Monday, July 26, 2010

DBKL Catat Rekod Tersendiri Melalui Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol membuka laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.
DBKL mendapat tempat dalam buku itu kerana memasang skrin video terbesar di luar bangunan iaitu di Dataran Merdeka, yang menarik lebih kurang 60,000 penonton menyaksikan perlawanan berkenaan pada 12 Julai.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail hari ini menerima sijil bagi "Skrin Video LED Di Luar Bangunan Terbesar Untuk Menyaksikan Perlawanan Piala Dunia Di Malaysia" daripada pengasas Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi bagi pihak DBKL pada satu majlis di sini.
"Acara ini menghimpunkan semua bangsa di Malaysia dan menjadi memori indah bagi kami," kata Ahmad Fuad kepada pemberita.Skrin gergasi itu berukuran 21.47m panjang dan 9.20m lebar.
Pada majlis sama, Ahmad Fuad berkata Tasik Perdana akan diperindahkan lagi dengan pembinaan landskap yang dihiasi pelbagai flora dan fauna melalui projek tiga fasa dalam tempoh lima tahun.
Di samping pokok sedia ada, DBKL menanam pokok yang dibawa masuk dari Afrika dan Australia untuk menjadikan kawasan itu taman botani, katanya. - BERNAMA

sedang membayangkan bagaimana tgok bola kat bangunan ini....hahahhaha

No comments:

Related Posts with Thumbnails