Sunday, July 11, 2010

lagi pemimpin dibaling bende TELOR

Gillard sempat elak dibaling telur,, Lelaki 'serang' PM Australia protes kadar gaji 


MELBOURNE: Perdana Menteri baru Australia, Julia Gillard, nyaris terkena telur yang dibaling ke arahnya ketika beliau melakukan lawatan pertama ke Perth sejak memegang jawatan dan sempat meminta maaf kepada pengawal keselamatan wanita yang kena telur itu.


Seorang lelaki yang membantah kadar gaji pekerja melemparkan telur itu ke arah Gillard yang baru masuk ke pejabat Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) untuk temu bual radio.


Lelaki berusia 55 tahun dari North Beach, pinggir utara Perth, tidak dinamakan dan dituduh polis membaling telur itu, lapor ABC. 

Seorang pekerja ABC berkata, lelaki itu duduk di kedai kopi sebelah ruang masuk bangunan menunggu Gillard tiba. 

Telur yang dibalingnya melepasi Gillard ketika itu baru masuk dan mengenai pengawal keselamatan wanita itu. 

Gillard tidak terkejut dengan kejadian itu berkata: “Saya nampak sesuatu melayang. Saya jumpa wanita yang kena telur itu, tetapi dia sudah membersihkan baju hujannya. 
“Saya meminta maaf kepadanya kerana dia bukan sasaran tetapi dia yang kena,” kata pemimpin itu. 

Gillard yang menjadi Perdana Menteri bulan lalu selepas Kevin Rudd melepas kan jawatan, berkata setiap orang berhak tidak bersetuju dengannya tetapi menegaskan tindakan membaling telur bukan penyelesaian. 

“Saya tidak tahu punca dia bertindak begitu. Saya tidak tahu langsung kekecewaan mereka, jadi jika ada pihak mahu berbincang, saya suka berterus-terang,” katanya. 

Protes itu bukan yang pertama kerana Gillard menghadapi dua penunjuk perasaan ketika berucap di sebuah hotel awal kelmarin menuntut kerajaan mengubah dasar imigran. 

“Julia, bukan penyelesaian jika anda berunding dengan pelarian. Bebaskan mereka,” kata seorang lelaki dan wanita. – Agensi 







>>petikan akhbar berita minggu....
hahahahah...hari ney dh hari ahad dah.....


kalau tahun lepas rasanya...dua pemimpin dunia dibaling kasut semasa memberi ucapan disidang media....


Bush n seorang menteri di negara india...
sekarang wanita pertama australia pulak...
dah la baru naek jadi perdana menteri....
kene macam 2 pulak...


kalau aku....DOWn wey.....
siak betol ah yang baling telor 2....
dye ingt senang nk jadi pemimpin ney.....
lepak lah...
tunggu dulu dasar-dasar dye...
ini....xpuas hati dengan kadar gaji....
nak protes depan-depan...


banyak lagi saluran laen.....
siap dari berblog juga boleh bagi pandangan kt PM korg 2.....
aish.....kesian ah wanita 2.....
xsempat nak banyak2 kerja...
dah kene kecam.....
selamat xkene dye.....

3 comments:

Anonymous said...

mungkin tu je kot cara yg dia fikir utk bincang dgn pm dia..hahhaa

Qamar said...

cmne nk bincang klu baling2....alik2 yg baling kene tangkap

FCUTEAM said...

bagus .. i like the way to talk.. baling telur or anything je.. settle.. tido malam kompem mimpi ngeri.. ^__^




Aiz latest entry
Bahaya di tempat yang ade WiFi
jana wang yang terbaru blogger
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Related Posts with Thumbnails