Wednesday, July 21, 2010

Jackie Chan Ingin Berehat Berlakon Filem Aksi




PELAKON aksi ngeri, Jackie Chan ingin berehat daripada berlakon dalam filem aksi.
Bintang kelahiran Hong Kong bersyukur sebelum ini Will Smith menawarkan skrip The Karate Kid kepadanya.
"Will sebenarnya menelefon saya dan berkata; "Ayuh, kita berlakon bersama dalam filemThe Karate Kid".
"Saya tidak pasti sama ada ingin menerima tawaran berlakon ketika itu tetapi saya meminta dia menghantar skrip kepada saya," katanya.
Media melaporkan pelakon berusia 56 tahun itu tidak terlalu berminat untuk membawa semula watak Inspektor Lee dalam filem Rush Hour dan lebih suka berlakon dalam filem yang lebih serius.
"Saya selalu berkata pada diri sendiri berapa lama saya boleh melakukan aksi ngeri kerana pelakon aksi ramai memiliki hayat yang pendek.
"Di Hollywood, setiap kali saya menawarkan skrip, mereka akan menawarkan Rush Hour 3, Rush Hour 4 dan saya berkata., "Saya tidak mampu melakukan itu lagi!" kata Chan.

>>secara ikhlas...satu kerugian buat industri filem aksi....manakan tidak....dari aku kecil melihat aksi jackie chan ini.....siap ade animasi kat tv3 dulu.....
secara positifnya, mungkin jackie chan nak bagi peluang pada bakat muda untuk menggatikannya....tak kan nak tunggu jackie mati baru nak cari bakat.....lagi pun jackie dah agak berumur untuk berlakon filem aksi lagi....mungkin beliau akan ceburi genre laen pulak....manalah tau....

No comments:

Related Posts with Thumbnails