Sunday, December 5, 2010

FFAP54 Iktiraf Yasmin Ahmad Sebagai Pengarah Terbaik



Pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 54 yang berlangsung di Taiwan malam tadi. Kemenangan beliau adalah menerusi filem Muallaf, filem yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, Bryan Yap, Dato' Rahim Razali dan Ning Baizura.


Kemenangan itu sekaligus mengubat kedukaan filem yang diterbitkan oleh MHZ Film Sdn. Bhd (Malaysia) dan The Picturehouse (Singapura) itu di Festival Filem Malaysia ke 23 baru-baru ini apabila tidak dicalonkan dalam sebarang kategori.

Filem Malaysia lain yang turut bertanding di festival tersebut ialah Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang.

Ia merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kategori pengarahan. Sebelum ini, delegasi Malaysia hanya memenangi anugerah dalam kategori lakonan dan sinematografi sahaja. Antara pemenang terdiri daripada Tan Sri P.Ramlee, Maya Karin, Datin Seri Tiara Jacquelina, Khatijah Tan dan Rosyam Nor.

Sementara itu, filem dari India yang bertajuk "Janala" memenangi anugerah Filem Terbaik di festival tersebut. Manakala pelakon veteran dari Filipina iaitu Anita Linda menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem "Lola" dan Hamid Farrokhnezhad dari Iran memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem "The Fateful Night"

#semasa FFM hari tu aku agak pelik akan filem muallaf yang langsung tiada pencalonan, dan hanya menerima anugerah khas juri. Itupun bukan anugerah utama, sekadar menghargai karya terakhir dari Yasmin Ahmad. Sedangkan Panel antarabangsa yang mengangkat produksi kita sebagai antara terbaik di Asia. Secara buat apa orang lain hargai sedangkan kita tidak berbangga dengan hasil sendiri.

Apa pun, aku cukup berbangga dengan penerimaan anugerah ini kerana ianya sebagai sebuah sejarah baru untuk malaysia dalam menyaingi filem-filem lain diperingkat antarabangsa. Bukan sekadar peringkat nusantara sahaja.

#fikirkan....

No comments:

Related Posts with Thumbnails