LOS ANGELES 30 Jun - Bintang pop bermasalah, Britney Spears kini berhadapan siasatan berhubung dakwaan dia mendera kedua-dua anak lelakinya.
Pegawai sosial akan menyoal siasat Spears berikutan tuduhan yang dia memukul anaknya dengan tali pinggang dan memberikan makanan alahan yang menjadikan mereka jatuh sakit.
Pihak berkuasa telah dihubungi bekas pengawal peribadi penyanyi itu, Fernando Flores yang sebelum ini mengatakan dia berhenti kerja kerana perangai tidak menentu Spears.
Spears, 28, menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia tidak pernah memberi layanan buruk kepada Sean Preston, 4, dan Jayden James, 3 tahun.
Namun, Flores memberitahu Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga Los Angeles bahawa Spears dilihat sebagai terlalu tidak stabil untuk menjaga anak-anaknya.
Dia bimbang perangai Spears akan memberi kesan buruk kepada dua-dua budak lelaki itu, yang dijaga secara bergilir-gilir dengan bapa mereka, Kevin Federline.
"Spears tidak mahu menjadi ibu yang teruk. Tetapi Flores merasakan yang dia bermasalah dan tidak dapat dipercayai. Dia mendakwa insiden pertama yang mengejutkan ialah apabila Spears mencarinya dan meminta tali pinggang yang dipakai.
"Dia menyerahkan tali pinggang itu sebelum mengekori Spears dan mendakwa melihat insiden tersebut," kata satu sumber.
Flores turut menuduh Spears memberi makanan yang merupakan alahan kepada anaknya seperti kepah pada Mac dan April lalu. - AGENSI
>>datang balik masalah sorg ney.....
ape lah.....xhabis-habis lagi....
sedar lah britney.....
awak 2 artis....
semua yang awak buat dapat perhatian....
benti-benti lah buat masalah....
anak ko 2....
susah2 mengandung....
pukol pulak....
kang aku pukol ko kang.....
hahahhaha.....
nanti ko tak boleh jage dah anak ko 2.....
jgn eh....
kesian aku tengok ko....
4 comments:
ni la namaya xde mslh cari masalah...
anak sediri pun nk pukol..
ilang akal per..
tah la britney ney.....
nanti hak jagaan ke tarik mahkamah baru tau menyesal
aku memang tak minat dgn perempuan ni dari dulu lg.
tapi dah ada ke bukt kukuh yang dia dera anak2 dia.. ada kesan lebam? atau apa jua..
orang blh buat cerita kalau dah tak suka.. mcm2 kes ada
tah la.....media luar pon bnyk tulis psl bende ney......
nur, aku suke lagi pompuan ney weyh...best2 sumer.....lagi2 yg lame punyer
Post a Comment