Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

INDERA JONED


Drama baru bagi slot AKSI yang menggantikan drama APA CELOP. 


Review Episod Satu 
Pengenalan mengenai latar tempat dan watak2. 

Bagi aku part paling best dimana Aiman (Epul/Indera Joned) mimpi dan baiki radio. Memang cerita ney standard bodo2 slot AKSI TV3. 

Selain itu, part Qi (Jaafar Ringgo) bersama geng2 nya mencuri kamera digital. Akhirnya dapat pampers. Lagi banyak bende bodoh yang diorg ney buat. Pakai topeng asap masa merompak, take note plan mencuri n muka diorg masuk paper. HAHAHA. 

Panjang aku gelak dengan adik aku semalam. 


Pelakon Indera Joned

Aiman Hakim Redza
Anzalna Nasir 
Puteri Sarah
Hairul Azreen
Syazwan Zulkifli
Qushairi Razali (Qi)
Idris Md. Diah
Haeryanto


Wednesday, March 21, 2012

3 Janji


Menjadi Sahabat Terbaik, Kekasih Terbaik dan Suami yang Terbaik. 


Drama terbaru yang menggantikan Drama Popular Vanila Coklat. 
Lakonan Liyana Jasmay dan Shahrizal Jaszle. 

Episod Pertama semalam agak kelakar dengan perangai bodoh dua ekor belangkas ini.
Tapi, berdasarkan sinopsis mengenai Drama ini. Ini bukan drama gelak tawa. Mungkin.
Bila baca sinopsisnya juga, saya merasakan Drama ini sedikit klise dalam cerita tentang kematian kekasih dan ketemu insan seiras. 
Pun begitu, aku sangat menantikan bahan lawak dalam drama ini yang sedikit sebanyak dapat membuang persepsi aku terhadap jalan cerita Drama ini. 
 

Tuesday, July 5, 2011

Kamus Dewan dikritik

Prof Collins pada Syarahan
Umum: Perkamusan, Kamus
Melayu dan KamusMelayu
Online di UMP, Gambang,
Kuantan, baru-baru ini.
Prof Collins pada Syarahan Umum: Perkamusan, Kamus Melayu dan KamusMelayu Online di UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini.
Pakar leksikografi dan dialektologi Melayu sifatkan ia tidak cermin kemajmukan dan teknikal negara 

KAMUS Dewan dikritik hebat pada Syarahan Umum: Perkamusan, Kamus Melayu dan Kamus Melayu Online di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Kuantan, baru-baru ini, apabila disifatkan tidak mencerminkan kemajmukan sosial dan teknikal di negara ini.

Ini kerana kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, dianggap tidak menggambarkan realiti kepelbagaian etnik dan kemajuan sains dan teknologi apabila tidak memberi definisi tepat terhadap sebahagian perkataan dalam bahasa Melayu.
Kira-kira 300 peserta majlis anjuran Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) UMP turut didedahkan kelemahan itu jauh berbeza dengan fakta sejarah penyusunan kamus dalam bahasa Melayu yang bermula hampir sama dengan permulaan leksikografi di Eropah pada zaman Renaissance. 

Pengarah Pusat Pengajian Asia Tenggara, Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat (AS), Prof Dr James T Collins, berkata Kamus Dewan tidak terlalu teliti dalam memberi definisi apabila tidak mencerminkan perbezaan sosial mengikut kelas dan fungsi sosial. 

“Sistem panggilan dalam bahasa Melayu umpamanya sangat kompleks dan tidak seperti Indonesia yang cukup dengan sapaan ‘ibu’ dan ‘bapak’, sebaliknya kita memanggil berdasarkan kaum dan kelas sosial. 
“Contohnya ‘pak cik’ dalam Kamus Dewan bermakna panggilan untuk orang lebih tua, tetapi kita tidak boleh menggunakannya secara sebarangan untuk memanggil profesor dan pensyarah atau pemilik kedai berbangsa Cina,” katanya yang mempunyai pengkhususan dalam linguistik dan leksikografi serta dialektologi Melayu dan perubahan sosial dalam bahasa minoriti di Asia Tenggara. 

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Dekan PBMSK, Prof Dr Abd Jalil Borham, selain lapan peserta Program Bahasa Melayu Untuk Pelajar Antarabangsa dari AS. 

Prof Collins turut mengkritik Kamus Dewan yang tidak memberi tumpuan kepada definisi yang bersifat teknikal, sebaliknya dianggap masih ‘tersangkut’ pada dekad 1960-an dan 1970-an serta terikat kepada kesusasteraan. 

“Bagaimana Malaysia mahu menjadi negara industri dan pengeluar sekiranya aspek definisi teknikal tidak mendapat dokongan daripada DBP sehingga kata majmuk seperti jenis skru dan sepana pun tidak ada. 

“Begitu juga dengan segala istilah sains komputer yang sangat ketinggalan dalam Kamus Dewan sehingga kita berdepan dengan realiti kemajmukan sosial dan teknikal yang tidak terkejar dalam bahan cetakan sedia ada,” katanya yang turut berkhidmat sebagai Editor Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay iaitu projek khas Kementerian Pendidikan AS sejak Ogos 2009. 

Prof Collins berkata, kelemahan daripada sudut kemajmukan sosial dan teknikal itulah yang cuba diatasi dalam projek khas Kementerian Pendidikan AS, iaitu Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay dengan beliau bertindak sebagai Editor. 

“Kamus kami mahu memberi definisi perbezaan hidup bermasyarakat Malaysia dan kemajuan negara ini apabila pemerolehan perkataan, makna dan contoh ayat, dibuat secara dalam talian. 

“Sekiranya kami memerlukan contoh ayat, kami tidak membuka korpus bahasa Melayu yang mungkin ada di DBP, sebaliknya menggunakan Google dan memastikannya bahasa Melayu serta bukannya bahasa Indonesia,” katanya yang pernah menghasilkan buku Malay, World Language: A Short History dan Wibawa Bahasa: Kepelbagaian dan Kepiawaian terbitan DBP. 

Sumber dalam Google, kata beliau, boleh saja berbentuk blog dan akhbar, laporan saintifik dan jurnal universiti, laporan jabatan kerajaan serta syarahan agama sehingga memberi definisi yang meluas dan terkini. 

“Kami hanya perlu memilih ayat yang sesuai, sekali gus membolehkan kami menemukan makna baru yang belum dikenali dalam kamus. Contohnya pelawat yang diberi definisi sebagai orang yang bertandang ke rumah dalam kamus, sedangkan dalam Google ia juga bermaksud pengunjung ke laman web,” katanya yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 1980 hingga 1983 dan 1995-2008. 

Prof Collins turut mengingatkan fakta sejarah dalam bidang perkamusan mencatatkan kamus dwibahasa pertama di Eropah disusun pada 1502, manakala kamus bahasa Melayu pertama pula dihasilkan pada 1521. 

“Ilmu perkamusan di Eropah adalah sebahagian daripada Renaissance dan perkembangan sains, sekali gus menunjukkan dari awal lagi kamus bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian daripadanya. 

“Baik pada permulaan ilmu perkamusan di Eropah pada abad ke-16, perkembangannya pada abad ke-17 mahupun penemuan metodologi terbaru di dunia yang digunakan oleh Oxford English Dictionary (OED) pada abad ke-19, kamus bahasa Melayu berada di tengah-tengah sejarah ini,” katanya. 

Beliau berkata, ia menunjukkan kamus dan bahasa Melayu bukan sesuatu ilmu serta bahasa di pinggiran yang bersifat kecil-kecilan, sebaliknya berada di tengah-tengah pergolakan ilmu leksikografi yang menggunakan metodologi dan teknologi yang canggih pada zamannya. 

