Tuesday, June 29, 2010

PM Iceland kahwin sejenis....jangan la jadi kat malaysia

REYKJAVIK: Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir semalam dilaporkan berkahwin dengan pasangan lesbian beliau sejak sekian lama berikutan satu undang-undang baru yang menerima perkahwinan homoseksual berkuatkuasa. 

Sigurdardottir, berusia lewat 60-an, berkahwin secara rasmi dengan penulis Jonina Leosdottir selepas pasangan itu menyerahkan satu tuntutan supaya ikatan sivil mereka dipindahkan kepada sebuah perkahwinan, kata penyiar RUV.



Parlimen Iceland pada 12 Jun lalu sebulat suara menerima undang-undang yang membenarkan perkahwinan sama jantina dalam satu undang-undang yang berkuatkuasa kelmarin.


Pasangan homoseksual sebelum ini boleh mengiktiraf hubungan sivil mereka dan menerima manfaat sama seperti hak yang diterima pasangan normal tetapi ia tidak dikira sebagai satu perkahwinan secara formal. AFP


Johanna Sigurdardottir

Jonina Leosdottir


>>no komen....adeh....xnk jadi macam ney d malaysia.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails