Showing posts with label IPT. Show all posts
Showing posts with label IPT. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011



Final Stage

Bertempat di UTP, Tronoh.
Pertandingan Akhir Debat Perpaduan 2011 berlangsung dan
kemenangan berpihak kepada tuan rumah selepas menewaskan pasukan UiTM
dengan usul perdebatan "Demokrasi kini semakin mantap."
Tahniah buat penganjur pertandingan dan pasukan UTP yang telah berjaya.

Perjalanan pasukan UMP di Debat Perpaduan 2011 tidak kurang hebatnya.
Tiga kekalahan kepada pasukan UiTM dan Unisza yang layak keperingkat kalah mati serta kekalahan kepada MMU menutup ruang keperingkat seterusnya.
Begitupun, baki tiga lagi perlawanan membuahkan hasil selepas menewaskan IPG Ipoh, IPG Tengku Ampuan Afzan dan Unimas.

Enam usul telah kami perdebatkan;
1. Konsep kesederhanaan pelengkap gagasan 1Malaysia.
2. Isu perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
3. 1 Malaysia ancaman kepada ketuanan Melayu.
4. EKUINAS suatu liabiliti.
5. Pendidikan dan perpaduan, seiring tidak sehaluan.
6. Malaysia perlukan model perpaduan baru.

Pun begitu, aku sangat tertarik dengan usul, 
Dewan ini menyokong keutamaan kepada negara berbanding bangsa.
Malangnya usul ini hanya diperdebatkan semasa pusingan suku akhir, 
tak berpeluang aku.

Wednesday, July 20, 2011

Majlis Syarahan Umum Profesor


Baru sahaja selesai menghadiri Majlis Syarahan Umum Profesor di Astaka sebentar tadi.
Ramai yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. 

Malangnya, lebih ramai pelajar sekolah yang hadir berbanding pelajar universiti. 
CUTI.
Memang jadi alasan.

Tuesday, May 4, 2010

bicara siswa .....(teori ataupun praktikal)

tak sabar sungguh malam ini....
dah lame sangat tak tengok rancangan bual bicara mahasiswa ney...
tapi tetap pengacara rancangan ney susah aku nak suka...

tapi topik malam ney sangat-sangat la menarik...
buat perbandingan antare IPTA n IPTS...
sama ada teori ataupun praktikal..
aku rasa...
IPTA juga ada banyak praktikal gak...
depend on subjek ah...
kalu di IPTS amek kos yang banyak teori....
tetap kene belajar banyak teori...
so, aku sendiri tak nampak signifikasi perbandingan tajuknya dengan IPT....

tak sabar jugak tunggu panelnya...
kot-kot lah ade panel dari UMP...
hahahahah....

moga-moga isu ini dikupas dengan ilmiah...
bukan perasaan....
Related Posts with Thumbnails