SYDNEY - Seorang peserta realiti televisyen masakan, Marion Grasby (gambar) bakal menjadi tukang masak jutawan terbaru di Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Grasby yang berumur 27 tahun sebelum ini menjadi pilihan ramai untuk memenangi program realiti tukang masak 2010 sebelum dia disingkirkan Khamis lalu.
Namun, dia kini dihujani dengan tawaran komersial yang lumayan seperti memasarkan produknya tersendiri termasuk sos sate, buku masakan dan promosi masakannya.
Gadis itu turut bakal menjadi 'duta' untuk pasar raya Coles yang akan memasarkan sos masakannya.
Dia merupakan peserta pertama program realiti itu akan menjadi kolumnis untuk majalah MasterChef Magazine.
"Saya berasa terkejut dengan semua tawaran itu. Saya menganggap saya telah bekerja keras sejak saya berhenti daripada bidang kewartawanan dua tahun lalu. Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan," katanya.
Sejak disingkirkan, dia dihubungi dengan panggilan daripada beberapa penerbit dan pembekal di Australia dan Thailand mengenai sos dan pes kari. - Agensi
>>wahhhh....cantik dan manis wajahnya.....mungkin cukup memikat bagi menjadi daya penarik kepada penerbit untuk menjadikan peserta masterchef ini selebriti memasak australia......lebih memudahkan, wanita ini memang meminati memasak masakan thai......jadi, tawarannya bukan sahaja dari penerbit tempatan....malah syarikat penerbitan dari thai sendiri.....wahhhhh....masyuk weyh.....bukan senang nak menarik perhatian orang ney.....
chef wan yang cukup vovular di malaysia 2 pon cuba menarik minat penonton dengan keletah mulutnya yang tak reti berhenti....walaupun sedang memasak......
No comments:
Post a Comment