Thursday, June 24, 2010

buli sampai mati

Pelajar Tingkatan 4 MTD mati dipercayai akibat dibuli senior.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah, ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyebut suatu kejadian yang membabitkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.

MINDEF telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.

Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.
Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi 2 pagi tadi.

"Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian," menurut kenyataan itu.

Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan," menurut kenyataan itu.

Allahyarham akan dikebumikan di Baling, Kedah, hari ini. - BERNAMA

>>ade lagi buli2 ney....
ape lah....

4 comments:

IERA HAJERAH AZMAN said...

how to make the child understand eh? :|

Mr Final said...

btul!... x habes2 lagi ker benda2 gini.. dari dlu smpi skrang.. huh!

zaza said...

ingt dh cukup besar kot nk buat hal2 mcm ni..
nk slhkan sape pun xthu.. hmmm

Anonymous said...

Saya pun bekas pelajar MTD tahun 1974-1975. Kami kena ragging satu tahun solid.Tak ada yang meninggal pun kena ragging. Budak skrg bodoh tak tahu nak ragging, itu pembunuh nama nya.

Related Posts with Thumbnails