. – Agensi 





>>belom start puase...
dah macam2...
hahahah....


tapi betul jugak....
kalau dah kerja teruk gila...
boleh la kot...
tpi klu yang kuat iman 2....
memang akan teros jer....

No comments:

Related Posts with Thumbnails