Kritikan Prof Collins itu wajar dilihat secara positif oleh DBP untuk mengemas kini Kamus Dewan khususnya Edisi Keempat yang diterbitkan sejak 2005 lagi sedangkan perubahan dalam sains dan teknologi sudah jauh berbeza. 

DBP juga wajar meneladani OED yang memiliki laman web khas yang sentiasa dikemas kini dengan masukan perkataan terbaru dan terkini termasuk perkataan yang dicipta kesan daripada perubahan dalam pelbagai bidang. 


Jika benar kesemua kesalahan ini benar-benar gagal dilakukan oleh DBP, semoga ada pihak yang mengambil tindakan. 
Atau DBP telah lakukan penambahbaikan, cuma isinya yang tidak lengkap dengan kesemua unsur sosial atau teknikal??

Saturday, June 18, 2011

Finalist Maharaja Lawak 2011 - Siapa bakal dimahkota juara??


12 Minggu berentap di Gelanggang MaharajaLawak.
Dari 12 peserta di Minggu Pertama.
Kini hanya tinggal 4 peserta yang bertahan.
Dari tema Bebas.
Silent Comedy, Musical Comedy, sehingga Pelawak Jemputan.
Semua telah dilalui.

Pelbagai pages di facebook juga telah dihasilkan.
Melalui ayat-ayat yang menjadi ingatan semua.
Sehinggalah nama-nama samaran yang digunakan.

Dari studio, ke Pulau Pinang, 
ke Pahang, ke Johor.
Dan kembali ke Kuala Lumpur untuk Pertandingan Akhir Maharaja Lawak 2011.
Yang menemukan 4 Pelawak masa kini.

JOZAN

NABIL

SEPAH

JAMBU

Kalau ikut undian semua dah tau.
Tapi kali ney, Jozan dan Sepah bersaing sengit dalam memenangi hati pengundi dan juri.
Untuk memenangi mahkota Maharaja Lawak buat julung kalinya.

Pilihan Mengikut Rangking:
1. Jozan
2. Sepah
3. Jambu
4. Nabil

Keputusannya 24 Jun nanti.

Ape-ape hal, AC Mizal terbaik
Selain juri tetap.
MAMAT KHALID
AHMAD IDHAM
APEK

PEACE YO!!!!

Pokok - Meet Uncle Hussain



Dah lama tak review lagu-lagu baru.
Kali ini aku kembali ke lagu melayu.
Kumpulan Indie terbaik di Malaysia kembali dengan lagu "POKOK"

Lirik lagu "POKOK" - Meet Uncle Hussain.

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

......................

Anyway, lagu ney sangat best dan easy listening.
Walaupun ade jugak unsur rock dalam lagu ney.
Banyak pengajaran boleh diambil dari liriknya. 

Lagu yang cukup bermakna untuk Meet Uncle Hussain.
Lagi-lagi lagu sebelum ini cukup hebat telah dihasilkan.
Tak terkejut lagu pokok dihasilkan sebegini.

"LAGU UNTUKMU" dan "DRAMA KING" masih segar dengan kehebatan Taja mencipta lagu.
Kali ini cukup menyentuh lagi-lagi dengan vokal sederhana tinggi Hazama.
keh!!! keh!!!
lebih-lebih pulak.

Tuesday, May 4, 2010

kenape?


 
dri semalam nk upload gambar ney...xdpt2....
pagi ney bru dapat...

posting ney pasal nape dri yg bnyk2 pages yg aku like adalah dri barat...
ini bukan bermakne yg aku ney seorang yg xlayan lagu melayu...

lagi satu...
kajian melalui carta america sekarang...
inilah artis yg mendominasi carta tersebut dikedudukan teratas kecuali
lady gaga dan rihanna...
dkt atas 2 juga....
mengumpulkan artis dari pelbagai genre....
country, rap, pop, soul....
hahaah....

yg melayu 2....
bunkface n black...
due 2 aku suke giler skunk!!!!!
lagi2 bunkface yg berjaya d AIM ahad lalu....
black pula...
sangat vovular skunk!!!!
Related Posts with Thumbnails