Friday, July 23, 2010

mainan jiwa

keheningan malam buat daku berfikir...
andai hidup ini sebenarnya penuh liku dan simpang...
bukan mudah untuk menjadi orang yang baik...
dan bukan mudah juga menjadi sebaliknya...


ada masanya...
kita diatas...
ada kalanya juga sebaliknya....


dunia bukan pentas untuk nafsu bermaharaja lela...
tetapi pentas akal dan fikiran bersatu dalam mencari kebenaran.....
pentas ini bukan untuk plastik....
tapi pentas mencari permata....
jangan kerana nafsu kita mundur...
sedangkan ramai yang sudah berjaya tangani nafsu....

dunia bukan untuk menjadikan kita lemah apabila melihat kejayaan orang...
tetapi pentas dunia lah peluang kita mencabar diri untuk kebaikan bersama....
jangan jadikan satu alasan kecil sebagai punca kegagalan...
kerana ramai yang berjaya dah alami banyak cabaran....
tetapi jadikan alasan sebagai peluang membaiki diri....

No comments:

Related Posts with Thumbnails