Thursday, July 8, 2010

Doktor Perancis berjaya lakukan pemindahan wajah lengkap pertama di dunia

PARIS: Doktor Perancis mendakwa berjaya melakukan pemindahan seluruh muka yang pertama di dunia, menurut laporan akhbar, Le Parisien/Aujourd’hui hari ini. 

Pembedahan itu dilakukan pada penghujung Jun lalu, membabitkan lelaki berusia 35 tahun di mana mukanya mengalami kecacatan akibat masalah genetik.


Ketua unit pembedahan pembentukan semula wajah di Hospital Creteil Henri-Mondor di pedalaman Paris yang melakukan pembedahan itu, berkata pesakit kini dalam keadaan baik. Beliau sudah berjalan, makan dan bercakap.


Pemindahan itu membabitkan proses mengeluarkan keseluruhan wajah satu mayat, termasuk mulut dan kelopak mata dan menempatkannya pada rangka pesakit. - AFP 




kalau MJ ney bedah muka untuk diubah....
yang ini alihkan muka orang ke muka orang laen....


mesti laen giler muke dye.....
macam mane lah muke dye an....

4 comments:

zaza said...

boleh terima ke muka baru tu??
btahun-tahun dgn muka sendiri tibe2 terpksa tukar jd muka org lain..
xsedih ker?? huhu

qamar said...

xtau lah....
lagi pun...muka dye mmg ad masalah dri kecil....
ok la kot

xazryx said...

doktor ni taksub cite lagenda budak setan ni .yg ayu tukar muke pas eksiden .ahaha .

qamar said...

ye ker....
xtengok lak lagenda budak setan

Related Posts with Thumbnails