Saturday, July 31, 2010

malaysia tak nak buat macam indonesia ker??



Indonesia haram gosip selebriti

Program dedah keburukan peribadi orang

JAKARTA: Pihak berkuasa tertinggi Islam republik ini mengisytiharkan infotainment sebagai dilarang kepada penduduk Islam, dalam satu daripada tujuh fatwa, yang dikeluarkannya baru-baru ini. 

“Infotainment adalah haram,” kata Ma’ruf Amin, Ketua Badan Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI).
“Gosip membabitkan pendedahan perincian memalukan kehidupan peribadi seseorang kepada umum adalah haram.”
Juga dilarang, katanya, ialah penerimaan berita infotainment, selain mendapat manfaat daripadanya. 

“Mendapat keuntungan daripada penyiaran yang menjadi berita umum adalah haram.” 

Bagaimanapun, Ma’ruf menjelaskan, ia tidak bermakna semua berita mengenai selebriti dilarang. 

“Apabila ia diterbitkan untuk menguatkuasakan undang-undang, memerangi perzinaan, memberi amaran, melapor atau meminta bantuan, ia dibenarkan namun tidak disyorkan,” katanya. 
Wartawan veteran Ilham Bintang, pengasas industri infotainment, berkata beliau tidak bimbang fatwa itu. 

“Saya yakin apa yang dimaksudkan MUI dengan haram hanyalah merujuk kepada program infotainment yang mengandungi isu fitnah,” katanya. 

“Jika program infotainment dikeluarkan menurut kod etika kewartawanan dan undang-undang media, mereka tidak akan menyiar atau menyebar maklumat menentang nilai keagamaan.” 

Badan fatwa MUI itu juga mengisytiharkan perdagangan organ, pembedahan mengubah jantina dan pernikahan kontrak adalah haram. 

“Nikah kontrak adalah haram kerana ia biasanya hanya untuk mereka yang mahukan penyatuan seketika,” kata Asrorun Ni’am Soleh, setiausaha badan fatwa berkenaan, “di mana lelaki pergi ke rantau tertentu dan berkahwin dengan wanita di sana untuk seketika, membuat kontrak dan kemudian meninggalkan mereka.” 

Pembedahan mengubah jantina tanpa alasan perubatan dilarang dan “menjalankan atau membantu pembedahan itu juga haram,” katanya. – Agensi 





>>kat malaysia xnak buat ker??
macam menarik jer kalau malaysia cuba sekat semua gossip....
bukan hanya TV yang tayang....
ke internet.....
memang habis-habisan kalau malaysia nak haramkan jugak.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails